Kursus ini antara yang mempunyai permintaan tinggi dari sektor kerajaan sejak 2009 untuk menganjurkan kursus dalaman. Ia merangkumi tiga topik gabungan utama iaitu Penyediaan Slaid Kreatif, 3D, Video Montaj dan Animasi secara profesional. Kursus mendedahkan skil, latihan, pemahaman dan kefahaman secara terperinci dan praktikal untuk membangunkan slaid professional yang menarik. Sebagai tambahan topik 3D, video montaj animasi dimasukkan dalam modul agar menampakan kreativiti dan keunikan slaid persembahan yang bertenaga termasuk kesan khas, bayang, warna, animasi dan suntingan. Kursus memberi kefahaman dari segi alatan dan cara bagaimana ia digunakan dengan lebih efektif dan efisien. Selain daripada itu, setiap peserta diberikan latihan intensif secara individu, kumpulan dan perbincangan serta sesi maklumbalas untuk membantu peserta benar-benar memahami dan dapat mengaplikasikan dalam tugasan atau projek sebenar. Matlamat utama untuk menjadikan peserta faham, tahu dan buat dengan kelebihan teknik dan skil yang dipelajari dan produk yang dihaslkan dapat memberikan mesej serta sampai kepada penonton.
- Advanced Video Editing: Mampu menghasilkan video persembahan menggunakan PowerPoint, mahir melakukan suntingan serta tahu memilih alatan untuk hasilan yang lebih profesional.
- 3D Animation: Pengetahuan tentang teknik dan pemilihan alatan serta karakter animasi yang sesuai.
- PowerPoint Presentation Creation: Mampu menghasilkan slaid persembahan kreatif dengan gabungan pelbagai elemen tambahan seperti animasi, reka bentuk, suntingan imej dan multimedia.
- Video Montage Creation: Mampu menghasilkan video montaj persembahan kreatif, menyunting pelbagai elemen tambahan seperti imej, shape, audio latar dan sebagainya.
- Industry Standard Software: Mahir menggunakan perisian PowerPoint untuk menghasilkan impak dengan gaya persembahan berkaliber.
- Project Management: Mampu menyiapkan setiap tugsan atau projek berpandukan pada jangkamasa dan bajet. Kursus memberi panduan sebenar setiap tugasan yang perlu disiapkan dengan beberapa langkah dan kertas kerja.
- Creativity and Innovation: Kursus mengajak peserta untuk berfikir lebih kreatif dan inovatif untuk menghasilkan projek yang ingin dilaksanakan.
- Continuous Learning: Komitmen untuk sentiasa mengikuti perkembangan semasa mengenai projek latihan dan industry. Maka, pendedahan yang penting mengenai perisian PowerPoint mengikut keperluan dan keutamaan dalam industry.
PERSEMBAHAN KUMPULAN:
Kemahiran dan keterampilan diperolehi oleh peserta setelah tamat kursus dan setiap skil lebih kepada topik yang dipelajari seperti 3D, penyediaan templat professional, teknik suntingan, video montaj dan animasi. Dengan kemahiran yang diperolehi peserta mampu menghasilkan persembahan multimedia yang kreatif, berimpak, bertenaga sejajar dengan keperluan organisasi dan industri. Matlamat persembahan bagi tujuan penilaian, keterampilan peserta dan kualiti produk yang dihasilkan.
SASARAN:
Peserta sediada mempunyai kemahiran menggunakan PowerPoint dan ingin mempelajari teknik atau kemahiran baharu seperti penyampaian berkesan dengan tambahan elemen multimedia seperti animasi dan suntingan video dan audio. Peserta yang kurang kemahiran juga boleh mengikuti kursus asalkan mempunyai minat yang mendalam dan sungguh-sungguh mahu mempelajari perkara baharu.
KOMITMEN:
- High-quality training: Memberikan latihan berkualiti yang merangkumi aspek amali, teknik dan kaedah pembangunan slaid kreatif, suntingan dan multimedia.
- Hands-on experience: Latihan mengikut perkembangan semasa sejajar dengan keperluan industri dengan praktikal secara individu dan berkumpulan.
- Experienced trainers: In shaa Allah pengajar berpegalaman yang memfokuskan PowerPoint lebih 10 tahun.
- Relevant materials: Keperluan semasa mengikut perkembangan teknologi perisian PowerPoint dan bahan visual bantu mengajar, syarahan dan slaid serta contoh-contoh slaid kreatif dan multimedia.
Hubungi untuk tempahan menang-menang agar kursus dapat dijayakan bersama, In shaa Allah. Sebut harga dan Tempahan Jadual Trainer/Penceramah. (jotform.com) Klik pautan untuk tempahan hari ini.