Formula: Learn – Teach – Earn
- Cari Solusi serta FOKUS pada gerak kerja yang ingin dilakukan.
Gunakan teknik, skil yang anda pelajari walau hanya sedikit dengan memastikan anda sentiasa belajar topik yang sama atau berkaitan. Fahamkan keperluan topik yang anda cari dan cara bagaimana ia boleh diselesaikan dengan topik berkaitan dalam carian dan latihan anda. Learn to small single problem and learn to solve in PowerPoint/Excel/Word.
- Faham fungsi setiap alatan(tools).
Sebagai contoh, lihat topik yang telah siap dilakukan oleh orang lain. Cuba lakukan sendiri dan mencari solusi untuk selesaikan masalah tersebut dengan cara sendiri, bermaksud, formula atau cara yang anda sendiri faham untuk selesaikan satu-satu perkara. Ini bermakna, anda cuba menyelesaikan tugasan yang kecil dahulu berbanding buat semua tugasan dalam masa yang sama.
Cari dan fahamkan bagaimana alatan itu berfungsi, maksudnya bagaimana ia boleh membantu anda mencari solusi setiap topik pilihan. Microsoft Office jika dipecahkan ada PowerPoint, Word, Excel, Access. Setiap teknologi ini mempunyai kebolehan untuk setiap solusi masing-masing. Sebagai contoh, PowerPoint ada teknik suntingan, 3D, Animasi dan lain-lain, Excel ada Get Data, Carta, Pivot Table, Power Query dan samalah seperti teknologi yang lain. Bila anda faham dan tahu konsep serta tugas yang boleh dilakukan oleh setiap alatan ini barulah ia memudahkan pencarian anda untuk menggunakan alatan tersebut untuk setiap permasalahan, bermakna pilih alatan yang sesuai yang boleh membantu anda.
- Gabungkan skil dan pemahaman anda.
Perlu diingat, setiap skil yang anda pelajari mengikut keperluan adalah berkaitan. Disini pengetahuan dan kemahiran memainkan peranan serta idea dan kreativiti anda. Cari solusi masalah tertentu dengan mengabungkan pelbagai elemen, teknik yang telah anda kuasai, tahu dan mahir. Ibarat menggunakan pelbagai teknik demi mempertahan diri dari musuh. Bila di gelanggan musuh sudah pasti anda akan menggunakan setiap skil kemahiran yang telah anda kuasai, tidak bergantung dengan hanya satu skil.
- Cari masa yang sesuai untuk bermain dengan teknologi ini.
Kadang-kadang bila anda cuba belajar namun hati anda berkata ‘Tiada Mod’ jadinya malas belajar itu akan timbul, betul? Makanya cari waktu yang sesuai dan mudah untuk anda FOKUS sepenuhnya. Mulakan dengan belajar dengan satu topik, buat sampai jadi dan siap baru puas hati. Jangan biarkan situasi lain menggangu anda! jika tidak, anda tidak akan naik dari satu tangga ke satu tangga. Paksa diri dengan waktu yang sesuai maka ia akan jadi satu kewajipan dan minda dan hati anda. Bermainlah dengan teknologi ini mengikut keperluan dan topik pilihan sepanjang tempoh ‘semangat untuk belajar’. Carilah contoh topik yang telah siap, buatlah dengan mencari bantuan dari pelbagai platform. Cabar diri bukan untuk orang lain tetapi bagaimana anda boleh melihat sendiri perubahan skil yang tidak lagi sama seperti sebelum ini.
- Tidak terlalu memikirkan permasalahan yang tidak mencapai KPI skil.
Mencari solusi tidak bermakna anda akan dapat mencari pada masa itu juga tetapi ia memerlukan jangka waktu sehingga anda benar-benar mahir dan tahu buat. Anda perlukan masa untuk latihan dan yang penting jangan putus asa dari belajar dan terus belajar.
- Learn dan Teach.
Ini adalah kaedah yang sangat efektif, anda belajar dan ajarkan pada orang lain kerana bila belajar anda akan dapat sesuatu yang baru. Segala kajian, ulangkaji, carian dan latihan membawa anda keperingkat seterusnya. Sebelum berkongsi dengan orang lain, sudah pasti anda mahu yang terbaik bukan? makanya anda perlu bersedia, belajar, menambahbaik ilmu, sediakan tabung ilmu dan dalam tabung itu tersedia dengan jawapan. Setiap manusia tidak lari dari BELAJAR dan terus belajar, masih belajar tidak bermakna tidak boleh berkongsi dengan apa yang kita tahu, betul tak? Terima hakikat dan terimalah cabaran jika mahu naik tangga seterusnya. Ia adalah satu proses yang berperingkat dan untuk lebih terampil anda perlu mengajar pada orang lain dan setiap perjalanan anda itu akan mencapai satu lagi tahap iaitu Learn – Teach and EARN. Earn dengan ilmu kemudian rezeki mula masuk ke akaun anda, namun harus diingat mengajar untuk sampaikan ilmu bukan semata-mata kerana DUIT kerana disitu ada kberkahan yang tidak putus-putus dari Allah.
- Jangan berhenti belajar dan berhenti berkongsi.
Belajar untuk faham dengan konsep setiap alatan teknologi tersebut, bagaimana ia memudahkan urusan anda dan orang yang mahu belajar. Ulangkaji, latihan, amali dan praktikal diwaktu yang sesuai. Fahami apa yang telah anda tahu dan lebih terampil dengan apa yang telah pelajari, ulang dan terus ulangkaji topik dan alatan yang sama. Penting untuk belajar dari ramai GURU tetapi lebih afdal belajar dari seorang GURU tetap. Ia mungkin topik yang sama dari ramai Guru tetapi carilah seorang guru yang mudah untuk anda faham, pencerahan konsep yang mahir dengan Do’s and Don’t. Setiap ilmu ada refleksi dalam hati dan minda bila anda merasai ilmu itu sampai kehati dan otak.
- Terima cabaran dan tingkatkan keyakinan kerana anda sedang belajar.
Tidak ada yang mustahil dan usaha itu juga pertolongan Allah, anda usaha pasti ada ganjaran, kalah atau menang ada hikmahnya. Ia sudah dibuktikan, tidak ada rahsia kerana sumber itu telah ada dan sudah lama bocor kerana apa yang akan berlaku kelak sudah tertulis dalam Al-Quran, hanya cuba lakukan yang terbaik dan usaha menambahbaik ilmu yang ada. Belajarlah dari banyak sumber tetapi fokus pada yang satu salah satu kaedah yang baik. Mungkin lain orang lain cara namun keterbukaan minda untuk belajar dari banyak sumber tidak dinafikan banyak membantu.
Moga perkongsian pengalaman yang sedikit ini dapat membantu mencari solusi, walau belajar sedikit tetapi faham banyak itu lebih baik.
Akademi PowerPoint Malaysia
MVP Training Resources.