Review Tip Kewangan Viral Bab 2

31 May by Muhammad Suhaily

Review Tip Kewangan Viral Bab 2

Secara ringkasnya bab 2 bermula dengan gaya hidup. Maknanya, walau berduit gaya hidup biar seperti mula-mula dahulu. Biar pakaian tidak menunjukkan kemewahan tetapi poket semakin penuh simpanan membukit.

Merancang kebebasan kewangan bermakna mewujudkan satu simpanan untuk masa depan. Pelbagai cara dan kaedah tip praktikal yang dikongsi oleh penulis bagaimana mencapai kebebasan kewangan agar apabila sudah pencen hidup lebih bergaya penuh makna tanpa hutang, ada pun hutang itu sudah dilangsaikan mengikut tempoh tertentu.

Bajet timeline, perjalanan menuju kepada bebas hutang dengan merancang setiap aliran tunai semasa muda hinggalah ke hari tua. Sebenarnya ia bukan sesuatu yang mudah kerana bila-bila masa sahaja nafsu mengatasi usaha namun untuk berjaya memerlukan disiplin yang kuat.

Selagi hayat dikandung badan, gunakan segala kudrat untuk membina pendapatan pasif, sentiasa belajar dari mereka yang berjaya dan berpengalaman dari segi kewangan. Ilmu kewangan menjadikan manusia buta dengan tipu muslihat. Maknanya kebal dengan hasutan hutang, penipuan dan pelaburan yang menjerat kepada neraka wang.

Apa yang perlu dilakukan jika wang simpanan tidak naik? Tidak bertambah? sedikit-sedikit susut itu tandanya ada lubang kecil mulai bocor. Penulis ada menjelaskan 10 cara elak dari poket bocor berserta dengan doa untuk menampal lubang yang tadi.

In shaa Allah, nanti sambung bab yang ketiga, bab 2 jangan kata orang pinjam payung pula.. !

ByMuhammad Suhaily

Microsoft Office Business Instructor http://akademipowerpoint.com http://akademipowerpoint.com/wp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jana Idea & Kreativiti & Inovatif.
%d bloggers like this: