3 cara beri anda ketenangan apabila gementar dalam penyampaian.

Bismillah. Situasi ini biasa keluar masuk dalam otak. Bukan macam masuk telinga kanan keluar telinga kiri atau keluar asap!. Macam tidak ada apa-apa berlaku, ok je, konfiden je. Buat tak tahu..

Sekarang situasinya, masuk telinga kiri tak keluar-keluar. Asap pun tak keluar, penuh dalam kepala, habis otak jemmed.

Itu yang jadi tidak tentu arah, cemas, lemas dan tidak terkawal. Jadi kena lepaskan, tenang dan biarkan saja.

Apakah dia? Gemuruh bertahap-tahap! Huhu..

Kenapa sampai jadi begitu?

Saya tidak suka bercakap didepan orang, cepat naik gementar. Segan sampai suara tidak kedengaran. Macam nak lari jauh, pergi jauh tak nak kembali!.

Pengalaman sesi bengkel dahulu, kadang-kadang boleh berpunca dari gaya hidup sewaktu kecil. Banyak sebab, salah satunya pembawaan semasa kanak-kanak yang lebih suka duduk di rumah. Jarang bersosial bersama-sama dengan kanak-kanak lain dan sebagainya. Keadaan ini berterusan sehingga meningkat dewasa atau remaja sehingga lebih suka menyendiri.

yakinberucap

Bagi saya, itu satu kelebihan dan banyak kebaikan. Lihat dari prespektif positif.

Baik, ada situasi kalau nak perkenalkan diri idea tiba-tiba boleh hilang. Sampai tidak boleh berkata-kata sebab idea terbang entah kemana.

Kelemahan paling ketara, cepat gabra dan perasaan seolah-olah tidak terkawal sampai suara hampir hilang.

Macam-macam tip google, baca itu dan ini tetapi masih kurang berkesan. Cari tip skrip perkenalkan diri bahasa Malaysia atau Inggeris, ucapan ringkas, pengenalan guna WhatApps, teks ucapan, ucapan ringkas individu, pengenalan diri seorang guru dan tip cara atau ayat yang sesuai semasa memperkenalkan diri.

Bilakah situasi ini akan berlaku?

Semasa sesi memperkenalkan diri dikhalayak ramai, semasa temuduga atau semasa mula berbicara dalam apa juga situasi. Lebih teruk jika tiba-tiba disuruh kedepan sampai mengelak macam-macam alasan. Ini adalah gementar tahap 10.

Rasa macam satu penyakit pula kalau benda ini masih berlaku, berulang setiap kali dan paling sedih bila berkata, kenapa ini terjadi pada diri saya. Saya telah cuba yang terbaik namun tetap terjadi.

Saya nak kongsi pengalaman suatu ketika dulu. Saya pun sama, semua orang mengalaminya.

Adakah itu satu penyakit? Hurmm..

Mungkin kot…

Tapi kalau penyakit mesti ada ubatnya.

Baik, ini kisah seorang yang sangat gementar, sangat gabra yang tidak terkawal sampai hilang suara sampai rasa rendah diri sampai selalu menyendiri. Kini masih sendiri, hadapi hidup ini.. macam lagu Zaiton Sameon pula.

Suatu hari dia memaksa dirinya mengikuti beberapa latihan khusus untuk hilangkan rasa gementar.

Dia memilih latihan yang banyak bercakap didepan, banyak berjumpa dengan orang, cara mengawal emosi, cara berkomunikasi sebab dia malu, segan, rendah diri dan rasa terasing.

Orang lain nampak semua ok, boleh saja bercakap dan bersembang masa rehat dalam kelas, di kantin dan masa waktu balik tapi dirinya.. adeh! macam menjauhkan diri dari rakan-rakan lain.

Nampaknya kesan gemuruh ini berpanjangan, tak akan hilang sampai bila-bila.

Tak boleh paksa lawan, tapi terima seadanya sebab macam mana pun usaha nak buang tetap ada dan hadir dalam hati.

Jadi dia buat macam mana?

Ada satu hari, dia diminta untuk bercakap depan orang, bukan seorang tapi dalam kumpulan yang ramai.

Rasanya kalau kita pun yang sama gabra, mesti fikir ah takutnya.

Dah fikir macam-macam, boleh ke, ish ish..

Lepas tu mesti buat carian google, tip-tip hilang gemuruh. Cara atasi dan macam-macam lagi.

Kalau orang kata, awak mesti boleh punya, tiada hal, go go… cakap memang senangkan tapi nak buat itu satu hal sebab yang berdiri nanti anda seorang. Atas pentas pun anda seorang, sesi perkenalkan diri pun anda seorang, adhoc bercakap sesuatu pun seorang juga. Macam tiada teman, tidak ada seorang pun yang akan bantu.

