MS PowerPoint – Penyediaan Bahan PDPR

Bismillah. Latihan intensif sehari secara berkumpulan atau sekurang-kurangnya 4 jam untuk individu yang mahu belajar one to one dengan tenaga pengajar. Masa yang disarankan adalah bersesuaian untuk amali seperti ini sehingga hasil dapat diperolehi setelah latihan tamat kelak.

Anda akan diajar menyediakan bahan belajar menggunakan perisian PowerPoint khusus untuk penyediaan templat, animasi dan video. Ini termasukkan rakaman suara dan video sebagai interaksi bersama pelajar. Ia lebih kepada idea kemudian dilaksanakan dengan kreativiti dengan penggunaan alatan/tool dalam PowerPoint. Bagaimana anda menjadikan video dan animasi yang dibangunkan lebih berinteraktif tanpa menggunakan perisian yang lebih mahal dan canggih seperti Powtoon, Flash, Prezi, Visme namun In shaa Allah hasilnya juga sangat berimpak tinggi.

Fokus utama adalah bagaimana anda boleh menghasilkan video bahan belajar beranimasi dan interaktif agar pelajar tidak bosan semasa melayari video yang anda berikan. Anda juga boleh hasilkan suara latar, teks, audio dalam pembikinan video tersebut, In shaa Allah.

Jika anda memilih untuk sesi latihan selama 4 jam, anda juga mempelajari kaedah dan teknik serta penggunaan alatan sama seperti sehari kursus. Sehari adalah secara berkumpulan dan 4 jam adalah secara one to one.

Berapakan pelaburan untuk latihan ini?

Berkumpulan biasanya RM1000 dan one to one tawaran serendah RM200(per pax) sahaja. Daftar terus: Borang Online

Saya juga sebagai tenaga pengajar yang telah bergiat aktif sejak tahun 2001 dan tahun 2009 mula menjalankan kursus dalaman dengan jabatan kerajaan dan swasta. Hari ini hampir 2 tahun Malaysia dalam situasi PKP Pandemic C19 yang tidak tahu bila akan berakhir, kini semuanya dalam norma baharu dimana keseluruhannya latihan dijalankan atas talian, maka saya sendiri wajib kreatif dan inovasi dalam penyampaian latihan atas talian. Ia bukan mudah menjadikan untuk pelajar dan peserta untuk faham sepenuhnya namun dengan usaha, kaedah, teknik dan skil serta kreativti seorang pembimbing sangat penting bagi memastikan perjalanan latihan atas talian berjalan dengan baik.

Baca lanjut ==>  Asas - PDPR/Kelas Online Part 1

Ia banyak dugaan, kadang-kadang ada gangguan, tidak fokus dan sebagainya. Makanya tugas kita untuk lebih kreatif mempelbagaikan elemen bahan belajar dengan gabungan online dan offline. Bagi saya, skil editing/suntingan dan pengunaan tool itu sangat penting untuk menjadikan bahan belajar seperti animasi dan video berimpak tinggi, kita mahu pelajar sentiasa ingat diminda dan lekat dihati apa yang disampaikan kelak.

You Excel at Work, You have a positive Outlook, You always keep your Word and More Power to make Point.

Walaupun anda penat untuk menyediakan semua ini, namun semua itu dipendam seolah-olah orang tidak melihat sakitnya sebagai seorang guru dan Ibubapa, kerana apa? kerana anak-anak generasi mendatang perlu diutamakan dan didahulukan demi ilmu dunia akhirat.

Moga yang terbaik untuk anda bergelar Guru sama seperti saya yang cuba membantu kepada solusi dengan sebaiknya, In shaa Allah. Pautan ini juga membantu anda dalam persediaan mendidik atas talian kelak. Asas – PDPR/Kelas Online Part 1