Strategi Menjual Online
Bismillah. Sahabat saya, Hamka Mekar menulis. Katanya, ada orang tanya saya, bagaimana rahsia jual on line boleh dapat komisyen empat angka dalam masa tak sampai tiga hari?
Jawapannya, tiap kali saya menulis artikel di FB, akan saya selitkan ilmu dan pengalaman yang baik-baik serta pendapat tentang sesuatu juga yang baik baik. InsyaAllah.
Korang boleh scroll FB saya dan korang akan dapati saya tak banyak sangat post, (3 kali sehari jer lebih kurang) dan saya pastikan artikel penulisan saya tu ada quality agar tidak rugi orang membaca.
Namun saya akui, sekali sekala ada jugak post yang merapu meraban tapi lekas lepas saya sedar dan kembali menulis sesuatu yang baik dengan niat mendokumentasikan ilmu untuk saya rujuk di masa depan dan sekaligus pembaca akan dapat manfaaat. InsyaAllah.
Dari zaman blog lagi saya buat macam ni, iaitu saya dokumentasikan ilmu saya dalam bentuk storytelling agar mudah faham dan sayalah yang akan merujuk nota saya dalam FB ini sebab saya mudah lupa, dan pesan memesan itu baik bagi orang beriman.
Di kotak notification saya, post yang lama berbulan lepas pun masih ada yang like dan komen, bermakna ada manfaat yang korang suka, dan kadang kala, saya akan repost jika post lama tu dah terlalu banyak like atau komen.
Terkini saya ada jual ebook bijak mengurus wang, modal dua angka dapat untung empat angka, rezeki dari Allah, dan ada lah dua tiga orang mesej personal mintak tips.
Alkisahnya saya tulis berkenaaan cerita saya beli kereta buruk waktu bujang sebab focus nak beli rumah dulu sebelum kahwin, hujung artikel saya letak iklan ebook bijak mengurus wang yang juga ada bincangkan isu beli kereta dan lain-lain, siapa beli Alhamdulillah, Allah yang gerakkan hati semua manusia.
Tapi sehari dua jualan adalah hambar walaupun dan letak Fb Ads, dan saya pula terus menulis FB dengan kisah anak bini dan lain lain cerita.
Satu malam pada 29 Ramadan baru ni waktu saya solat tarawih di rumah, tiba tiba ada kawan call nak datang rumah nak bagi duit raya pada anak, sayapun rehat jap solat tarawih dan baca komen pada kisah kewangan yang saya letak ikla tapi memang hambar, tiada orang beli walau post tu ramai like dan share,
Bila kawan saya datang bagi duit raya pada anak, saya pun nak bagi duit raya pada anak dia, si kawan ni belum ada rezeki anak, jadi saya Tanya dia, esok nak jumpa dengan Amil Zakat ke?
Dia kata: “nak”, maka saya kirim RM100 untuk bayar fidyah dekat Amil tu sebab saya dah call siang tadi nak bayar fidyah ayah saya berapa kos?, kata ustaz amil tu, RM55 sahaja untuk nilai beras bagi mereka yang tinggal puasa selama sebulan kerana uzur, tapi saya sengaja nak bayar lebih maka saya bagi RM100.
Lepas tu saya sambung solat tarawih dan habis tarawih, saya check jualan ebook, tiada orang beli, tiba tiba kawan saya call kata ustaz tu esok takde kat masjid sebab ada urusan maka dia nak bank in RM100 kepada saya semula.
Saya cakap, kau bagi jer lah wang tu pada orang miskin yang kau kenal.
Dia kata, ada dua jiran dia yang miskin dan minta izin untuk bagi RM50 seorang. Saya kata Okey, sebab saya dah niat pahala untuk arwah ayah.
30 minit lepas saya sedekah on line RM100, saya check jualan RM1000 orang masuk beli.
Betul betul rezeki lailatul qadar.
Allah ganda 10!
Maka itulah tip jualan saya, yang gerakkan hati manusia untuk membeli adalah Allah, saya hanya menadah hujan dengan bekas yang betul, yang turunkan hujan adalah Allah, maka kita semua kena usahakan agar ada bekas, barulah waktu hujan turun ada tempat bertakung air.
Jadi bekas on line saya adalah buku hamka keretamayat, tanjak, video youtube, dan ebook tentang ilmu kewangan.
Nak beli buku? Nak beli Tanjak, itulah bekas saya yang korang boleh mesuk tepi.
Atau jika tengok youtube saya sambil tengok iklan, insyallah juga dapatlah saya sedikit rezeki.
Korang jika nak rezeki lebih, kena sediakan bekas, dan bekas tu kena letak tempat yang betul agar waktu hujan turun air akan masuk terus, insyaAllah.
Jadi saya share dua bekas yang korang boleh jadikan milik korang.
Klik sini jika nak Ilmu Bijak Mengurus wang
https://infaqconsultancy.onpay.my/order/form/videoBMW/msg1973
Kilik Sini jika nak Ilmu buat duit dengan Youtube.
https://ebookyoutuber.onpay.my/order/form/ebookyoutuber/msg1973
Ni saya tulis panjang panjang nanti ada yang suruh lukis, maka saya dah lukis siap siap berkenaan bekas, rezeki, ujian, sedekah, belanja semua ada dalam lukisan tu. Jika tak faham jugak memang kena klik link tu dan baca.

Ps: Abang dah lukis okey, woha! Payung dan bekas dah ada!