Ini cara mudah buang latar gambar selain guna ‘Remove Background’.

Untuk tool removebackground, klik pada gambar kemudian klik pada ‘Format’ ribbon tab dan klik pada tool ‘Remove Background’ disebelah kiri.
Untuk Freeform dan Scribble, tool tersebut ada pada Home Tab dalam GROUP DRAWING, komponen Shape. Lakukan lakaran menggunakan salah satu tool samada Freeform atau Scribble. Pastikan titik permulaan disambungkan pada titik akhir. Shape akan berwarna biru. Tukarkan warna shape dari biru ke putih dan line tepi pilih ‘No Line’. (Gambar atas)
Apabila shape berwarna biru ditukarkan kepada warna putih, GROUP kesemuanya termasuk imej dan shape tadi. Kemudian buat Salinan (copy) dan PASTE samada JPEG atau PNG.

Seterusnya pilih PASTE SPECIAL. Tool paste special ada pada HOME Tab sebelah kiri. Klik anak panah menurun dekat PASTE, kemudian klik PASTE SPECIAL – butang OK.

Klik pada imej, pada FORMAT TAB diatas, klik COLOR dan dibawah sekali klik pada ‘Set transparent Color.Klik pada bahagian berwarna putih pada imej.
Baca lanjut ==>  Channel Youtube