Murid tak takut rotan!

5 Jun by Muhammad Suhaily

Murid tak takut rotan!

Bismillah. Sewaktu dalam sekolah rendah, darjah 1 tahun 1980.

Zaman 80an masih boleh dianggap kehidupan yang sederhana dan tidak terlalu seksa dengan keadaan ekonomi semasa.

Yalah, ketika itu baru tahun 1 mana mungkin tahu kehidupan sukar, sama seperti anak-anak zaman sekarang, hanya tahu keseronokan. Lompat sana sini, habis baju banyak cop tangan dan kasut.. huhu.

Bezanya cuma cara penerimaan pendidikan kini berkonsepkan teknologi membangun. Jika nak dibandingkan yang dulu sangat jauh bezanya.

Zaman persekolahan juga berbeza, dahulu kebiasaannya anak-anak akan bawa bekal ke sekolah, hari ini mungkin masih ada yang mengamalkan didikan belanja sekola masuk tabung tetapi peratusannya sangat kurang.

Dahulu anak-anak akan membantu ibunya berniaga, menjual di sekolah, rumah kejiranan namun hari ini tidak lagi, mungkin sudah ditinggal zaman.

Dahulu, nilai duit agak besar bagi kanak-kanak seperti saya. 10 sen pun dah banyak, boleh beli apa sahaja. Teringat saya, dengan 10 sen gula-gula waktu itu, 10 sen maknanya 10 biji, haha. Bangkrap tuan kedai..

Masa Ibu minta untuk jual buah, tak silap saya setengah kilo harga 20 – 30 sen sahaja, goreng pisang, 1 biji belah 3 jadi sebiji goreng pisang. 10 biji harga RM1, 10 tahun kemudian sebiji naik 10 sen.

Nasi lemak harga 10 – 20 sen sebungkus, lengkap dengan ramuannya. Bahannya juga banyak. Saiz nasi lemak sebesar saiz nasi putih kosong harga RM1.50 – RM2.00.

Biasanya Ibu akan sediakan lebih 50 bungkus, Alhamdulillah semuanya habis terjual, jika ada lebih pun nasi lemak tak pernah sampai rumah kerana dalam perjalanan balik makan ramai – ramai dengan geng jalan kaki budak sekolah. Haha..

Ada masa hanya tinggal 3 – 4 bungkus sahaja, member lain beli, cikgu juga beli beramai-ramai. Kebiasaannya memang habis licin bakul sampai nasil lemak dah siap booking esok pagi.

Bukan tidak ada pilihan tetapi hidangan dan bungkusan ada kelainan. Walaupun cerita ini tahun 1980 namun ada classical sentimental value.

Laku keras, kerana sambal 2 rasa. Ada pedas manis, pedas biasa dan sambal ikan bilis readymade dalam tin. Readymade dulu memang ada, sekarang rasa tak sama.

Masa saya bawa bakul, ada keratan iklan. ‘Saya jual nasi lemak panas dalam plastik. Hinggakan masa dalam perjalanan ke sekolah, ada bas mini yang lalu ke satu destinasi yang lain berhenti membeli nasi lemak, kuih dan sebagainya.

Saya masih ingat, cikgu kami ketika itu dari England(Guru Bahasa Inggeris) nama Catherin dan seorang Guru besar dari semenanjung yang garang tapi longlai bila nampak nasi lemak panas sambal 2 rasa.

Jangan main-main Cikgu rupa makan orang! Haha..

Guru besar mengajar subjek Jawi, kami geng budak sekolah rata-ratanya 90% beragama kristian namun kami rela hati mempelajarinya tanpa sempadan . Cikgu kata, Alif Ba Ta! semua ikut… salah sebut semua takut, belum dirotan semua tunduk bukan kerana pemukul tetapi kerana rupa! Rupa cikgu sahaja bikin takut! Siap kasi bulat mata!! Bibir macam pinokio! Takut Bah! Haha..adeh!

Sampai hari ini ada yang tanya bagaimana nasi lemak boleh laku? 50 lebih habis tidak sampai 2 jam.

Saya kata, dahulu resepinya hanya 4. Cara itu masih boleh guna sampai hari ini.
• Tidak cepat bangas (orang Sabah bilang bangas itu ‘basi’.)
• Sambal 2 – 3 rasa.
• Order ontime.
• Kualiti tidak berubah.
Begitulah kisah budak sekolah 80an jual 50 – 100 bungkus dalam masa 1 – 2 jam. 50 memang tak cukup bila seorang beli 2 bungkus.

Balik rumah pakcik kayo kayo…

ByMuhammad Suhaily

Microsoft Office Business Instructor http://akademipowerpoint.com http://akademipowerpoint.com/wp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jana Idea & Kreativiti & Inovatif.
%d bloggers like this: