Asas – PDPR/Kelas Online Part 1

Bismillah. Kaedah ini sangat membantu sekiranya anda mahu mengendalikan kelas online(atas talian) dengan tambahan satu paparan skrin monitor. Pembelian alatan walaupun dengan harga bajet sangat membantu dalam mengendalikan latihan atas talian sepanjang masa.

Baik, anda boleh menggunakan WebCam yang biasa asalkan jelas dan terang dengan bantuan kapasiti kelajuan internet yang digunakan. Sekiranya anda tidak mahu menggunakan WebCam, gunakan telefon bimbit sebagai alatan video interaksi dengan pelajar atau peserta dalam sesi latihan. Selain daripada itu, anda boleh menggunakan kamera digital yang berkualiti seandainya mempunyai bajet pembelian alatan sebagai persediaan latihan secara online.

Secara peribadi WebCam atau telefon bimbit yang anda gunakan dalam latihan secara online sangat penting untuk sentiasa kekal berinteraksi dengan pelajar. Lebih afdal jika anak-anak murid(pelajar) sentiasa dan dapat melihat siapa yang sedang mengajar mereka ketika itu dan kedudukan WebCam atau Kamera perlu diletakkan didepan untuk posisi yang lebih baik.

Gunakan kabel tambahan untuk menyambungkan ‘port’ dari Laptop/Komputer ke paparan skrin tambahan. Dari Laptop (HDMI – gambar atas) ke skrin monitor tambahan (VGA). Sekiranya anda menggunakan Laptop yang tidak mempunyai HDMI, anda boleh menggunakan converter port USB to VGA adapter. Lihat imej dibawah. Kredit gambar: Amazon.com (USB to VGA)

Setelah semuanya lengkap, sambungan telah pun dilakukan dengan sempurna. Anda perlu melakukan sedikit setting pada Laptop(Skrin utama) dan pastikan skrin tambahan telah dihidupkan dengan bekalan kuasa. Lihat contoh paparan imej dibawah.

Anda akan perasan paparan skrin tambahan kelihatan visual sama seperti skrin utama cuma bezanya ia nampak kosong. Skrin utama(Laptop) digunakan untuk praktikal, tunjukajar, kongsi bahan(share)kepada pelajar dan skrin tambahan pula sebagai paparan untuk melihat pelajar, chat dan sebagainya.

Baca lanjut ==>  PDPR/Kelas Online Part 2 (ScreenCast Mobile Phone to PC)

Satu perkara yang penting sekiranya anda menggunakan PowerPoint, wajib sedikit setting pada slideshow agar ia tidak menggangu paparan skrin tambahan apabila anda melakukan ‘SlideShow’. Lihat paparan imej dibawah sebagai rujukan melakukan setting pada PowerPoint.

In shaa Allah, sekadar tip ringkas dan mudah-mudahan ia membantu anda menjalankan PDPR/kelas online jika mahu menggunakan satu paparan skrin tambahan. Moga bermanfaat.