Assalamualaikum / Salam Sejatera,
Bagi yang belum pernah memasukkan video youtube ke dalam slaid powerpoint, ini adalah peluang anda untuk mempelajarinya. Mungkin ada yang telah mengetahuinya tetapi mungkin juga masih ramai yang belum tahu teknik bagaimana memasukkan video youtube ke dalam slaid powerpoint.
Disini saya akan gunakan powerpoint versi 2007, jika anda menggunakan versi 2010 ia tidak banyak bezanya cuma anda perlu tahu dimana letaknya tools yang digunakan untuk memasukkan video tersebut.
Saya akan terangkan berpandukan setiap gambarajah dibawah ya, anda tidak perlu risau kerana ia sangat mudah untuk dilakukan cuma bagi yang baru dalam penggunaan powerpoint versi 2007 atau 2010 ia akan mengambil masa sedikit untuk mempraktikkan setiap langkah tersebut.
1. Anda perlu memastikan tab ‘Developer’ telah ada dibahagian ribbon. Jika developer tersebut masih tidak kelihatan maka anda perlu memasukkan tab tersebut. Caranya ialah, klik pada butang ‘Office Button’ bahagian penjuru sebelah kiri anda kemudian klik pada butang ‘Powerpoint Option’. Tick show developer tab in the ribbon, lihat imej dibawah.
2. Selesai? kemudian klik pada tab developer dibahagian ribbon dan klik more control seperti imej yang terpapar dibawah. Apa yang perlu anda lakukan seterusnya?
3. More control akan terpapar, klik pada ‘Shockwave Object’ kemudian tekan butang OK
4. Drag tetikus anda pada ruang slaid yang kosong, anda akan melihat seakan-akan sampul surat akan terpapar.
5. Klik pada butang kanan tetikus anda dan pilih ‘Properties’ anda akan melihat paparan seperti contoh berikutnya. Masukkan URL youtube anda dibahagian Movie, namun perlu diingat iaitu sebelum memasukkan URL youtube anda, beberapa langkah perlu dilakukan seperti gambarajah terakhir dibawah.
6. Kod tersebut perlu diubah sedikit jika tidak paparan video youtube anda tidak akan berfungsi. Caranya ialah.. 🙂 lihat imej dibawah. kod ‘watch?’ perlu dibuang dan tanda = ini juga perlu dibuang kemudian digantikan kepada /
Selesai.. 🙂 Semoga tutorial ini bermanfaat untuk anda, gunakan sebaik mungkin ya.. 😉
Bayangkan… Anda sedang mencari laman sesawang untuk mempelajari teknik dan kaedah penggunaan powerpoint serta teknik persembahan yang betul. Anda mencari tips yang berkaitan dan akhirnya bertemu dengan laman ini. Suka saya katakan, anda sekarang berada di tempat yang betul maka tidak rugi jika anda menjadi subscriber dengan mengisi email diruang yang telah saya sediakan untuk anda disebelah kanan kerana banyak lagi tutorial terbaru akan saya terbitkan melalui blog ini nanti. Siapa saya? |
|