Kajian bersedekah, fokus pada yang satu dengan niat besar. Jangan tinggal yang lain. Lakukan secara berterusan. Bhg 1.

1 Jun by Muhammad Suhaily

Kajian bersedekah, fokus pada yang satu dengan niat besar. Jangan tinggal yang lain. Lakukan secara berterusan. Bhg 1.

Bismillah.

Kisah ini saya catatkan kembali dari saudara muallaf yang benar-benar mahu tahu erti sedekah. Sehingga pada suatu hari dia cuba memahaminya dengan cara yang mudah sampai ke hatinya.

Saudara ini lakukan beberapa kajian, kajian yang benar-benar diniatkan kerana Tuhan yang menciptanya. Tidak diniatkan seperti solat Dhuha hanya untuk rezeki. Mahu rezeki solat Dhuha, bila banyak dapat lupa Dhuha. Dhuha diibaratkan wajib untuk dirinya, walau ia hanya sunat tetapi ia jadikan Dhuha rutin harian.

Baik, sesuatu berlaku pada dirinya kemudian dia menyuarakan kepada sahabatnya. Katanya..

Pernah tak anda bersedekah dan mengharapkan Allah membalasnya? Ya, itu adalah doa setiap manusia apabila bersedekah dan berharap niat dihati dimakbulkan segala hajatnya.

Pertamanya, jangan keliru tentang tajuk besar diatas. Maksudnya tumpukan sedekah yang tepat kepada sasaran Allah, buat juga sedekah yang lain kerana semua ada ganjarannya.

Pernah tak anda terfikir antara niat dan sedekah yang banyak dilakukan dan manakah diantara yang dapat perhatian Allah?

Pernah tak anda mengkajinya?

Pernah tak anda memikirkannya?

Kebanyakannya ada yang tidak tahu tetapi ramai juga yang tahu. Manusia berserah kepada-Nya tentang setiap sedekah yang dilakukan. Benar, tidak salah mempelbagaikan sedekah dan itulah yang sebaiknya ‘Mengharapkan kebergantungan Allah 100%’.

Baik, point saya, banyak-banyak sedekah mana satu yang tepat pada sasaran? Adakah manusia ambil tahu? dan sebenarnya itulah harapan agar bila manusia buat banyak kali Allah bagi berkali-kali. Namun, adakah kita sedar bila dapat banyak kali manusia kadang-kadang tersasar dari niat asal.

Nampak tak?

Saya percaya, anda sudah mula terfikir mengenainya bukan?

  1. Adakah semua yang Allah beri itu percuma?
  2. Adakah semua Zat Allah itu percuma?
  3. Adakah Bumi dan lautan ini percuma?
  4. Adakah rezeki dan balasan kebaikan Allah ini percuma?
  5. Adakah yang buat salah tetapi rezeki melimpah juga percuma?
  6. Dan.. Adakah bila tidak mahu beribadah kepada Allah, manusia tetap dapat apa yang dimahukan. Adakah itu juga percuma?

Setiap perbuatan ada ganjaran atau balasan samada baik atau buruk. Moga manusia terhindar dari perkara yang sangat ditakuti ‘Bila Allah benci semakin Allah beri semakin manusia bongkak dan sombong. Nauzubillahiminzalik!.

Baik, berbalik pada yang percuma tadi. Adakah ia benar-benar percuma? dan apa yang dimaksudkan niat yang tersasar?

Kata seorang hamba Allah, Saya buat semuanya atas usaha sendiri. Itu sebabnya saya kaya, berduit dan mampu buat apa yang kamu tak mampu buat. Wahai hamba Allah, anda tidak sombong kepada saudaramu tetapi anda bongkak dengan siapa yang menciptamu!.

Apakah bila sudah dapat apa yang Allah beri, manusia leka dan buat tak tahu. Adakah manusia tahu Allah ciptakan Jin dan Manusia semata-mata untuk beribadah kepadaNya? Adakah sebelum manusia lahir ke dunia ini dan bila mana rohnya ditiupkan Manusia telah pun bersetuju setiap perjanjian dengan Allah? Jika tidak, tidak mungkin lahirnya yang bernama manusia di bumi sementara ini.

Saudara Muallaf ini berkata, bila dia mulai memberitakan kepada sahabat yang lain, dia didatangi dengan tohaman, tikaman, perli dari saudara lain dengan sombong tanpa takut dengan penciptanya. Jika api kecil dunia tidak tertahan masakan api yang mampu meleburkan manusia tidak ditakuti? Manusia mati satu kali hidup dua kali akhirnya tidak akan mati walau seksa tidak terbayang sakitnya.

Didoakan manusia tidak tersasar dari niat asal! dan tahu mengapa hidup dan dirinya diciptakan. Aamiin.

Saudara muallaf menyambung bicaranya. Sedekah tidak melihat berapa banyak yang manusia ada, tidak melihat kepada siapa yang mahu disedekah tetapi lihat pada niat sekali pun hanya ada seringgit ditangan kerana poket itu ibarat tabung pahala. Yakin dan percaya ada gandaan yang masuk ke tabungnya

Percaya atau tidak saudara muallaf ini mengkaji dengan niat kerana Allah dan semua itu menjadi rutin harian. Antaranya:-

1. Setiap kali melihat binatang, haiwan kecil atau serangga yang dalam kesulitan dia akan memastikan apa yang dilihatnya agar dimudahkan setiap yang sulit. Melihat semut dalam air, dia akan memindakan ke darat. Melihat lipas jatuh ke dalam longkang, dia akan pindahkan ke kawasan kering. Melihat ulat terdedah kawasan panas, dia akan pindahkan ke tempat teduh. Pelik bagi manusia tidak bagi Allah.

2. Jika ada manusia dalam kesulitan dan andai dia tidak mampu membantu, dia mendoakan Allah bantu dan mudahkan urusan hamba itu.

3. Di mana-mana sahaja dia akan menyelitkan tidak kira berapa RM ke tangan hamba Allah yang lain. Kanak-kanak, frontliner kebersihan kawasan, pekerja ditengah panas terik, saudara jiran sebelah dan hari-hari berikutnya. Saya tidak banyak tanya mengapa dia orang terpilih kerana itulah cara dan niat bersedekah.

In shaa Allah, catatan akan disambung pada hari berikutnya.

Adakah anda dapat sesuatu?

Niat disertakan dengan Bekas untuk takungan. Takungan tersebut dapat pula dituai manusia lain. Manusia tidak mengajar manusia lain tetapi ia ibarat bukan mahu mengajar itik berenang tetapi bawa itik itu dimana adanya air untuk mandi bertakung dan minum air.

Saya kongsikan catatan saudara muallaf ini sebagai Bekas untuk manusia lain tuai, pelajari dan kongsi.

Saya juga mempunyai Bekas lain yang mungkin ada sesiapa berhajat nak beli atau tempah dulu. Bekas ini saya namakan potong gambar cantik tanpa Photoshop, buat bahan 3D dan pergerakan live tanpa Flash serta buat pergiraan forecast data million dan billion tanpa formula. Link ada dekat nama penulis dibawah.

Saya juga ada Bekas lain untuk disimpan sebagai ilmu yang penuh dan padat tentang:-

Ilmu kewangan.

https://infaqconsultancy.onpay.my/order/form/videoBMW/msg1973

Ilmu duit Youtube macam Sugu Pavithra dan penyanyi nasyid Amar.

https://bukulali.onpay.my/order/form/RHYS/bukulalionpay

Atau ini.

https://ebookyoutuber.onpay.my/order/form/ebookyoutuber/msg1973

Hamka Kereta Mayat dah bantu lukis, kalau tak berapa faham klik link diatas untuk lebih faham. Terima kasih Wohaa atas idea ini!.

ByMuhammad Suhaily

Microsoft Office Business Instructor http://akademipowerpoint.com http://akademipowerpoint.com/wp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jana Idea & Kreativiti & Inovatif.
%d bloggers like this: