Assalammualaikum,
Sedikit pengisian untuk sorotan mengendalikan kursus advance Power point 2010 yang dijalankan di IIUM Kampus Gombak. Setinggi penghargaan kepada Tuan Muhaideen Abdul Kader yang memberi kepercayaan untuk siri ke II selepas Power point 2007 tahun 2011 yang lalu. Kursus Power point 2007
Kursus dijalankan di tempat yang sama iaitu di Research Management Centre (RMC). Seramai 32 peserta telah mengikuti kursus kali ini. Secara keseluruhannya, peserta didedahkan dengan kaedah penggunaan tool, teknik dan juga skil yang perlu ada bagi seorang pembentang Power point.
Bermula sorotan hari pertama apabila saya suka hati meletakkan kereta khas untuk professor sahaja, esoknya sudah ada sepanduk ‘Professor’. 🙂 Saya sudah tersipu malu. Maaflah, semalam nombor khas pekerja tidak ada, saya juga tidak tahu, makanya saya pun suka hati letak mana-mana tempat. Lain kali perlu berhati-hati kerana tidak mahu disaman kali kedua. 🙂
Hari kedua, peserta didedahkan dengan teknik kreativiti Power point, manipulasi dan juga 3D khusus untuk kandungan slaid yang berkaitan dan hari terakhir (ketiga) sesi pembentangan antara kumpulan. Dari hasil pembelajaran selama tiga hari, peserta dapat mengaplikasikan apa yang dipelajari, dapat menggunakan elemen-elemen penting serta tool yang terdapat pada perisian Power point.
Hanya ada beberapa perkara yang perlu diperbaiki iaitu penggunaan warna latar, huruf dan kontras imej. Telah dimaklumkan dengan peserta mengenai perkara ini diakhir kursus. Kursus berkaitan secara spesifik khusus untuk pembentang korporat Power point. Slide Recover & SWOT
Beberapa aktiviti yang sempat diambil semasa kursus dijalankan.
Beberapa maklumbalas peserta selepas kursus dijalankan. Lihat paparan berikutnya..