|MAIN |In-House |IPTA/S |Sabah |Grafik|

BISMILLAH. "7 TEKNIK POWER DALAM KURSUS REKABENTUK POSTER, BANNER DAN BUNTING DENGAN 100% TEKNIK SUNTINGAN POINT TANPA PHOTOSHOP ATAU Ai"



Latihan selama 2 hari adalah alternatif jika anda tidak ada kemahiran menggunakan Photoshop atau Ai. Teknik gabungan pelbagai elemen dan kesan khas ini mampu memberikan kelainan pada rekabentuk grafik visual imej dalam slaid PowerPoint. Bukan itu sahaja, bahan yang telah siap boleh digunakan sebagai info grafik, percetakan offline, bahan jurnal, ebook dan rekabentuk laporan. Diakhir kursus peserta akan ada projek berkumpulan untuk disiapkan sebagai persediaan pembentangan keterampilan.



Topik 1: Belajar teknik 'Crop Background Shape'

Gunakan Powerpoint sebagai pilihan kedua walaupun perisian ini tidak setanding PS/Ai. Ada beberapa alatan yang boleh anda guna untuk suntingan seperti 'Remove background, fragment shape dan set transparent color. Walaupun agak teknikal berbanding PS/Ai namun ia akan lebih mudah kelak apabila sering menggunakan tool ini.

Topik 2: Blend dan kesan khas bayang imej.

Gambar atau imej yang cantik dan menarik perlu elemen tambahan seperti kesan khas dan perlu tahu teknik hasilkan bayang pada gambar. Teknik ini tidak menggunakan tool bayang(shadow) sediada tetapi kaedah yang mungkin tidak pernah anda guna sebelum ini. Anda juga perlu bermain dengan idea untuk kesan tambahan efek pada gambar menggunakan shape agar nampak lebih memukau.


Topik 3: Manipulasi templat shape

Kaedah bermain dengan shape dengan melakukan suntingan untuk dijadikan sebagai rekabentuk templat juga sangat membantu untuk menjadikan poster atau bannner kelihatan menarik. Teknik suntingan dan skil 'play a round' termasuklah kreativiti juga memainkan peranan disamping bagaimana anda membawa masuk idea-idea kemudian diterjemahkan dalam bentuk visual.

Skil manipulasi templat dan hasil nanti boleh digunapakai untuk bahan seperti sijil, letter head, slaid, laporan dan banyak lagi yang boleh difikirkan sesuai.


Topik 4: Ukuran Saiz shape, poster & banner

PowerPoint hanya ada ukuran CM dan INCI, anda wajib tahun bagaimana mengubah ukuran dalam canvas berpandukan pada 'Grid and Guides' dan saiz banner atau bunting menggunakan kaki persegi. Ini melibatkan ruang paparan pembikinan bahan samada poster atau banner agar dapat dilihat secara keseluruhannya termasuklah bahan cetakan.

Pemilihan saiz gambar dan teks perlu diambil kira agar nampak jelas dan terang bila dihantar untuk cetakan.


Topik 5: Gabungan/kombinasi warna dan kod

Kombinasi warna juga sangat penting dalam penyediaan bahan, bagaimana mencampurkan warna sehingga anda tahu kod setiap warna tersebut. Apakah warna yang sesuai untuk bahan samada terang atau lembut, suram atau garang itu semua bergantung dengan keperluan masing-masing. Adunan dan penyediaan itu yang menjadikan keberhasilan bahan yang menarik.


Topik 6: Teks, warna, jenis font dan Format painter

Banyak sebab kenapa visual itu kelihatan menarik,salah satunya ialah pemilihan jenis font, saiz teks, warna dan maksud setiap tajuk atau sub dalam poster atau banner. Ini kerana anda sedang berkomunikasi dengan pelanggan atau orang yang sedang melihat atau membaca apa yang disampaikan melalui bahan yang dihasilkan. Biar sampai ke minda terus lekat dihati, baru nampak ada daya penarik, baru orang suka.


Topik 7: Pengiklanan video interaktfi dan Animasi PowerPoint

Gunakan video anda sebagai impak pembuka tirai sebelum persembahan. Banyak kebaikan dan kelebihannya, boleh juga digunakan sebagai proposal, bahan pemasaran, penarik untuk menganjurkan kursus,taklimat, bahan hebahan dan banyak yang difikirkan sesuai.


Alatan keperluan dari peserta seperti Komputer Desktop/Laptop, perisian Microsoft Office versi 2016 keatas serta buku catatan tambahan. Nota akan disediakan oleh tenaga pengajar. Mohon semak versi komputer yang anda guna berpandukan pada gambar dibawah. Jika versi 2016 keatas tidak ada masalah untuk mengikuti kursus yang dijalankan, In shaa Allah dan memastikan sekurang-kurangnya Memory 8GB.

Dapatkan tawaran sebutharga, maklumat dan aturcara kursus dan jadual kekosongan penceramah.

Submit

Antara teknik yang anda akan belajar adalah:-

  • Alatan yang digunakan untuk buang latar gambar selain Remove Background.
  • Teknik yang tidak pernah terlintas dalam fikiran.
  • Teknik buang latar ikut bentuk.
  • Kod arahan sarikata dalam video PowerPoint.
  • Kesan khas bayang, blend dan warna.
  • Mengoyakkan sambungan 'point'dalam shape.
  • Menentukan tempat penyimpanan fail.
  • Ukuran saiz canvas, ubah ukuran CM ke INCI.
  • Percetakan poster dan banner.
  • ... banyak lagi tip dan trik!


PROJEK AKHIR BERKUMPULAN

Pengajar akan memberikan anda beberapa pilihan tajuk untuk dipilih oleh setiap kumpulan. Jika mahu buat seorang dialu-alukan juga. Sesi pembentangan akan dijalankan sebelum sesi kursus berakhir dan penilaian akan dibuat dari segi penambahbaikan, kefahaman dan pemahaman peserta.

Menjadi mahir tidak hanya sehari dua tetapi ia memerlukan kesabaran dan tidak berhenti untuk belajar dan terus berlatih secara konsisten. Lepas kursus jangan tinggal ya, teruskan belajar mencari solusi setiap permasalahan teknikal, In shaa Allah akan mahir...



Copyright © 2009-2023 | AKADEMI POWERPOINTTM.
Email Support: admin@akademipowerpoint.com