Mengapa saya tunjukkan menukar warna kereta dengan PowerPoint? Ajak minda lebih kreatif!

5 Jun by Muhammad Suhaily

Mengapa saya tunjukkan menukar warna kereta dengan PowerPoint? Ajak minda lebih kreatif!

Bismillah.

Guna apa yang di minda, mulakan apa yang ada ditangan.

Setelah in-House pertama 2009. PowerPoint 4 hari seram sejuk ditambah dengan feedback agak meremukkan hati, pedih lulu hati seperti putus cinta berkali-kali. Ini mungkin peluang perbetulkan apa yang saya rasa dah betul tapi banyak yang perlu diperbaiki dari segi skil, teknik dan penyampaian.

Yalah orang kata, jadikan sebagai pengajaran dan pembelajaran berterusan. Betul tak?

Tahun 2000 dah mula guna PowerPoint tapi biasalah macam dah tahu semua tapi teknologi semakin advance dan kalau tidak cepat bertindak kita akan ketinggalan macam saya,huh!

Masa itu saya terfikir, kalau nak pergi lebih jauh dengan 1 produk PowerPoint mesti kena buat something unik, sebabnya orang dah tahu apa itu PowerPoint. Anda mesti selalu nampak dekat menu Microsoft Officekan? bukan guna PowerPoint tapi masa itu anda guna Word atau Excel.

Firasat saya waktu itu, saya perlu buat sesuatu dan dalam masa boleh promot PowerPoint tanpa komisyen, tiada masalah.

Dalam hati, mahu buat supaya orang minat untuk belajar, seolah-olah nak bagitahu slaid ini memang ada POWER! cuma mungkin kena cari POINT supaya orang nampak wow!

Bukan senang nak buat, saya cuma terfikir nak buat supaya orang nampak PowerPoint ini macam movie. 2 – 4 jam pun layan, panggung wayang sejam perjalanan pun sanggup pergi tengo, Q panjang beli tikit pun layan sambil makan popcon! Samalah kita.. hehe.

Terfikir juga, saya asyik fikir saja. Macam mana orang nak layan kalau program saya bukan 3 jam tapi 2 – 4 hari ah sudah lagi parah!.

Jadi selepas In-House pertama, saya mahu cuba sesuatu yang kreatif, unik so nampak inovasi sikit. Ini lebih pada cipta bahan slaid.

Tiba-tiba terbayang sebuah kereta. Oh nak cuba tukar warna kalau boleh. Tapi ini bukan Photoshop, bukan boleh klik sekali tukar warna. Bukan macam Boboi Boi tukar watak ada kuasa power! tak apa, cuba dulu mana tahu boleh buat, boleh tambah topik baru nanti. Saya buat seperti ini hanyalah tujuan membiasakan kreativiti agar tidak terhenti.

paultan.org

Baik, kereta yang saya guna dahulu ialah kereta kedekut. Saja bagi nama kedekut sebab hanya satu pintu, driver tak nak orang lain tumpang. Kalau saya hanya mampu tengo, driver mampu pandu.

Kali ini inovasi sikit. Saya tak guna 1 driver 1 penumpang. Kali ini 1 Malaysia, utamakan #BMF. 😉

Lihat gambar, dari kereta kedekut saya beralih kereta selesa sikit, sesuai perjalanan jauh, jimat minyak dan elegent untuk belia muda remaja.

Saya bantu promote kereta Bezza pula musim PKP ini. Ok ke kereta? Wrap tak kemas sangat. Layan… Pute original, kuning emas spicy…

ByMuhammad Suhaily

Microsoft Office Business Instructor http://akademipowerpoint.com http://akademipowerpoint.com/wp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jana Idea & Kreativiti & Inovatif.
%d bloggers like this: