Bismillah.
Powerpoint for Effective Presentation.gov.my
Powerpoint for Effective Presentation in Malaysia
In-House training in Malaysia
In shaa Allah kursus dalaman dikhususkan kepada staf Jabatan Kerajaan di Malaysia yang mahu mempelajari kaedah dan teknik penyampaian dan pembentangan berkesan, berkomunikasi dan merawat kegugupan(darah gemuruh).
Kursus akan menekankan dari segi pembangunan slaid interaktif, suntingan dan 3 dimensi. Peserta juga akan mempelajari kaedah penyediaan bahan slaid yang baik yang merangkumi templat, font, warna, teks serta Do’s and Don’t dalam pembangunan slaid Powerpoint.
Peserta juga akan mempelajari kaedah penyampaian yang berkesan. Bagaimana seorang pembentang menyampaikan maklumat kepada audien yang akan sentiasa diingati dan In shaa Allah lekat dihati. Apakah tip-tip yang perlu ada sebagai seorang penyampai yang berpengaruh dan berkaliber. Bagaimana penggunan visual yang lebih efektif, peraturan dan penyediaan bahan visual yang menarik, kreativiti dan inovatif.
Tidak cukup dengan visual yang cantik, slaid yang menarik namun ada satu kilauan permata yang hilang iaitu bagaimana merawat perasaan gugup dihadapan penonton. In shaa Allah peserta juga akan mempelajarinya bagi melengkapkan kursus ini selama 3 hari. Kaedah merasa lebih yakin, persediaan dan cara membina agar yakin berucap serta banyak lagi tip-tip penampilan pembentang yang disukai, disayangi dan diingati.
Bagi Jabatan yang bercadang untuk menjayakan kursus ini, mohon hubungi kami untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut dan jadual kekosongan penceramah. Hubungi bisnessilaturrahim@gmail.com atau boleh membuat tempahan melalui borang online yang disediakan.