Cara Mudah buat Rekabentuk Templat Profesional dengan PowerPoint.


1. Dalam group Drawing masukkan bentuk segiempat (Rectangle) secara menegak. Lihat gambar dibawah.

2. Letakkan tetikus pada shape tersebut, klik butang tetikus sebelah kanan(right click) kemudian poin pada tool ‘Edit Point’.

3. Setiap penjuru akan kelihatan titik poin 4 segi hitam.

4. Klik pada poin 4 segi tersebut, boleh bermula dari sebelah atas kanan. Bila klik akan terpapar dua poin 4 segi berwarna putih.

5. Cuba tarik poin berwarna putih itu ke kiri berpandukan pada penanda A kemudian klik poin berwarna hitam disebelah bawah kanan dan tarik poin putih ke kanan berpandukan pada penanda B. (terpulang dengan kreativiti untuk hasilkan rekabentuk shape)

6. Bila selesai, copy paste yang telah siap kemudian tukarkan warna pada shape serta jangan lupa untuk buang line tepi untuk kelihatan lebih menarik, cantik & elegant. Setiap shape yang telah dibuat salinan, ubah bentuk shape dengan menarik poin putih ke kiri dan ke kanan.
Baca lanjut ==>  Dibuka! Kursus persembahan video dan animasi.