Bismillah.
Saya bermula mengendalikan kursus dalaman atas tiket jemputan penceramah pada tahun 2009, ketika itu PowerPoint adalah produk utama dan hanya fokus pada perisian ini. Pengalaman mengajar dari tahun 2000 – 2008 memudahkan saya menggunakan perisian ini dengan sebaik mungkin dengan izin-Nya (Laa Hawla Wa Laa Quwwata Illa Billah). Saya banyak explore dan menambahbaik kaedah, teknik serta tip dan trik menggunakan PowerPoint, banyak yang boleh anda lakukan dengan hanya perisian ini, sebagai contoh merekabentuk seni digital ‘Artwork’.
Idea dan kreativiti memainkan peranan penting dalam pemikiran manusia dan hanya dengan cara mengeluarkan idea dalam bentuk visual baru anda sendiri dapat melihat apa yang tersimpan. Merebut peluang itu juga harus jika mahu berlumba-lumba dalam pasaran kerana pencabar utama adalah diri sendiri.
Jika anda menggunakan Excel atau Word, kedua-kedua perisian ini boleh digunakan dengan maksima untuk hasilan grafik dan artwork yang penting tahu kaedah, teknik, skil dan alatan yang digunakan. Saya bermula pada tahun 2011 dengan mencuba melukis lakaran gambar potret dan alam semulajadi dengan tujuan mahu melihat apa yang sedang bermain dalam minda. Saya menggunakan PowerPoint versi 2007/10 ketika itu dan ada sesuatu yang boleh dilakukan oleh perisian ini.
Tambahan modul baharu iaitu Digital Artwork, tujuan utama adalah pendedahan tool yang boleh peserta guna kelak. Saya percaya alatan ini pasti berguna suatu hari nanti dan terpulang dengan peserta bagaimana untuk gunakan dengan cara sendiri. Tahun 2012, kelas hujung minggu bertajuk ‘Teknik Manipulasi PowerPoint’ ini termasuklah artwork, 3D, animasi dan suntingan dan semuanya 100% PowerPoint.
Peserta wanita daftar kursus kerana ingin tahu teknik lukisan Potret dibawah.
Digital Artwork dimasukkan dalam modul setiap kursus dalaman/terbuka.
Lukisan dibawah tidak sebaik pakar grafik, sekadar hobi yang dilepaskan dalam paparan visual PowerPoint
Mana satu gambar Goku yang asli dibawah? Rasanya ramai yang dapat meneka, salah satu dilukis dengan PowerPoint.
Ya benar, sebelah kiri adalah palsu, baju yang tidak ada logo. Jom lihat dibawah..
Lihat video dibawah..
Apakah tool(alatan) yang saya guna? Lihat dibawah. Shape dan Format Picture, warna dan efek khas.
Alam semulajadi, lokasi di ambil semasa saya berada di pulau manukan sabah
Kenalkah anda dengan wajah dibawah? Lukisan menggunakan shape scribble, shape effect(shadow and color). Tag #billgates #microsoft #mvp
Kesimpulannya, PowerPoint tidak hanya pada persembahan tetapi lebih dari itu..ini adalah salah satu keunikan setiap kursus dari Akademi PowerPoint Malaysia. Bukan hanya artwork tetapi banyak lagi hasil diluar jangkaan bila anda mengikuti bengkel terbuka dan dalaman dari kami, In shaa Allah.
Jika anda rasakan sesuatu yang bermanfaat, kongsikan dengan pautan alatan sosial media dibawah ya. Secara keseluruhannya, inilah alatan yang saya guna untuk hasilkan bahan grafik artwork.