Skip to content
Menu
Akademi PowerPoint Malaysia
  • HOME
  • Personel Coaching
  • MY PROFIL
  • FTVS
  • Analisis
  • JV
Akademi PowerPoint Malaysia

Analisis

Salah satu cara untuk mengetahui kekuatan diri anda sebagai trainer ialah dengan cara melakukan analisis terhadap setiap peserta yang mengikuti bengkel yang anda jalankan. Mereka memasuki kelas anda dengan pelbagai karektor, penting untuk anda mempelbagaikan cara penyampaian dan persembahan bukan sahaja cara sempoi tetapi perlu colourful dan sense of humor.

Sama anda seorang peserta ataupun seorang trainer/penceramah, beberapa perkara yang perlu dititik beratkan. Menjadi seorang penyampai/trainer/guru/pensyarah atau sesiapa sahaja asalkan anda bergelar pendidik yang bertanggungjawab menyampaikan maklumat informasi kepada peserta wajib dan tahu kaedah yang digunakan bagi mencorakkan penyampaian, pemahaman kita kepada peserta.

Sebenarnya apabila anda mengetahui setiap kehendak peserta, secara tidak langsung anda akan memperbaiki setiap kelemahan dari masa ke semasa. Memberi kelainan setiap persembahan dan mecari kelainan setiapkali berjumpa dengan peserta baru, maka kredibiliti pasti semakin meningkat dan segala ilmu yang dicurahkan amat berguna untuk membentuk kemahiran baru kepada peserta.

Bagaimana melakukan analisis pada peserta?

1. Visual Learners? Lebih kepada drawing chart, imej & menonton movie.
2. Verbal Learners? Lebih kepada yg suka menulis, membaca, suka kepada langkah demi langkah, gambaran dan motivasi.
3. Auditory learners? Lebih kepada maklumat terkini, penerangan dan penyampaian.
4. Physical learners? Lebih kepada praktikal, hand-on learning. Jam itu juga ingin lakukan sesuatu sehingga nampak hasilnya.

Harap rakan-rakan sudi berkongsi pendapat ataupun cadangan atau apa sahaja yang diperlukan bagi menjadikan susana kelas persekitaran tidak hambar. Survey ini juga amat penting bagi saya dan anda sebagai pengiat membongkar kepakaran dalam latihan dan motivasi. Semoga ianya bermanfaat untuk semua yang mengetahuinya bagi meningkatkan lagi prestasi dimasa akan datang.

p/s: Saya akan cuba memberikan feedback mengenai cadangan/komen/idea tuan/puan semua dan kalau boleh rakan-rakan lain juga dipersilakan untuk memberikan komen mengenai cadangan dari rakan-rakan lain. Ada yang kurang kita tambah bersama, ianya untuk kita semua sebagai perkongsian ilmu yang tidak akan hilang sampai bila-bila!

0 thoughts on “Analisis”

  1. sifusufi says:
    November 12, 2010 at 2:17 am

    salam. tuan, saya no 2 itu.

    Reply
    1. Muhd Suhaily says:
      November 12, 2010 at 6:23 am

      Salam tuan SS, Saya pun selalu juga menggunakan kaedah itu, pelbagai citarasa utk sesiapa sahaja yg pernah mengikuti seminar atau bengkel. Terima kasih kerana menyokong..

      Reply
      1. ultramum says:
        October 17, 2011 at 2:02 am

        saya suka 1 dan 4…….dan lebih baik sekiranya semua diatas diaplikasikan…mengikut kesesuaian dan masa….contohnya masa permulaan guna kaedah 3 @4..sbb kaedah 3 sesuai sbb masa mata masih fresh…klu mata mula letih..tumpuan kian kurang..bolehlah aplikasikan kaedah 1@ 4…sekian….

        Reply
        1. Muhd Suhaily says:
          October 17, 2011 at 2:35 am

          Ultramum, saya setuju dengan kaedah dan cara Ultramum menggunakan teknik ini. Sangat berkesan memandangkan tumpuan peserta pada peringkat awal masih tahap 100%

          Reply
  2. sueella says:
    November 12, 2010 at 2:44 am

    saya suka no 2..

    tapi waktu belajar dahulu.. saya suka bila ada sedikit senaman ringkas setiap 1/2 belajar supaya otak tak terlalu stress menerima pembelajaran yang di ajar

    contoh senaman- tarik nafas panjang2- hembus perlahan2… dan sedikit senaman tangan & pinggang 🙂

    saya mmg suka bahagian menulis, membaca, suka kepada langkah demi langkah, gambaran dan motivasi.

    bila ada gambaran dan motivasi.. rasanya lebih cepat belajar..

    tapi untuk meningkatkan prestasi pembelajaran.. lebih sesuai yg no 4 tu..

    Reply
    1. Muhd Suhaily says:
      November 12, 2010 at 12:39 pm

      Sue: Saya memang bersetuju tentang itu, ianya adalah sedikit permainan ‘role-play’ dengan penonton/peserta/pelajar.

      Pakar presenter ada mengatakan, selepas 20 minit kita perlu berhenti seketika kerana minda peserta akan hilang fokusnya, maka dengan itu kita sebagai penceramah perlu lebih kreatif.

      Sebagai contoh yg boleh kita lakukan adalah:
      1. Create your story – ianya bertujuan untuk menarik balik hilangnya fokus tadi.
      2. Tell your experience – kadangkala peserta suka apabila mendengar pengalaman kita apatah lagi apa yg kita ceritakan ada bidang yg diminati.

      Dlm setiap kumpulan yg hadir tidak semuanya aktif dan kurang aktif mungkin hanya dari luaran sahaja tetapi dlm diri mereka berkobar-kobar cuma mungkin tidak boleh diperlihatkan sebelum kita sebagai presenter memulakannya.

      Reply
  3. Nur Sakinah Thomas says:
    November 12, 2010 at 3:16 am

    Encik Suhaily, I believe creativity is the best way to win our learners hearts. Learners have different learning styles of perceiving and adapting to lessons, so we being the tutors have to be creative to draw their attention and focus by using conducive ways to atrract them. Since in a class we will have visual, verbal, auditary and physical learners, we can use a combination of technique and by making sure that there are slots that have attention-getters like asking rhetorical questions, stating remarkable quotations, telling them an astounding story or shocking statistic or even inserting humour or using any ways that could arouse and stimulate their hearts, minds and souls,all by God’s will.
    ~Nur

    Reply
    1. Muhd Suhaily says:
      November 12, 2010 at 2:19 pm

      Nur Sakinah Thomas: Active vs Pro Active! Love your ideas too, 🙂 Creativity is empowerment! Try out the ideas and note the ones that make learning more effective and easier for us and students. You have seen it! you have heard it! and you have done it! WOW WOW WOW!!! 🙂

      Reply
  4. Zaki says:
    November 12, 2010 at 3:45 am

    Saya jenis yang ke-4…

    Memang banyak habiskan masa training dalam no.4..

    Reply
    1. Muhd Suhaily says:
      November 12, 2010 at 12:51 pm

      Salam Tuan Z, Saya boleh gambarkan tuan lebih kepada praktikal, mungkin dari segi teori pun kira boleh tetapi dgn melakukan secara amali ia lebih mudah difahami, maknanya buat sampai jadi sehingga apa yg ingin kita lakukan berhasil.

      Saya pun suka akan no 4, tidak hairan ramai yang gagal dalam ‘driving license’ utk teori, adapun yg lulus kerana citarasa peserta berbeza-beza.

      Reply
  5. ammy says:
    November 12, 2010 at 4:16 am

    No 4, tapi tidak semestinya hasilnya bole terus dapat masa itu. Bole juga dlm tempoh masa tertentu

    Reply
    1. Muhd Suhaily says:
      November 12, 2010 at 12:59 pm

      No 4 memang pilihan ramai, benar ianya tidak akan terhasil dlm masa yg singkat dan ramai orang akan mencuba banyak kali barulah akan berhasil. Dare to fails..kata Billi Lim!

      Ada yang terus boleh buat dan ada pula yg lakukan berulang-ulang hinggalah menjadi pakar. Tidak mengapa jika itu terjadi, slow n steady but do it in smart way..