Satu pengalaman yang berharga buat dirinya apabila diminta berucap, mulut tergamam tiada kata-kata. Semua orang memandang kearahnya, terasa macam semua orang menuding jari kepadanya. Oh… apa sudah jadi dengan diriku, hati kecil berkata. Segan dan malu amat sangat, mana nak letak muka. Malu malu malu dan sangat malu.

Beberapa tahun kemudian.

Dia buat apa ye sebab sekarang nampak senang je bercakap didepan audien. Tak nampak gabra, tak nampak gemuruh pun. Ok je, konfiden je..

Haha.. dalam diri siapa yang tahu, empunya diri saja tahu. Siapa pun dalam tempoh 1 – 5 – 10 minit bila berbicara rasa gementar itu mesti ada. Itu normal, biasalah semua orang akan hadapinya.

Kemudian ia akan kembali normal macam biasa kecuali perasaan gementar itu tidak hilang dan masih berlaku.

Itu semuanya pengalaman. Pengalaman hasil dari belajar buat persediaan rapi. Buat banyak persediaan, latihan dan bercakap dalam hati.

Dalam hati maksudnya monolog, bercakap dengan diri dan otak merakam perbualan. Hati perlahan-lahan menerima dalam situasi positif.

Bagaimana caranya?

Perlu ketenangan supaya mudah berlatih, salin isi-isi penting, ada perancangan apa yang mahu diperkatakan nanti. Topik-topik khusus ikut kronologi.

Buat latihan banyak kali, bukan tujun untuk ingat apa yang dibaca tapi secara automatik bila buat banyak kali otak manusia ini mampu scan setiap apa yang kita list dan praktikkan.

Selepas ditamatkan kontrak sebagai staf kilang bahan mentah. Dia hilang buat sementara dari pandangan sahabat lain.

Dia nak kongsi satu lagi situasi sewaktu latihan sebagai crew penerbangan, in-flight dan ground handling.

Katanya, kami dalam latihan sebagai ground handling service dan in flight service kemudian latihan tempahan tiket penerbangan dan di tempatkan di KLIA yang baru mula beroperasi lebih kurang setahun lebih.

Kami tidak lama kerana penerbangan tersebut tidak bertahan lama, mungkin belum rezeki seperti MAS, AirAsia, Malindo dan penerbangan lain.

Kami dipraktikkan untuk sentiasa berkomunikasi, menjaga tatatertib, mengawal emosi dan sentiasa merawat perasaan gugup.

Kawal situasi tegang dengan membiasakan memegang dan meletakkan tapak gelas atas tapak tangan, bagaimana mengawal dari tidak jatuh, perlu tenang dan sabar membawanya semasa berjalan. Banyak lagi cara dan kaedah lain.

..dan teknik memperkenalkan diri cara santai. Bersahaja tetapi sampai ke hati pendengar. Latihan pasang telinga sebelum berkata-kata.

Oklah, antara banyak tip. Ini dua ubat yang boleh anda guna dan amalkan.

Tip pertama:

Ini kadang-kadang kita lupa termasuk saya.

Sebelum ke tip nombor dua. Buat dulu tip pertama sebab semua tahu perjalanan hidup adalah aturan Allah tapi yang memilih jalan hidup adalah manusia itu sendiri. Terbaik sudah diberi tetapi kebanyakan ada yang memilih jalan bengkok dari jalan yang lurus.

Baik, gemuruh berkaitan dengan hati. Jadi cuba rawat hati dahulu. Buat hati supaya tenang. Tarik nafas, ulang lagi dan lagi. Sedut dari hidung, lepas melalui mulut perlahan sampai rasa macam kehabisan nafas. Buat 2 – 3 kali. Lain orang mungkin lain pendekatannya tetapi ini salah satu kaedah yang boleh anda cuba.

Baca ayat Allah yang boleh membantu anda jadi tenang.

1. Tiada daya upaya jka tidak dengan pertolongan-Nya.

2. Baca ayat yang seolah-olah anda berada diatas dan orang lain sedang duduk tunduk. Baca, amal dan doa. Buat sungguh-sungguh yakin hanya DIA yang boleh membantu.

Muka tunduk yang tidak kelihatan sebenarnya menjadikan anda mendapat ketenangan. Anda tidak tahu siapa yang sedang melihat. Muka pun tidak kelihatan. Sukar untuk percaya, tidak mengapa. Cuba buat dan rasai perubahannya.

Antara sifat gemuruh ialah ia boleh berlaku dengan melihat rupa paras manusia dan bila anda tahu siapa yang sedang melihat.

