Assalammualaikum,
10 tahun memfokuskan perisian Power point yang telah memberikan banyak insiprasi dan juga kematangan dalam kaedah pembentangan dan menghasilkan slaid ini secara mendalam dan dalam masa yang sama pelbagai teknik baru saya pelajari untuk menjadikan hasil dari perisian ini lebih unik, kreatif dan yang paling penting dapat berkongsi dengan audien untuk menambah nilai dari segi skil kemahiran mengenai perisian ini.
Sehingga kini, sudah hampir setahun saya menjalankan kursus hujung minggu untuk kursus Manipulasi Power point samada bersama tim Kreatif Power point atau tim Techo Dynamic Resources mahupun menjalankan kursus secara persendirian dan sepanjang tahun juga telah ramai individu dan organisasi yang telah mempelajari pelbagai kaedah, teknik juga strategi persembahan menarik audien dalam slaid pembentangan perisian ini.
Secara umumnya, dalam menjadikan pembentangan yang menarik dua perkara yang perlu anda ketahui sebagai seorang pembentang slaid Power point.
1. Tahu mengaplikasikan setiap teknik Power point termasuklah arif tentang tools dan kreatif menghasilkan produk 100% dari Power point. Dengan kreativiti dan skil yang tinggi walau hanya dengan Power point, Insya-Allah anda mampu memberikan impak yang berkesan kepada audien yang hadir dalam kursus kendalian anda.
2. Tidak cukup dengan teknik, skil dan kreativiti, anda perlu tahu kaedah dan cara pembentangan yang berkesan sehingga apa yang anda sampaikan tepat menyentuh hati, mencorakkan minda dan seterusnya membuatkan audien anda cepat bertindak untuk mencari kelainan hasil dari kursus yang anda kendalikan. Kaedah Human Touch sangat memainkan perana dalam apa juga bentuk persembahan slaid Power point.
‘Power point bukan sekadar perisian yang biasa kita tahu, biasa kita lihat dan dengar tetapi ia adalah satu perisian yang banyak rahsianya jika benar-benar fokus untuk mempelajarinya. Disebabkan ia perisian yang semua orang tahu, maka berani saya katakan teknik ini akan jarang dipelajari secara mendalam melainkan minat dan impian untuk membina sesuatu yang lebih unik dalam persembahan’.
Kursus Hujung Minggu tahun 2013
Sepangjang tahun 2012 walaupun peserta teruja setelah mengikuti kursus yang dijalankan namun belum pernah saya membekalkan tutorial yang dimuatkan dalam CD, hanya kumpulan kedua terakhir sahaja telah dibekalkan tutorial ini, itu pun hanya 10 teknik sahaja.
DAN… untuk kumpulan terakhir tahun 2012 yang mana kursus praktikal akan dijayakan pada 29hb Disember ini berpeluang membawa pulang 40 teknik kreatif rahsia kreativiti Power point. Untuk makluman juga, selama setahun yuran promosi adalah RM150 akan ditutup selama-lamanya. Sangat berbaloi untuk mereka dalam kumpulan terakhir ini!
Menjelang tahun 2013 yuran dinaikkan kepada RM250 untuk sehari kursus, ini mengambil kira bagaimana saya menghasilkan tutorial ini khusus untuk semua pembentang slaid Power point dan setakat ini belum masanya CD ini berada dipasaran, Insya-Allah tahun depan adalah perancangan yang lebih kualiti untuk mereka yang sedang mencarinya.
Jangan lepaskan peluang untuk membawa pulang 40 teknik kreativiti Power point yang belum ada dalam pasaran dan diingatkan lagi ini adalah kursus promosi terakhir RM150 tahun 2012. *Pilihan adalah tindakan dari minda untuk ilmu yang dikongsikan bersama*
Daftar pantas online: BORANG DAFTAR/PERTANYAAN ONLINE ATAU anda juga boleh membuat tempahan melalui events facebook di 40 Teknik Rahsia Power point
Sekali lagi dimaklumkan, jika tidak ingin ketinggalan untuk kursus bulan Disember ini, daftarlah dan hadirkan diri untuk kursus 29hb Dis, 2012! Anda akan merasai keunikan kreativiti Power point yang boleh anda bongkar lebih banyak lagi teknik masa akan datang. 10 peserta terawal sahaja untuk kursus kali ini!