Bismillah. Bagaimana anda boleh menggunakan telegram sebagai medium untuk menjalankan kelas secara atas talian seperti Google Meet dan sebagainya. Ikuti langkah-langkah dibawah.
Lebih mudah jika anda muatturun perisian telegram untuk PC, jika anda menggunakan telegram dalam telefon bimbit atau peranti yang lain tidak ada masalah. Saya lebih selesa menggunakan telegram dalam PC untuk paparan yang lebih besar bagi tujuan pembelajaran dan perkongsian bahan belajar cuma buat sementara telegram hanya menghadkan seramai 30 peserta sahaja bagi tujuan interaksi melalui video.
Anda boleh menggunakan satu tambahan skrin untuk lebih selesa. Laptop sebagai tugasan amali dan satu paparan skrin tambahan untuk melihat serta memantau peserta dan sesi perbualan(chit chat). Klik pautan untuk konfigurasi tambahan skrin. PDPR/Kelas Online Part 1 – Akademi PowerPoint Malaysia
Baik, muatturun telegram ke dalam PC. Saya andaikan anda telah pun mempunyai akaun telegram. Setelah selesai memuatkan telegram dalam PC, buatkan group baru untuk kelas online, seperti biasa namakan group anda dan lain-lain yang dirasakan perlu seperti gambar dan sebagainya. Saya tunjukkan bagaimana anda boleh menggunakan kamera selain dari kamera sediada pada Laptop, sebaiknya gunalah ‘external camera’ memandangkan kamera sediada resolusinya kurang jelas. Anda boleh menggunakan WebCam atau telefon bimbit sebagai rakaman video yang mempunyai high definition dan memastikan kelajuan internet dalam tahap yang baik.
- Klik butang dibawah, 3 garisan mendatar.
2. Klik pada ‘SETTING’
3. Klik pada ‘ADVANCE’
4. Klik pada ‘CALL SETTING’
5. Klik pada INPUT DEVICE untuk memilih jenis kamera
6. Setelah pemilihan kamera dilakukan, klik pada group.
7. Klik butang KOMUNIKASI untuk memulakan kelas anda.
8. Pautan baru(split screen) akan terpapar bagi memudahkan pembelajaran. Klik pada Video.
9. Alatan bagi tujuan komunikasi seperti video, mic, perkongsian(share) bahan belajar akan terpapar.
10. Anda boleh jemput masuk peserta/pelajar dalam ruangan sesi pembelajaran. Moga tip ringkas ini memberi manfaat untuk anda membuat persediaan dalam kelas atas talian, In shaa Allah.