2 Jam Latihan Intensif atas talian

Bismillah.

 

In shaa Allah, tuan/puan akan disajikan dengan beberapa topik menarik bagi meningkatkan skil, teknik dan keterampilan penggunaan aplikasi Microsoft Office. Ia mudah dan pantas untuk dilaksanakan, ia lebih kepada teknikal namun mudah dengan langkah-langkah dan bimbingan dari tenaga pengajar.

Mungkin ada yang tahu tetapi mungkin masih ramai yang tidak tahu kaedahnya penggunaan tool cara mudah, betul? Idea dan kreativiti memainkan peranan penting dalam kelas ini nanti dan kemampuan anda untuk menyampaikan dan melaksanakan hingga solusi diperolehi, In shaa Allah.

Baik, apakah topik yang anda pelajari?

Jam pertama, MS PowerPoint – Suntingan & Penyediaan templat dan 3D

Teknik memberi  pendedahan  penggunaan  perisian  PowerPoint  dengan  pelbagai tips  dan  trik  dalam  aspek  suntingan,  3D  kesan khas(effect) dan persembahan. Latihan menekankan gaya pemikiran kreatif untuk menghasilkan idea yang akan dibangunkan sendiri oleh peserta  dengan  langkah-langkah  hingga  slaid  dapat dibangunkan melalui gerak kerja individu. Disarankan peserta menggunakan PowerPoint versi 2019 atau sekurang-kurangnya Microsoft Office versi 2016 dan mempunyai kesungguhan yang tinggi untuk belajar dan dapat hasilan yang lebih menarik dan produktif.

Apakah dapatan dari kelas ini?

  • Tahu menggunakan tool untuk suntingan, kaedah dan teknik mudah menghasilkan bahan slaid.
  • Tahu menghasilkan templat professional tanpa muatturun ‘Ready Made’ melalui Google.
  • Tahu menambahbaik menggunakan pelbagai elemen agar slaid lebih menarik.
  • Tahu menggunakan tool sebagai alatan menjimatkan masa tanpa menggunakan perisian lain.
  • Tahu menjadikan slaid yang lebih menarik dengan idea serta kreativiti rekabentuk.
  • Tahu menggunakan setiap toolpada tahap maksimum tanpa ada sebarang pembelian perisian yang lebih mahal.

Jam kedua, MS Excel – Cleansing and Data Transformation

Pendedahan teknik menggunakan rumus(formula) yang sering digunakan dalam menganalisa data, penyediaan graf, penyelanggaran, pembersihan data dan hamparan (Dashboard) menggunakan data table, Pivot Table & Power Query.

  • Tahu menyediakan paparan Dashboard
  • Tahu melakukan analisis data dari pelbagai sumber, pembersihan dan transformasi
  • Tahu menyediakan laporan dalam bentuk visual
Baca lanjut ==>  MyClaaz.com

Tambahan topik – Filter, CF & Vlookup/Hlookup.

In shaa Allah pelaburan serendah RM20 per pax, untuk topik pendedahan skil kemahiran. Tempah slot anda dahulu sebelum penyertaan maksimum dihadkan. Latihan disampaikan dalam bahasa Malaysia. Link daftar: Sebut harga dan Tempahan Jadual Trainer/Penceramah. Latihan akan dijalankan secara atas talian menggunakan Platform Google Meet.