Gemuruh juga boleh berlaku jika melakukan sesuatu tanpa ada orang lihat. Boleh jadi risau disebabkan mereka mendengar suara anda dari jauh. Anda mungkin letakkan kebimbangan diri dan cuba memindakan getaran negatif kepada orang diluar sana namun itu hanyalah perasaan. Ini hanyalah pendapat peribadi dan ia boleh berlaku kepada sesetengah orang.

Gementar juga berlaku bila anda sudah melakukan imbasan(scan)rupa segala macam rupa yang sedang melihat dan ia boleh jadi kepada orang tertentu. Bayangan sudah ada, buat belum lagi.

Tip kedua:

Buat persediaan dari segi topik yang mahu dibincangkan. Cari sebanyak fakta, maklumat tepat, contoh berkaitan, kalau ada visual pun kira ok, salin ikut list, buat skrip dan praktis. Skrip boleh tulis ayat panjang sedikit ikut kronologi, baca dan ulang beberapa kali.

Ulang banyak kali, daya ingatan manusia akan scan apa yang anda dan lihat diatas kertas. Seterusnya untuk kali kedua, bercakap seperti anda sedang melihat nota pendek tadi, bila dah scan tadi maklumat akan lekat diminda.

Tahu tak bila buat praktis berulang kali, otak, hati dan perasaan seolah-olah mampu ikut kehendak dan itu yang perlu lakukan berulang kali. Peratus memang berkesan, buat dulu dan praktikkan berulang kali. Jadi tidak hairanlah kalau nampak orang berbicara dengan tenang dan penuh yakin.

Persediaan berulang, hati akan menerima getaran dengan mudah. Macam tekan papan kekunci komputer. Tekan butang A, anda akan nampak huruf A dalam paparan skrin sebab data sudah diprogramkan dalam otak dan daya ingatan.

Bila benda ini dah selalu anda buat, otak akan stabil, hati dapat menerima dan fikiran jadi positif. Impaknya?

Anda boleh kawal rasa gemuruh biarpun secara tiba-tiba disuruh bercakap atau berucap didepan.

Berucap adhoc tentu rasa gementarkan? sebab idea tidak ada, topik mungkin berbeza dari yang biasa anda berbicara sebelum ini.

Ok tidak ada masalah, tidak perlu terus masuk dengan topik yang mahu dibicarakan, tidak ada masalah pun masukkan perbualan tentang pengalaman diri yang mana topik itu dah biasa buat dalam mana-mana perbualan, ada isi dan tahu apa yang nak diperkatakan.

Dalam beberapa minit perasaan gemuruh akan reda dengan sendirinya dan anda boleh mengawalnya dengan tenang.

Tahu tak, dengan ketenangan yang ada ditambah dengan skil kemahiran. Anda akan lihat pintu rezeki lain akan terbuka, ada pintu rezeki yang terbuka tanpa dijangka. Dengan memiliki skil bercakap-cakap, gabungkan ia dengan skil menyediakan tabung atau bekas untuk anda tadah sewaktu hujan lebat.

Tip ketiga:-

Tip ketiga sangat membantu jika ada peluang untuk belajar. Rebut dan buat, praktikkan sehingga mahir.

2 topik anda kena kuasai!

Penyediaan slaid dan Skil Persembahan.

Suntingan penyediaan theme/templat.

Penyediaan slaid seperti anda keluar berkerja. Sentiasa memastikan sudut pandang terjaga, kemas, cantik dan elegant. Ia memberi penilaian dimata orang lain.

Impaknya?

Keyakinan tinggi. Bukan over confident ya! tetapi anda kelihatan berbeza dari sebelum. Semua mata tertumpu pada anda. Penyediaan slaid adalah teknik dan skil yang boleh anda ubahsuai dengan kreativiti dan inovasi yang bersesuaian dengan kehendak dan keperluan orang lain.

Bukan sahaja luaran nampak bergaya, segak cantik menawan. Interaksi juga kena power! Tak kira siapa pun anda, manusia ada POWER yang mungkin diri sendiri tak nampak, hanya perlu mencari titik POINT!

Pindahkan getaran skil persembahan kepada orang lain!

Penyampaian berkaliber, keyakinan diri, komunikasi dan ilmuan.

Inilah skil yang perlu anda kuasai dalam skil persembahan. Saya percaya ketiga-tiga tip ini mampu membawa anda pergi lebih jauh dari yang dijangka. Moga tiga tip ringkas ini bermanfaat untuk anda amalkan.

Segala atas izin-Nya.


Sebarkan!. siapa tahu ramai lagi seperti anda yang mencari tip seperti ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Proudly powered by WordPress | Theme: Baskerville 2 by Anders Noren.

Up ↑

Jana Idea & Kreativiti & Inovatif.
%d bloggers like this:

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/akademip/public_html/tipkewangan/wp-includes/functions.php on line 4609