Mulakan apa yang ada di tangan! Hanya perlukan inovasi untuk menjual produk sediada!

5 Jun by Muhammad Suhaily

Mulakan apa yang ada di tangan! Hanya perlukan inovasi untuk menjual produk sediada!

Bismillah.

Keputusan muktamad untuk berkerja dari rumah tanpa persediaan rapi, sedar risiko tinggi dengan kemelut kewangan tidak menentu.

Hanya berbekalkan keyakinan dan mahu mencuba. Ketika itu terasa apa yang ada ditangan kosong belaka. Selain usaha tawakal, audio dekat bawah main peranan.

Jiwa, idea semuanya kosong, dalam hati bolehkah aku buat? Boleh ke aku berjaya? Apa yang perlu aku jual? Produk pun tidak ada, pengalaman jauh sekali. Boleh ke buat bisnes sedangkan minat takut-takut berani. Satu yang saya ingat, mulakan apa yang ada di otak, buat apa yang ada ditangan. Macam-macam dalam fikiran ketika itu dan yang penting kebergantungan kepada-Nya 100%.

Tahun 2009 baharu berhenti kerja atas sebab-sebab sesuatu yang tidak dapat diluahkan secara zahir, hanya batin terseksa.

Hanya satu saja dalam otak yang tengah buntu! Mungkin boleh buat kelas tuisyen? Boleh ajar 2 – 3 subjek. Ajar baikpulih PC ke, Networking, MS Office ke…

Nak kata pengalaman mengajar banyak, tidak juga. Adalah sedikit ketika mengajar di institusi swasta dari tahun 2000 hingga 2008. Bolehlah guna skil yang ada, nak bangunkan modul, soalan dan proposal bolehlah sikit-sikit.

Mereka pelajar Diploma & Degree 2003

Dalam hati, tengolah apa subjek yang mahir dan boleh deliver dengan baik. Selain jadi Mr Mama fulltime, peluh kena keluar sekali sekala.

Dalam keadaan kepala serabut, nasib baik ada beberapa pelajar oversea yang sudi datang ke rumah belajar PC Repair. Semua dari UIA Gombak, tak silap saya ada dari Afrika sebab kulit hitam manis dan seorang lagi dari group lain, tak ingat dari mana. Saya hanya ingat dia cakap Arab, dari Arab lah kot..

Masa berlalu pergi, dalam situasi mencari idea, macam ada bunyi belon pecah. Pop! Secara tiba-tiba PowerPoint keluar dari otak yang tengah serabut. Humm.. why not saya cuba, lagi pun saya memang kerap menggunakan PowerPoint masa mengajar dulu a.k.a buat marketing ke sekolah-sekolah, seminar lepasan SPM, orientasi pelajar baru dan pengalaman manis madu masuk ke ladang sawit buat tawaran lepasan SPM untuk budak felda. Semua guna PowerPoint untuk menarik minat pelajar.

Merentasi lautan dengan bot ferry seolah-olah sedang menikmati honeymoon winter sonata musim salju dengan tujuan promosi lepasan SPM dan PMR dan pendedahan pelajar sekolah kebangsaan luar bandar tentang ICT.

Baik, dipendekkan cerita kisah laki tanam anggur. Saya mula buat iklan kursus Microsoft Office disekitar Ampang, Setiawangsa, Taman Cempaka, Nirwana dan kawasan berhampiran. Sebenarnya kita tak perlu cari produk, segalanya sudah tersedia hanya perlukan kreativiti, idea, inovasi untuk menterjemahkan dalam bentuk yang orang mahu guna dan beli. Lagi banyak buat modifikasi anda bagi orang boleh nampak, lagi banyak permintaan.

Salam dan hello, dapat panggilan telefon. Pelajar pertama yang terpaut dengan iklan separuh A4 hitam putih ialah anak YB Dato’ Zulhasnan Setiawangsa.

Saya datang 3 kali seminggu ajar Excel dan PowerPoint. Anak Dato’ kira okay.. sporting, sambil belajar sambil main game online, entah faham ke tidak apa yang dipelajari, saya yang stress!. Adeh!

Masa berlalu tidak kembali, meneruskan aktiviti seperti biasa. Iklan Iklan dan terus beriklan hingga ada feedback, PowerPoint tidak perlu belajar! Boleh belajar sendirilah katanya, humm I’m okay, no heart feeling biarpun sedih dalam bilik air, cuma tak menangis dalam hujan. Huhu..

Salam dan hello, rezeki tak disangka, sahabat saya menawarkan untuk kendalikan kursus In-House PowerPoint bersama jabatan kerajaan tahun yang sama 2009. Dia yakin saya boleh dengan pengalaman mengajar, saya yakin saya memang tidak boleh seolah-olah macam baharu kenal dunia. Pujuk dan rayu dan pujuk lagi..

Terima kasih sahabat atas kepercayaan!.

Okay, tidak mengapa, saya sahut cabaran dan sedia hadapi risiko. Jika tidak cuba mana mungkin tahu pengakhirannya. Saya sedar seperti langit dan bumi bila berhadapan dengan staf bertahun pengalaman dalam kerjaya. Kursus 4 hari seram sejuk dan benar seperti jangkaan. Penyampaian perlu dipertingkatkan lagi, teknik perlu lain dari yang lain jika mahu pergi lebih jauh dengan PowerPoint.

  • Sesuatu yang tak disangka
  • Seringkali mendatangi kita.
  • Itukah suratan dalam kehidupan.
  • atau hanya satu kebetulan.

Sesuatu yang indah itu kadang dalam terang ia sembungi.

Bermula Seni Suntingan Inovasi akademipowerpoint.com

ByMuhammad Suhaily

Microsoft Office Business Instructor http://akademipowerpoint.com http://akademipowerpoint.com/wp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jana Idea & Kreativiti & Inovatif.
%d bloggers like this: