Ya Tuan, kami orang sabah bah.

17 Jun by Muhammad Suhaily

Ya Tuan, kami orang sabah bah.

Bismillah.

Kami dalam kumpulan jalan-jalan di Kuala Lumpur dan secara tiba-tiba ditahan polis. Adui..bah!

IC, IC keluar. Kami dari negara luar agaknya dimata polis. Hurm… Polis: Dari mana? Dari Sabah Tuan.

Polis: Asli Sabah kah?

Kami: Dalam kumpulan ada beberapa bangsa, dialek dan keturunan. Ya Tuan, orang asli Sabah. Nenek moyang keturunan pakai cawat bah, seorang sahabat berani kerana benar. Haha..

Selesai checking. Polis: Ok boleh jalan.

Masuk cafe.

Borak punya borak, loghat bahasa sure orang tahu. Pelayan menyapa. Sabah ada kenderaan kah macam Key L?

Layan saja, speak from heart!

Lama duduk Malaysia? Ya lama, dari nenek moyang lagi.

Duit Sabah sama kah? Dahulu Sabah ada matawang sendiri.

Selesai makan, kenyang.

Round round Kotaraya. Balik berhimpit-himpit naik bas mini warna pink. Tangan dan kaki sahaja bergayut dekat tangga. Badan terkeluar macam filem mission impossible.

Letih tidur sekejap, shift malam pula jam 10 sampai 7 pagi. Kisah orang asli 25 tahun lalu di KL.

Bukan semua beranggapan seperti itu. Ada sebab yang kami sendiri tidak tahu.

Begitu juga kami yang banyak tidak tahu dan masih menerokai sehingga hari ini.

Jika dibandingkan dengan orang yang bertanya, kami lagi lebih rendah. Mereka lebih hebat.

Kami datang KL kerana mahu tahu sendiri kehidupan dan suasana di sini.

Betapa sangkaan kami meleset, kami tidak tahu dan hanya mendengar khabar dan cerita.

Akhirnya…

Dengan perasaan kurang enak tentang orang melayu dan Islam sebelum itu, kami antara dari berpuluh menjadi saudara se-islam.

ByMuhammad Suhaily

Microsoft Office Business Instructor http://akademipowerpoint.com http://akademipowerpoint.com/wp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jana Idea & Kreativiti & Inovatif.
%d bloggers like this: