Cara Google Bayar ke Akaun USD secara percuma!

2 Jun by Muhammad Suhaily

Cara Google Bayar ke Akaun USD secara percuma!

Bismillah. Ada beberapa cara Google bayar ke akaun anda.

Saya cadangkan dua cara percuma iaitu dengan guna gmail untuk cipta akaun adsense, seting, buat akaun youtube, seting dan upload video semuanya PERCUMA!

Pelaburan hanya penggunaan data internet, berfikir, usaha serta domain dan hosting. Baca lanjut untuk detail.

Dua cara tersebut adalah:-

1. Buat video dan upload ke Youtube. Rakam video sekerap yang boleh, upload dan viralkan agar ramai yang view dan jadi subscriber ke channel anda. Jika nak tahu cara seting channel lengkap boleh klik link dibawah. Ini gerak kerja strategi naikkan view pelawat dan jadi subscriber.

https://tinyurl.com/y9wevpe3

Asasnya ada 4 perkara wajib yang perlu seting dalam channel youtube.

✦ Headlines yang biasa orang taip.
✦ Keyword yang mudah orang cari.
✦ Diskripsi/Description yang mudah orang cari.
✦ Cara Google Ads Youtube.

2. Buat laman web, jika tidak tahu bina web, gunakan templat sediada kemudian sunting(edit). Ambil masa sedikit jika tidak ada kemahiran untuk ubahsuai templat, seting dan sebagainya. Boleh tanya Google cara-cara ubahsuai templat dan seting email serta blog dan sebagainya.

Jika mahu belajar praktikal boleh hubungi saya.

Laman web tidak kisah tentang apa, personel, jual produk atau pun promosi servis, tidak ada masalah. Secara peribadi, jika anda mempunyai produk atau servis dan merancang untuk long term service, gunalah domain dan hosting. Saya juga plan long term service sebab itu saya guna laman web dot com.

Langkah berikutnya, dapatkan nama domain anda, sebagai contoh namaanda.com.my atau namanda.com baru nampak profesional.

Boleh dapatkan domain dan hosting di sini. Saya juga menggunakan khidmat syarikat provider ini, servis tidak ada masalah, hosting server juga kira bagus jadinya saya berani ‘recommend’.

Bila sudah ada domain dan hosting maka bolehlah seting web dan buat laman web sendiri. Kalau klik link dibawah, cuba taip domain pilihan sebagai contoh namaabda.com, semak dahulu samada orang lain dah guna nama itu atau belum.

https://billing.iwhost.com/?cm=QOHWWE

https://billing.iwhost.com/?cm=QOHWWE

Lihat harga domain dan hosting, guna yang biasa pun sudah cukup, RM100 lebih sahaja untuk setahun domain dan hosting. Lepas setahun boleh renew.

Saya sarankan fokus dua ini dahulu untuk dapatkan kembali pelaburan penggunana data internet dan hosting serta domain. Syaratnya perlu konsisten bawa pelawat ke laman web dan ke channel youtube. Setiap kali pelawat masuk web anda dan setiap kali iklan mereka klik google akan bayar ke akaun. Ambil masa sedikit kerana anda perlu promosi atau viralkan web atau channel youtube agar ramai pelawat.

Baik, bayaran akan dikreditkan ke akaun anda sekiranya mencapai USD100. Selagi tidak cukup, kena usaha lagi bawa pelawat ke laman web, In shaa Allah boleh. Tugas pelawat, bila nampak iklan dalam web anda yang mungkin berkenan, pelawat klik anda dapat duit. Tetapi kena ingat, jangan suka suka klik iklan sendiri kerana google tahu lokasi IP tersebut, kalau kena banned rugi sahaja.

Ok, untuk memasukkan iklan google dalam laman web, cukup dengan akaun gmail.com. Daftar dahulu kemudian seting dan masukkan nama web. Dapatkan link atau kod iklan dalam akaun google kemudian masukkan kod tersebut ke dalam laman web.

Ada langkah-langkah yang perlu diikuti untuk seting dan kaedah masukkan kod dalam setiap ‘Page’ web.

Saya sediakan ‘Takungan’ untuk anda dimana anda boleh tuai bila berbuah nanti. Maklumat diatas adalah cara mudah google buat bayaran ke akaun dan bayar bila sampai tempoh matang iaitu cukup USD100. Jika lihat pada gambar saya juga baru bermula beberapa bulan buat google adsense.

Akaun hanya ada USD68, pelawat agak kurang sebab kurang aktif promosi dapat sen sen sahaja. Pelawat klik iklan pun suam-suam kuku. Apapun cukup USD100 dapatlah tuai, google terus masuk ke akaun atau cek USD100, In shaa Allah.

Baik, cubalah dulu. Stay at home PKP, manusia perlu kreatif mempelbagaikan kaedah jana wang sebab kadang-kadang ramai antara kita termasuk saya mengalami situasi ekonomi merundum.

Peluang terbaik bagi yang mahu promosi bisnes servis, produk atau apa sahaja. Buat laman web dan seting google akaun, pelawat masuk ke web anda dan klik iklan anda dapat duit.

Cubalah… payung sudah ada, tadah takungan anda tunggu hujan lebat, In shaa Allah.





ByMuhammad Suhaily

Microsoft Office Business Instructor http://akademipowerpoint.com http://akademipowerpoint.com/wp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jana Idea & Kreativiti & Inovatif.
%d bloggers like this: