Percaya atau tidak anda sebenarnya boleh meletakkan bayang pada imej kurang dari lima(5) minit. Jika anda anda baru dalam teknik ini ia akan mengambil beberapa minit untuk dilakukan.
1. Apa yang perlu anda lakukan adalah, hanya masukkan imej ke dalam slaid.
2. Gunakan ‘Scribble’ untuk melukis lakaran bahagian tepi imej tersebut.
3. Titik mula lakaran harus disambungkan pada akhir lakaran tadi.
4. Tukarkan warna lakaran dari biru kepada hitam dan hilangkan garisan lakaran dengan menanda ‘No line’ dalam format shapes tadi.
5. Klik lakaran tadi kemudian letakkan dibahagian belakang imej.
6. Tarik lakaran shapes dari atas ke bawah, lihat contoh imej yang bertanda A dan B. Selesai.. 🙂
Selamat mencuba.. 😉
Pssstt.. Jangan lupa menjadi subscriber untuk menerima tutorial berkala melalui email. Segala tutorial memastikan anda pakar menggunakan powerpoint kelak. Banyak lagi tutorial terbaru akan saya terbitkan melalui blog ini nanti. Hanya isikan email anda diruang sebelah kanan. Terima kasih. 🙂