Setup Adsense cara santai part 1. Akaun naik bila pelawat klik iklan.

3 Jun by Muhammad Suhaily

Setup Adsense cara santai part 1. Akaun naik bila pelawat klik iklan.

Bismillah. Ada yang bertanya, saya mahu buat seperti yang tuan dapat bayaran dari Google.

Sekejap, oh naik sen sikit. Sampai USD100 bolehlah tuai.

Ok ini cara paling asas. Beli dan Setup domain + hosting maka anda akan ada laman web sendiri samada untuk personel, jual produk ataupun servis. Nama domain boleh pilih sendiri.

Hosting provider akan semak dahulu samada orang lain atau syarikat dah guna nama atau belum. Jika belum anda akan ada domain sebagai contoh akademipowerpoint.com

Buat permulaan guna plan yang biasa pun sudah cukup. Bayaran penuh lebih kurang hosting RM80 + Domain RM50 = RM130 sahaja dan ini bukan untuk sebulan tetapi untuk setahun dan saya percaya dalam tempoh setahun sebelum renew pelaburan anda dah boleh bayar balik RM130. Business long term service, lebih baik ada domain + hosting kerana ia juga sebagai duta pada product brand anda nanti.

Lihat invois domain + hosting akademipowerpoint.com, saya boleh recommend guna syarikat hosting provider ini sebab saya pelanggan mereka dan servis kira bagus.

Boleh terus beli domain dan hosting guna link ini. https://billing.iwhost.com/?cm=QOHWWE

Sebelum ini saya dah terangkan bagaimana cara pujuk google supaya laman anda dapat disenaraipendek dengan cepat dalam rank google supaya pelanggan mudah cari. Ini khusus untuk laman web yang baru bertapak. Boleh rujuk catatan ‘Cara Pujuk Google’.

Baik, boleh buat laman sendiri ke jika tidak mahir?

Boleh, tidak ada masalah sebab dalam host control panel semua dah ada cuma anda kena study sikit cara-cara seting email dan installasi platform yang anda nak guna nanti, contoh seperti wordpress, templat bootstrap, joomlah dan lain-lain.

Bila semuanya dah siap dan dah ada laman web sendiri, sekarang masuk bab google adsense.

Rasanya semua ada akaun gmail.com?

Kalau ada, bagus! Buat cara santai saja, bila dah tahu selok belok, In shaa Allah boleh buat sendiri.

Buka web adsense.com kemudian login guna akaun gmail macam biasalah masuk usernama dan password.

Bila dah masuk/login klik menu atas kemudian klik ‘Site’, seterusnya klik butang Add Site.

Masukkan nama domain dalam ruang URL. ‘namaanda.com’ klik butang ‘Next’. Ok Done!

Klik Ads dan masukkan URL Channel.

Masukkan nama domain anda dan ada beberapa seting yang perlu anda buat.

Ini semua platform percuma yang anda boleh jana duit termasuk youtube.

Baik, nanti kita sambung bahagian 2, sementara itu cubalah dulu.

Moga bermanfaat.. payung with ♥️

ByMuhammad Suhaily

Microsoft Office Business Instructor http://akademipowerpoint.com http://akademipowerpoint.com/wp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jana Idea & Kreativiti & Inovatif.
%d bloggers like this:

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/akademip/public_html/tipkewangan/wp-includes/functions.php on line 4615