Cara pujuk Google untuk senaraikan laman web anda.

2 Jun by Muhammad Suhaily

Cara pujuk Google untuk senaraikan laman web anda.

Bismillah.

Ini gerak kerja pujuk Google senaraikan laman web anda yang baru.

Jika mahu fokus google buat bayaran ke akaun anda, Ini salah satu langkah awal selepas sudah ada domain dan hosting.

Caranya adalah:-

Tapi sebelum itu ada yang wajib kena tahu. Ini perlu diubah dalam index.html/css.

  1. Title
  2. Meta
  3. Diskripsi
  4. Keyword/Kata Kunci wajib bermain dengan kuncinya, tag dan warna)

Kita mahu dan berharap supaya kata kunci yang anda taip dalam carian google tersenarai dalam pages. Betul?

Ya, ada tersenarai tetapi sasaran belum tentu di page pertama google. Dengan harapan bila taip keyword akan terus ke laman anda tetapi malangnya yang nampak laman orang lain yang sudah lama bertapak.

Tidak mengapa. Nanti guna konsep ikan dolfin untuk bantu website agar tersenarai sekurang-kurangnya dapat berlumba-lumba dengan web orang lain yang sudah naik ranking ke page 1, 2 & 3 dalam google.

Apa itu konsep ikan dolfin? Ini trik klasik yang mungkin orang sudah tidak guna tetapi sekurang-kurangnya dapat ‘push’ laman web anda yang umur masih muda agar dapat berlumba-lumba. Ini strategi 1500 tahun lalu sudah digunapakai, masih berbisa oleh kerana dalam perang mereka tidak tinggalkan tentera yang cedera biarpun pangkat prebet.

Strategi dolfin saya guna untuk senaraikan keyword carian di mukasurat pertama Google.

Strategi ini ajak pelawat datang ziarah ke laman web anda. Bukan paksaan, sebagai contoh kita buka pintu rumah masa Hari Raya dan dengan tiba-tiba tetamu mahu datang beraya, itu juga rezeki.

ini juga konsep Dolfin.

Saya percaya dalam alam maya ini ramai mahir SEO, analytics dan trends google. Mungkin cara mereka lebih hebat, ada cara sendiri dan trik masing-masing.

Bila orang sudah kenal, terus taip sahaja…

Baik, jangan risau jika rank website orang lain dalam ‘first page google’. Kadang-kadang bila taip keyword, 2 – 3 pages tak jumpa lagi, kadang-kadang jauh berpuluh page sebab google biasa cari kata kunci popular.

Ini trik simple ikan Dolfin. Dolfin kalau nampak bot satu group datang bermain dengan kelajuan bot. Begitu juga ‘Keyword’ taip dan enter, semua akan nampak tajuk seperti yang anda taip, betul? In shaa Allah jika buat dengan betul 3- 4 bulan atau kurang, page anda sudah ada dalam tajuk lingkungan 10 – 20 (anggaran page 4 – 5), In shaa Allah.

Persoalannya. Jika satu bot dolfin akan tertumpuh pada bot anda. Bagaimana kalau banyak bot? Bot mana jadi sasaran? Sasarannya adalah Keyword dan Tag anda.

Boleh faham?

5 orang lari 100 meter. Seorang dari mereka berlari tanpa baju. Mana satu jadi tumpuan? Biarpun pelari paling akhir, dia akan jadi tumpuan sebab tanpa baju. Itu Tag dan Keyword. Maka harus tahu Keyword, Tag dan Kandungan Web.

Bagaimana mahu jadi Dolfin? Anda bukan bersaing tetapi sedang berlumba-lumba.

Baik, katakan carian google anda taip Pengurusan Harta Pusaka. Lihat apa yang keluar page pertama Google.

Tajuk Pengurusan Harta Pusaka ini anda mahu letak sebagai tajuk utama dalam mukasurat pertama laman web dan dalam pun tajuk yang sama.

Cara mahu berlumba-lumba dan pujuk Google senaraikan web anda adalah.

Buat analisis betul-betul dan hati-hati memilih keyword. Ini cara klasik, manual tanpa guna trends google.

Sediakan kertas kosong dan pen.

Setelah taip Pengurusan Harta Pusaka tadi, lihat tajuk page 1 google. Semua dimonopoli oleh jab dan suratkhabar.

Bila taip tajuk yang anda mahu, lihat berapa kali keyword terpapar dan perkataan yang berulang keluar samada dari tajuk atau isi kandungan page 1 google.

Kekalkan tajuk yang anda pilih, salin satu persatu keyword yang popular seperti yang saya garis merah. Dalam page 1 laman web anda nanti, masukkan semua keyword pilihan yang saya garis sebagai contoh dan bina sales letter anda cara profesional.

Bagaimana mahu supaya dolfin /google kejar laman web anda?

Setiap keyword yang dipilih tadi hitamkan dan ada sesetengah keyword perlu digaris(underline) dan diwarnakan, maka itu jadi tumpuan.

Edit index.html/css Ubah title, masukkan meta, diskripsi dan banyakkan kata kunci dengan membina ayat(sales letter).

Buka setiap laman web yang terpapar dalam page pertama google (seperti dalam gambar).

Lihat pada penggunaan ayat, kata kuncinya, tajuk dan sebagainya.

Kesimpulannya dalam 4 tajuk page 1 google seperti yang anda lihat, anda sedang buat rumusan, gabungan semua kata kunci dan semua itu nanti dimasukkan dalam laman web milik anda.

Ada beberapa lagi seting yang perlu diubahsuai. Moga bermanfaat dengan takungan yang sudah diisi.

ByMuhammad Suhaily

Microsoft Office Business Instructor http://akademipowerpoint.com http://akademipowerpoint.com/wp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jana Idea & Kreativiti & Inovatif.
%d bloggers like this: