Bismillah. Hari pertama Adam masuk kerja. Rabu yang ceria!
Majikan: Adam, boleh sediakan saya satu slaid PowerPoint tentang mesyuarat esok?
Saya nak Adam sediakan slaid yang menarik, tidak sakit mata bila pelabur memandangnya. Teks tidak terlalu banyak, lebihkan visual dengan bahan yang menarik.
Gunakan kreativiti, idea, inovatif dan jika boleh Adam rekabentuk yang asli, saya tidak mahu slaid yang dah siap yang boleh dimuatturun dari google atau dalam perisian PowerPoint.
Adam buat yang baru, cuba hasilkan sendiri yang lebih canggih!, menarik dan ala korporat. Boleh?
Adam: Boleh tuan! In shaa Allah..
Majikan: Bagus! Oh ya, siapkan dalam masa 2 hari.
Blurp…2 hari! Adeh.. blurp lagi… tak apa, Adam buat!
Jika Adam memiliki skil membangunkan slaid, saya percaya, dia tidak menghadapi masalah.
Seandainya Adam tidak ada pendedahan dengan teknik, kaedah dan penggunaan tool menghasilkan slaid dan bahan visual maka ia sesuatu yang membebankan pada dirinya.
Sekali pun Adam mempunyai gred terbaik sewaktu di universiti, adakah majikan akan bertanya berapa markah yang diperolehinya? Sudah tentu tidak! Bagaimana pula tentang tugasan yang berkaitan dengan pengiraan dan graf? Adakah Adam diminta untuk menulis setiap langkah dan jawapannya?
Skil dan teknik, kreativiti, unik dan inovatif = terampil!
Paling penting Adam tahu pemilihan tool dan bagaimana cara nak guna baru dapat hasilnya. Adam pun cuba hasilkan bahan beberapa tahun lepas dan hasilnya sebuah ebook dan buku catatan dari PowerPoint!.
Sahabatnya melihat apa yang dihasilkan oleh Adam, dalam fikirannya adakah bahan ini sesuai dimasukkan dalam slaid yang diminta oleh majikannya?
Tidak! langsung tidak berkaitan tetapi yang pasti tool yang digunakan pasti membantu penyedia slaid menggunakan sebagai alatan atau tool untuk hasilkan pelbagai elemen bahan idea yang menarik.