Microsoft Office dan Pengimbas QR

Bismillah. Jika perisian Microsoft Office menjadi satu keperluan anda, maka disarankan setiap telefon bimbit perlu ada aplikasi ini agar mudah untuk anda menggunakan aplikasi PowerPoint, Word, Excel dan lain-lain alatan(tool) yang ada dalam perisian tersebut. Anda boleh muatturun aplikasi ini melalui Playstore dengan membuat carian katakunci (keyword) ‘Microsoft Office’.

Mungkin ada yang terlepas pandang atau mungkin juga ramai antara kita telah menggunakannya sebelum ini. Beberapa alatan yang banyak kegunaannya apabila anda telah memasukkan aplikasi ini dalam telefon bimbit, antaranya adalah Pengimbas QR kod.

Situasi berlaku apabila anda diminta untuk membuat imbasan pada Kod QR untuk tujuan tertentu, jika aplikasi Microsoft Office telah ada dalam telefon bimbit maka tidak perlu untuk muatturun aplikasi QR Scanner yang lain, ini adalah kerana pengimbas yang ada dalam Aplikasi Office boleh anda gunakan untuk tujuan tersebut. Jimat ruang, jimat masa dan tidak perlu tercari-cari aplikasi Pengimbas QR lain.

Apa yang perlu anda lakukan? Anda hanya perlu buka Aplikasi Office, klik pada butang ‘Action’ dan buat carian kebawah iaitu ‘Scan QR Code’. Gunakan alatan ini untuk melakukan imbasan pada QR dalam situasi tertentu. Imbas QR, anda akan lihat pautan tertera kemudian klik butang ‘Open’. Moga bermanaaf.

Baca lanjut ==>  Soroton bersama IIUM Gombak, Advance Power point 2010