      Learn 1 skill in 1 day, at least 20 skills a months, dikali dengan 1 tahun? 300 skills..ditolak dgn rehat n sleeping. As for me Wow!!

      Reply
  6. Chek'An Hashim says:
    November 12, 2010 at 8:30 am

    Salam En Suhaily,

    Saya rasa saya sesuai No 3 dan 4.

    Reply
    1. Muhd Suhaily says:
      November 12, 2010 at 1:03 pm

      Chek’An: Teringat saya apabila belajar secara praktikal, kita akan jadi lebih expert apabila dihujani dengan hujah hujah yg berkaitan. Ya saya suka itu…tq kak..

      Reply
  7. mohd feroz suhaimi says:
    November 12, 2010 at 8:58 am

    Physical learners-pilihan saya.
    ini adalah kerana ia agak lebih berkesan jika dikira kursus yg saya jalankan.bagi saya ia juga merupakan teknik yg lebih digemari oleh pelajar2.dan lebih mudah untuk kita sampaikan sesuatu kpd pelajar2 kita disamping pelajar juga lebih cepat tangkap atau paham mengenai sesuatu subjek.

    Reply
    1. Muhd Suhaily says:
      November 12, 2010 at 1:12 pm

      Feroz: Saya pun suka apa yang Cikgu ketengahkan lebih-lebih lagi bidang yg kita berikan pada pelajar banyak dengan hand-on. Ya, ia amat berkesan! kerana saya juga kearah itu.

      No 4 sangat sesuai utk mereka yang dlm bidang vokasional, mungkin ya akademik mereka agak lemah tetapi tidak mustahil mereka boleh berjaya walaupun hanya dengan kemahiran yang ada, yang penting ada kemahuan, usaha, minat dan sentiasa bertindak untuk memajukan diri masing-masing.

      Kemahiran itu tinggi mutunya sekiranya hari demi hari diasah sehingga menjadi seperti crystal!

      Reply
  8. dennie fts says:
    November 12, 2010 at 10:41 am

    salam……
    bagi saya hasil gabungan no2 dan no4 adalah sesuai bagi saya…

    Reply
    1. Muhd Suhaily says:
      November 12, 2010 at 1:21 pm

      Dennie: Ada pelajar dan peserta suka seperti gambaran, penuh dgn imaginasi untuk mencari buah fikiran, ada kalanya mereka ini senyap dan hanya duduk diam tetapi dalam minda idea itu sentiasa berjalan cuma perlu mereka ini menyusunnya langkah demi langkah.

      Masih no 4 jadi taruhan ya, bagus itu… praktikal selepas analisis pasti menghasilkan jawapan yang sahih!

      Reply
  9. Nanda Kumar says:
    November 12, 2010 at 11:28 am

    Hi Suhaily,

    As for me, i believe all four should be included in a training or lecture. All four are must, doesn’t mean to be included in a single session but can be divided into few sessions. I believe in such, cause the students or trainees will expect something new from us always in order for them to focus well from time to time and its our duty to change our style – suits the environment.

    Hope my input is sufficient enough for this discussion.

    Thank You,

    regards nanda.

    Reply
    1. Muhd Suhaily says:
      November 12, 2010 at 1:46 pm

      Nanda: To be more creative we should included all four technique. Yea, agree with that! We should use it in conjunction with a careful observation of what works best for us.

      As you know, sometimes I used all 4 strategies to be more colourful with simple instruction. By the way, still in SEGI? 🙂

      Reply
  10. Cikgu Niezam says:
    November 12, 2010 at 11:32 am

    Saya pula suka no. 4 sebabnya apabila menimba ilmu saya sangat suka terus mempraktikkannya dan terus melihat hasilnya. Jadi bagi saya ilmu itu benar2 berkesan apabila hasilnya adalah seperti yang diajar.

    Reply
    1. Muhd Suhaily says:
      November 12, 2010 at 1:57 pm

      Cikgu Niezam: Wah..no 4 pilihan ramai ye.. 🙂
      Seorang yang berpengalaman seperti cikgu semestinya sukakan yang praktikal kemudian melihat hasilnya sama seperti bengkel blog yang cikgu jalankan sekarang ni..

      Langkah demi langkah dan secara live pastinya itu juga pilihan saya.. selamat maju jaya! Semoga cikgu juga sentiasa success dlm tugas sebagai pendidik dan usahawan internet…

      Teruskan..

      Reply
  11. MY says:
    November 12, 2010 at 4:19 pm

    Salam semua.

    Saya berpendapat, dari 1 hingga 4 semuanya penting mengikut kesesuaian.

    Teori penting sebagai gambaran awal dan pencetus idea. Bagi memastikan teori tersebut betul, maka kena lakukan praktikal sebagai tindakan yang seterusnya.

    Saya amat bersetuju dengan pandangan yang lain. Dan saya sendiri merasakan ianya perlu disesuaikan dengan apa yang hendak kita jalankan.

    Terima kasih Tuan Suhaily dengan peluang dan topik yang bagus ini.

    Selamat maju jaya! Besh!

    Reply
  12. Muhd Suhaily says:
    November 13, 2010 at 12:12 am

    Salam Tuan MY kerana sudi bertandang ke blog ini dan memberikan cadangan berpandukan kepada pengalaman sebagai pelopor tuisyen di malaysia.

    Sangat bagus kesemua cara diatas boleh digunakan mengikut kesesuaian cara penyampaian dan persembahan. Ya, teori utk mencetus idea, mencari kebarangkalian yang munasabah dlm situasi tertentu.

    Tahu bertindak dgn cara sendiri, tahu menggunakan kreativiti utk mengolah dan mencana idea agar mudah disampaikan kpd peserta. Bayangkan ada org bertanya arah jalan dan ia menjadi lebih mudah apabila kita melakar peta…tersebut.

    Terima kasih juga pada MY semoga terus success dlm kerjaya tuisyen…

    Reply
  13. Suhaila says:
    November 13, 2010 at 3:54 am

    Salam en Suhaily…

    Setiap penerangan yg d beri mengikut tajuk2/isu2 tertentu. Bg saya, penceramah kena pandai sesuaikan tajuk/isu2 dengan cara penyampaian. Saya selalu ikuti training d pejabat.Jemu juga asyik dengar penerangan ja….sampai mengantuk. Jd penceramah 2 harus tarik minat pendengar. Saya suka kalau penceramah bg kita ketawa. Fikiran dh jd tenang kita terus mendengar dan memahami

    Reply
    1. Muhd Suhaily says:
      November 14, 2010 at 9:04 am

      Ila: Seorg penceramah itu perlu tahu perlbagai kaedah dan teknik penyampaian supaya sampai ke hati peserta. Ya betul, perlu sesuaikan dgn tajuk yg dibentangkan, berkaliber bukan sahaja dari aspek pengolahan tetapi juga tahu bagaimana menyelesaikan masalah(problem solving)

      Sens of humor, teknik bercerita dan sharing pengalaman juga sangat membantu dlm apa juga situasi pembentangan…

      Reply
  14. etomyam says:
    November 13, 2010 at 10:41 am

    salam
    2 dan 3 pilihan saya 😀

    Reply
    1. Muhd Suhaily says:
      November 14, 2010 at 9:22 am

      etomyam: 2 dan 3 semestinya pilihan tuan.. bidang penulisan dimana idea sentiasa mencurah-curah yang muncul tanpa diduga.. bagus bagus.. 🙂

      Reply
  15. Nur Hani says:
    November 14, 2010 at 12:37 am

    Salam,

    Salam saya pun suka cara nie.. dgn menyatakan pengalaman.. sbg pendengar saya lebih yakin dgn apa yg disampaikan…

    Reply
    1. Muhd Suhaily says:
      November 14, 2010 at 9:25 am

      Hani: Tentu anda suka jika trainer itu berkongsi pengalaman bagaimana ia boleh sampai ke tahap yg membanggakan..rite 🙂

      Reply
  16. Lee Jun Siang says:
    November 14, 2010 at 5:25 am

    Salam Semua

    Saya suka No 2 & 3, frankly speaking i like to attend seminar, thinking also become a speaker 1 day if possible, BUT right NOW i will concentrate on LEARNIG stage …..1st b4 i commit anything ! Cheers ! Every 1 !!

    Reply
    1. Muhd Suhaily says:
      November 14, 2010 at 9:32 am

      Mr Lee, Thanks 4ur support, yes you rite, focus on what you do 1st, if you make it, other will follow.. keep in touch 🙂

      Reply
  17. Yap Lee Kien says:
    November 14, 2010 at 5:29 am

    None of above.

    Reply
    1. Muhd Suhaily says:
      November 14, 2010 at 9:28 am

      How about communication skills?
      Any advise?

      Reply
  18. olive su mohd suhaili says:
    November 14, 2010 at 10:48 am

    it really depends on the individuals itself ,but For me i will choose NUM 1 and num 4,Visual and physical learners.

    Reply
    1. Muhd Suhaily says:
      November 14, 2010 at 11:48 pm

      Su: Sometime we need to ask the trainees before start the training rite? Imagination then practical..

      Reply
  19. Ben Godomon says:
    November 14, 2010 at 11:23 am

    Secara peribadi, saya pernah mengaplikasikan semua 1 hingga 4, tetapi bagi diri saya sendiri, saya cenderung kpd no.4.

    Reply
    1. Muhd Suhaily says:
      November 14, 2010 at 11:52 pm

      Ben: Ya betul, utk lebih kreatif kita semua boleh gunakan kaedah 1 hingga 4, ia satu teknik utk mencari keserasian peserta mana yg lebih baik utk mereka. Praktikal lebih baik untuk melihat sejauh mana kemahiran yg mereka miliki..

      Reply
  20. SITI FATIMAH AHMAD says:
    November 22, 2010 at 3:12 am

    Assalaamu’alaikum sahabat guru, Muhd. Suhaily.
    Apa khabar? Di doakan sihat dan bahagia selalu hendaknya dalam rahmat Allah SWT.

    Mohon maaf ya.. kerana baru kini punya kesempatan untuk hadir menyapa disebabkan ada urusan rasmi luar pejabat yang perlu dihadiri sepanjang minggu ini.

    Membaca tulisan Muhd. Suhaily tentang “Karektor Anda” sungguh menarik sekali. Saya mendapat input yang baik darinya dan mengesankan.

    Pengalaman diri sebagai guru yang mencintai bidang pendidikan dan mendidik bakal guru sudah pasti keempat2 karektor tersebut dilakukan hampir keseluruhannya memandangkan masa mengajar yang panjang iaitu 1 – 3 jam bagi satu sesi pengajaran. hal ini disesuaikan dengan strategi, pendekatan, kaedah dan teknik yang telah dirancang rapi agar pengajaran kita menjadi menarik dan berkesan.

    Penguasaan 9 kecerdasan pelbagai (howard Gardner) juga harus diambil kira sebelum sesi interaksi dijalankan kerana kita sedang berhadapan dengan pelbagai ragam olah dan fikrah pelajar.

    Guru yang berkualiti dan menjiwa bidangnya, akan berusaha memenangi hati pelajarnya. Dalam memenangi hati insan didik, kita haruslah punya ketulusan hati dan kecintaan yang luhur melalui pancaran kasih sayang kepada mereka. Keredhaan guru kepada pelajarnya akan membuka pintu rahmat Allah dan membuka hati juga minda mereka untuk memberi tumpuan kepada pengajaran kita.

    Sikap sense of humor dan terbuka akan menjadikan dunia bilik darjah kita berseri dan berwarna warni. Pelajar tidak merasa tertekan kerana gurunya pandai menyampai ilmu melalui pelbagai kaedah dan menggunakan sumber pengajaran yang sesuai. Jadikan diri kita pendidik yang berwatak ibu dan bapa bukan berwatak pemimpin yang mengarah dan memerintah.

    Semoga pendapat saya berdasarkan pengalaman peribadi ini dapat membantu meningkatkan usaha dan karektor Muhd. Suhaily semasa berkomunikasi dengan peserta didik. Maaf kalau apa yang saya cuba kongsikan tidak membuah hasil jika digunakan orang lain. Lain orang lain caranya.

    Semoga berjaya. Usaha Muhd. Suhaily selalu mengkagumkan saya. Malahan semua penulisan Muhd. Suhaily juga saya minati kerana mempunyai aura dan motivasi yang tinggi.

    Salam mesra selalu dari saya di Sarikei, Sarawak. 😀

    Reply
  21. Muhd Suhaily says:
    November 23, 2010 at 1:19 am

    Walaikumsalam Sahabat Ustazah CT Fatimah,

    Terima kasih dgn komentar yang besar ertinya bukan sahaja untuk saya tetapi utk semua rakan-rakan yang melayari blog yang simple ini.

    Alhamdulillah, sihat sahaja saya di sini, ya Ustazah, pendekatan yang kita gunakan untuk memudahkan pendengar, pelajar dan sesiapa sahaja supaya mampu diterima oleh mereka ini dalam penambahan ilmu seharian.

    Karektor itu semua ada dikalangan pelajar, maka tugas kita sebagai pendidik untuk menyebarkan ilmu itu dgn pelbagai cara dan kaedah, penyampaian itu bukan sahaja mudah tapi senang diterima sebagai bekalan mereka ini menuntut ilmu.

    Ya, sudah semestinya, guru akan cuba sedaya upaya untuk memberi tunjukajar kepada pelajarnya walau dgn apa cara sekali pun. Ketulusan itu sangat penting saya kira bagi memenangi hati mereka ini, ia akan lebih mendekatkan diri kita kepada semua pelajar.

    Pun begitu gaya persembahan kita sebagai pendidik perlu diambil berat agar suasana dlm kelas tidak hambar, pelajar tidak boring dan semua ilmu yg kita sampaikan akan sampai kehati lalu mudah diingati.

    Terima kasih sekali lagi kerana bertandang ke blog ini, mudah mudahan ikatan persahabatan ini tidak hilang ditelan zaman. Salam mesra juga dari saya.. KL 🙂

    Reply
  22. Haryati says:
    November 26, 2010 at 3:48 am

    salam..
    sy lbih sukakn no 2 & 3

    Reply
  23. Muhd Suhaily says:
    November 26, 2010 at 6:52 am

    Yati: Pilihan spt ini memudahkan saya lebih mengenali setiap peserta/pelajar.. TQ

    Reply
  24. suri cahaya cinta says:
    December 21, 2010 at 7:05 am

    salam..
    suri suka yang no 1.. hee sb dlm kaedah pembeljaran klu blh tak mau yg membosankan..mesti nak ada gambar2 penelitian, baru le tak boring

    no 2 ttp menjadi pilihan juga barulah apa yg kita bljar akan faham sepenuhnya 🙂 kata org tak ada ilmu yang kita missing..

    Reply
    1. Muhd Suhaily says:
      December 21, 2010 at 7:15 am

      Suri: Mudah dan menarik jika text banyak digantikan dgn imej, lebih senang difahami. Ya betul suri, menyiapkan sesuatu itu mengikut langkah2xnya.. baru puas hati 🙂 tq

      Reply
      1. suri cahaya cinta says:
        December 22, 2010 at 8:41 am

        oh ya, sama-sama kembali 🙂

        Reply
  25. Saidah Shahid says:
    July 21, 2011 at 6:26 am

    Visual dan verbal harus seiring. Saya lebih suka pada pilihan 1 & 2. Namun pilihan 3 & 4 juga sebenarnya boleh membantu dalam mencorakkan penyampaian dan pemahaman. Yang penting, kita perlu tahu bagaimana audiens kita. Dan bagaimana penerimaan mereka. Dari itu, mudah untuk kita menentukan yang mana satukah untuk kita berikan lebih tumpuan dalam penyampaian dan pemahaman. Namun kelazimannya, audiens suka memandang sesuatu yang menarik dan tidak membosankan. Biasanya dalam tempoh antara setengah hingga satu jam pertama, audiens boleh memberikan tumpuan. Selepas itu, faham-faham sahajalah. 🙂

    Reply
    1. Muhd Suhaily says:
      July 22, 2011 at 2:00 am

      Terima kasih, Ida, tidak dinafikan keempat-empat secara teknikalnya sangat berkait rapat dan semuanya perlu berganding bahu dalam diri seseorang itu samada dia seorang pelajar ataupun penceramah tadi. Tidak kira juga sesiapa juga dikalangan kita asalkan menggunakan flatform interaksi dua hala ataupun one to many secara asasnya juga perlu mengetahui segala aspek ini.

      Ya, penerimaan itu amat penting maka kepelbagaian cara dan teknik perlu dicorakkan dalam beberapa ketika. Sesuatu yang menarik perlu diolah agar menjadi tarikan audience dlm kata lain penyampaian dan persembahan harus colourful. Itu juga sebabnya seorang penceramah perlu mengetahui teknik permulaan, pertengahan dan akhiran agar kita sebagai speaker dan audience akan mengingati apa yang disampaikan dari mula hingga akhir.

      Terima kasih sekali lagi dengan komen anda. Mudah-mudahan setiap apa yang kalian sampaikan akan membakar semangat saya sebagai trainer dan dapat memperbaiki segala kesilapan dan kelemahan.

      Reply
  26. Mazura A. Rahim Zuradiaz says:
    October 17, 2011 at 12:21 am

    Salam…..sy rase no.1…lebih mudah faham n senang nk save dlm otak..lg pn sy mmg minat melukis.. 🙂 slain tu, time study dulu sy slalu guna keywoord, lg sng nk ingat.

    Reply
    1. Muhd Suhaily says:
      October 17, 2011 at 1:47 am

      Betul tu Zura, memandangkan minat untuk melukis saya pasti ia sangat bertepatan pada no 1.

      Terima kasih sudi menjenguk dlm ruangan ini.

      Reply
  27. Kalieda Kamal says:
    October 17, 2011 at 2:40 am

    Kalau pendapat Aida..Aida pilih yg No.2

    ~ Verbal Learners ~ Lebih kepada yg suka menulis, membaca, suka kepada langkah demi langkah, gambaran dan motivasi.

    Reply
    1. Muhd Suhaily says:
      October 20, 2011 at 8:56 am

      Terima kasih Aida,

      Mudah untuk faham dan buat sampai siap kan 🙂

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Dari Dapur Anda

FaceBook Page

Facebook

Post Terkini

  • Sunting Data dari Excel semasa SlideShow
  • Channel Youtube
  • Pilih tool, terjemahkan idea dengan cara kreatif.
  • Cara Sunting, Potong & Tarik Oval Shape untuk buat Theme Templat PRO.
  • Ini cara mudah buang latar gambar selain guna ‘Remove Background’.
  • Cara Mudah buat Rekabentuk Templat Profesional dengan PowerPoint.
  • Inilah strategi cepat jadi muflis!
  • Strategi menguruskan Kewangan PKP
  • Kursus Online PowerPoint di Malaysia
  • Mengapa Memilih Team Trainer Akademi PowerPoint.
  • Backdrop Jabatan Audit Negara Negeri Pahang
  • Hari Merdeka
  • Muatturun Modul PowerPoint terbaru.
  • Saya selalu kaitkan Tembikai dalam setiap Kursus PowerPoint
  • Ekspresikan Pembentangan Slaid dan Video cara Kreatif dan Unik
  • In House Kursus Baru Persembahan PowerPoint + MS Excel
  • Powerpoint for Effective Presentation
  • Salam Eid Mubarak
  • Iklan. Percutian bajet ke Kota Kinabalu, Kundasang dan pulau sapi serta Manukan.
  • In House bersama Jabatan Perikanan Malaysia untuk kursus Infografik dan Suntingan PowerPoint.
  • Teknik Suntingan Powerpoint dan Kamerfon.
  • Kursus Suntingan, 3D dan Montaj Powerpoint bersama KEJORA Negeri Johor.
  • Kursus bersama Staf Pejabat MARA Negeri Pulau Pinang dan FELDA Kuala Lumpur.
  • (no title)
  • Video Montaj 100% Teknik Powerpoint
  • Kursus Animasi Montaj Multimedia Powerpoint
  • Kursus di Institut Penilaian Harta Negara (INSPEN) Siri 2
  • Kursus Jemputan (Public) di Puchong Selangor
  • Kursus di Institut Penilaian Harta Negara (INSPEN)
  • Kursus bersama Jabatan Kimia Malaysia
  • Asas Merawat Kegugupan diawal Pembentangan
  • Kursus Montaj Powerpoint mulai ditawarkan pada bulan Jun 2014
  • Tutorial Templat Powerpoint
  • Suntingan Imej teknik Refleksi Powerpoint
  • Tutorials 3D & Glowing Effect Powerpoint
  • Jemputan penceramah kursus Powerpoint di Malaysia – PERCUMA CD Tutorial.
  • Kursus Jemputan di Jabatan Pembangunan Kemahiran Putrajaya (JPK)
  • BONUS Teknik E-Cover 100% Powerpoint.
  • 37 Teknik Suntingan Imej & 3D Powerpoint
  • Kursus Teknik Suntingan Imej, 3D & Multimedia Powerpoint.
  • Kursus Jemputan Terkini 2014
  • Lokasi kursus seterusnya. Teknik Suntingan Imej, 3D & Multimedia
  • Creative Powerpoint SLEU IIUM Gombak & Hujung Minggu
  • Sorotan Kursus bersama IIUM, Akademi JPJ, NIM Training & Jabatan Laut Malaysia
  • Kursus Terdekat Teknik Visual Kreatif Powerpoint.
  • Sesi Terakhir Coaching Teknik Visual Slaid Powerpoint.
  • Kekosongan Jadual Mac dan April 2013.
  • Kursus Terbuka 2013
  • Tempahan kursus untuk bulan Mac 2013
  • Sorotan kursus 29hb Dis, 2012 bertempat di Dewan Ainon Mohd

Testimoni

https://youtu.be/khmpCMCqkk4

Trainer: Muhammad Suhaily

Kategori

  • Animasi Power point (8)
  • Bengkel Powerpoint (31)
  • Bengkel Powerpoint 2010 (22)
  • Branding (14)
  • E-Book percuma (2)
  • Facebook (2)
  • Hari Merdeka (1)
  • Images Powerpoint (14)
  • Kursus Kerajaan (20)
  • Marketing and Training (3)
  • Menjual online facebook (2)
  • Mentor (8)
  • Motivasi (10)
  • Muhammad Suhaily – Penceramah Jemputan Kursus Powerpoint di Malaysia (49)
  • No Powerpoint (9)
  • Penceramah Jemputan (21)
  • Presentation Skills (20)
  • Slaid Power point (9)
  • Teknik Manipulasi Power point (15)
  • Teknik Suntingan (2)
  • Tool PowerPoint (2)
  • Trik Power point (12)
  • Tutorial Powerpoint (31)
  • Uncategorized (3)

UIAM Kuantan

Pusat Kimia Malaysia Siri 1

Pusat Latihan Kimia Siri 2

Pusat Latihan Kimia Siri 3

Telekom Malaysia Cyberjaya

KKLW Putrajaya

Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)

UIAM Kuantan

MEX MARA Siri 1

Jom Training Centre Puchong

Jom Training Centre

Pejabat MARA Pulau Pinang

FELDA Kuala Lumpur

Kementerian Pendidikan Tinggi

Archives

  • December 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • June 2019
  • November 2018
  • October 2017
  • August 2017
  • July 2017
  • October 2015
  • April 2015
  • March 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • November 2013
  • October 2013
  • September 2013
  • April 2013
  • February 2013
  • January 2013
  • December 2012
  • November 2012
  • October 2012
  • September 2012
  • June 2012
  • April 2012
  • March 2012
  • January 2012
  • December 2011
  • November 2011
  • October 2011

Categories

  • Animasi Power point
  • Bengkel Powerpoint
  • Bengkel Powerpoint 2010
  • Branding
  • E-Book percuma
  • Facebook
  • Hari Merdeka
  • Images Powerpoint
  • Kursus Kerajaan
  • Marketing and Training
  • Menjual online facebook
  • Mentor
  • Motivasi
  • Muhammad Suhaily – Penceramah Jemputan Kursus Powerpoint di Malaysia
  • No Powerpoint
  • Penceramah Jemputan
  • Presentation Skills
  • Slaid Power point
  • Teknik Manipulasi Power point
  • Teknik Suntingan
  • Tool PowerPoint
  • Trik Power point
  • Tutorial Powerpoint
  • Uncategorized

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
©2021 Akademi PowerPoint Malaysia | Powered by WordPress and Superb Themes!