4 sebab bil tinggi. Trafik pelawat sesak!

6 Jun by Muhammad Suhaily

4 sebab bil tinggi. Trafik pelawat sesak!

Bismillah. Saya masih ingat bagaimana trial and error ujikaji 4 teknik ini bil TNB naik!

  1. Laman Web.
  2. Keyword.
  3. Headline.
  4. Copywriting.

Jika anda seorang sahaja untuk permulaan, 1 – 2 produk atau servis, tip ini untuk anda!.

Sebenarnya agak susah sebab saya tidak buat iklan berbayar, hanya uji trial and error banyak kali. Ubah headline lepas itu padam, padam lagi dan esok padam lagi walau isi kandungan sama.

Produk hanya satu, PowerPoint.

Jadi perlu beberapa langkah untuk berkembang supaya orang tahu. Kos sebenar hanyalah web sebagai platform dan data internet, masa itu masih popular guna broadband, 2G dan 3G tak silap.

Tak kiralah apa jenis produk atau servis yang anda tawarkan atau sekadar isi masa lapang. Ia langkah pertama untuk bermula.

Huh! Ini paling sukar bagi saya! Buat web dan nombor 2 (rujuk bawah) tidak ada masalah sangat sebab tahu sedikit selok beloknya masa mengajar subjek yang sama beberapa tahun sebelum.

Orang kata Headline kena power baru orang nak baca, saya rasa tak juga asalkan anda tahu sasaran dan triknya, automatik anda akan tahu headline yang hendak ditulis. Tulis Headline yang bagus!

Apa itu headline?

Contoh, bila baca suratkhabar tiba-tiba anda nampak tajuk ‘Trum lancarkan perang Nuklear keatas Malaysia’ mesti ada masa sakit kepalakan? Iklan panadol pun kalah!

Saya tidaklah expert tapi kongsi sikit-sikit bolehlah..

1. Laman Web – Senjata.
2. Keyword – Peluru.
3. Headlines – Peluru.
4. Copywriting – Peluru.

Uji punya uji, trial and error. Tahun 2012 hanya ada 283 sahaja pelawat. Tak pelah, boleh cuba lagi. Adjust banyak kali headline dan keyword, copywriting itu sikit-sikit sahaja.

Kena faham sasaran dan bina ayat yang sesuai jika tidak, itu yang head jadi lain. Bukan lagi headline.

Trial and error lagi, benda yang sama juga. Kena banyak main. Tahun 2013 naik pelawat unik 6,201 setahun.

Paling penting, Kata kunci, Headline perlu kemaskini! Copywriting pun penting juga. Tahun 2014 naik 9,652 pelawat unik. Rujuk gambar dibawah.

Ya, mesti update 3 benda itu, headline, keyword, copywriting pun touch-up sebab semua ini
ikut trends semasa carian google. Jika tidak, Graf menurun..

Pastikan 4 taktik ini berkerja serentak. 4 taktik ini berkait rapat cuma 3 taktik perlukan tapak atau platform yang anda boleh panggil sebagai hosting untuk simpan segala data. Contoh domain yang biasa pelanggan cari dan taip dekat URL ialah akademipowerpoint.com

==>Domain + Hosting RM130 – RM150 setahun<==

Ini penting!…selalu kita lupa! termasuk saya..

Pelanggan juga ada kata kunci dan sasaran sehingga anda ditemui!.

Bila langsung tak update isi kandungan dan headline, terus jatuh menjunam! Parah!. Tahun 2020 hanya ada 1,022 sehingga Jun.

Kronologi asas.

1. Headline buat pelanggan ingin tahu!
2. Kemudian pelanggan mahu baca ayat lengkap.(sentence).
3. Seterusnya pelanggan mahu baca lanjut. Maka, disini copywriting main peranan.
4. CTA.

Anda tahu tak, otak pelanggan akan scan apa yang dicari. Pelanggan paling lama pun akan lihat page 1 – 2 google. Maka Headline kena bagus macam magnet.

Bila saya buat pecahan mengikut bulan, hanya ada 360 pelawat bulan Januari, kursus postpone..

Selepas ini saya cerita tentang Headline. Jangan lupa subscribe agar tidak ketinggalan tajuk ini. Refress blog dan isikan nama serta email!.

Baik, jika tak nak lupa kaedah ini boleh share catatan ini. Klik butang sosial media sebelah kiri..

ByMuhammad Suhaily

Microsoft Office Business Instructor http://akademipowerpoint.com http://akademipowerpoint.com/wp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jana Idea & Kreativiti & Inovatif.
%d bloggers like this: