Tutorial yang anda lihat adalah bagaimana melakukan sedikit editing berkenaan dengan gambar/imej dan membuat bayang pada gambar tersebut. Mungkin sudah ada yang mengetahuinya tetapi mungkin juga masih ramai yang belum mengetahuinya teknik seperti ini. Ini sebenarnya bukan rahsia tetapi hanya teknik yang jarang diguna pakai oleh pengguna tegar Powerpoint samada versi lama atau yang terbaru.
Bila anda membina slaid presentation amat penting anda memasukkan elemen tambahan dan kreativiti untuk membina slide profesional serta gambar mengikut kesesuaian slaid tersebut.
Jika ada kemuskilan, boleh kemukakan soalan melalui ruangan ulasan, saya akan bantu anda sehingga anda berjaya menyiapkan tutorial yang pertama ini. 🙂 Selamat mencuba… oh ya jangan lupa untuk subscribe bagi mendapatkan tips bukan sahaja teknik persembahan tetapi teknik penggunaan perisian ini yang jarang anda ketahui.
Bukan sekadar bayang biasa tetapi ini adalah teknik membuat bayang tanpa bantuan shadow sedia ada.
Ada sesiapa yang ingin tahu tutorial berikutnya? Tidak perlu belanja secawan tea hanya belanja saya pendapat anda mengenai setiap teknik ini… 🙂
Wah, dasat giler, aku pun baru tahu nak buat shadow kat power point ni.
Sebenarnya banyak lagi teknik yang jarang diketahui, kalau lihat bahagian lakaran powerpoint untuk menu di atas itu adalah antara lakaran dan teknik yang boleh dilakukan menggunakan powerpoint.
Terima kasih. 🙂
menarik namapak remeh tapi tak semua orang tahu teknik ni…:)
Betul tu, saya juga tertarik dgn kaedah spt ini.. banyak lagi akan ditujukkan nanti.. 🙂
tak sangka ya boleh buat shadow menggunakan power point .
Pernah ketika buat bengkel, ada yang kata bayang spt guna photoshop tapi bila dah tunjukkan caranya baru mereka kata.. oooOO 🙂
tu pasal kita ingtkan kena guna software je huuu
Jika tau cara dan kaedah lain sikit tentu akan jadi lain sikit jugakan 🙂
sungguh mnrik blh d cuba pkra yg bru ni hee mmg seronok utk d pelajari
Jika ada masa cuba-cubalah buat selepas ini..mungkin lagi kreatif nak tambah itu dan ini.