PDPR/Kelas Online Part 2 (ScreenCast Mobile Phone to PC)

Bismillah. Saya pasti anda telah pun membaca mengenai bahagian pertama(1) sebelum ini. Lihat pautan bahagian 1. Asas – PDPR/Kelas Online Part 1 – Akademi PowerPoint Malaysia Baik, kita teruskan bagaimana cara memilih jenis kamera perisian yang boleh anda muatturun sebagai alatan video interaksi dan sedikit seting yang perlu anda lakukan agar komunikasi antara pelajar melalui video berjalan dengan baik.

Biasanya anda perlu muatturun perisian melalui Playstore kemudian simpan dalam telefon bimbit(untuk Andriod), perisian yang sama juga perlu dimuatturun kemudian disimpan dalam Laptop atau Komputer(untuk PC). Melalui tunjukajar kali, anda hanya perlu muatturun perisian kamera dalam telefon bimbit sahaja. Anda boleh pilih salah salah satu perisian ataupun muatturun kedua-duanya sekali pun tidak ada masalah.

Langka pertama(1): Buka telefon bimbit, masuk ke Playstore. Buat carian perisian kamera samada IVCam atau Iriun. Lihat paparan dibawah:

Anda akan lihat kedua-dua perisian kamera tadi telah disimpan dalam telefon bimbit.

Langkah kedua(2): Muatturun tool ini kemudian simpan dalam Laptop/Komputer anda. Klik pautan http://akademipowerpoint.com/scrcpy.zip dan kebiasaannya anda boleh simpan dalam C:\scrcpy.zip

Langkah ketiga(3): Extract pada file zip tadi. Boleh pilih Extract Files atau Extract Here. Lihat paparan imej dibawah.

Pastikan anda tahu lokasi file tersebut. Jika fail tadi disimpang dalam pemacu C:\ maka cuba lakukan kaedah seperti paparan imej dibawah. Dalam ruangan carian Laptop/Komputer hanya perlu taip CMD, maksudnya anda sedang mencari tool Command Prompt. Klik butang kanan tetikus(mouse) kemudian pilih ‘Run as Administrator’.

Langkah keempat(4): Biasanya arahan akan bermula dengan C:\Windows\System32>

Anda perlu mula dari Root untuk masuk dalam Folder tool SCRCPY tadi. Langkah seterusnya..

Caranya: C:\Windows\System32>cd.. ENTER C:\Windows\cd.. ENTER sehingga anda berada dalam arahan C:\ (Root). Lihat paparan imej dibawah:

Baca lanjut ==>  Modul Power point Kreatif

Anda kini berada dalam root. C:\

Seterusnya taip C:\cd scrcpy ENTER

C:\scrcpy>scrcpy ENTER

Lihat skrin Laptop/Komputer anda. Paparan skrin telefon bimbit akan kelihatan dalam skrin Laptop/Komputer. Sebenarnya ada banyak kaedah untuk melakukan ScreenCast telefon bimbit dan Komputer, jika anda mahu elakkan langkah yang terlalu banyak teknikal, anda boleh muatturun perisian ScreenCast antara Andriod dan PC anda.

Apa yang sedang lalui mungkin agak teknikal untuk langkah permulaan namun bila tahu cara dengan berkat kesabaran, In shaa Allah dipermudahkan. Langkah seterusnya, buka perisian kamera dalam telefon bimbit samada IVCam atau Iriun. Paparan video akan kelihatan.

Saya berikan contoh sekiranya anda menggunakan Google Meet, tukarkan jenis kamera yang anda ingin guna sebagai alatan komunikasi dengan pelajar. Klik pada tiga titik menegak kemudian pilih Setting.

Pilih Video kemudian buat pilihan jenis kamera yang anda gunakan. SELESAI! Boleh baca kembali bahagian pertama(1) untuk seting Laptop jika anda ingin menggunakan satu paparan skrin tambahan. Asas – PDPR/Kelas Online Part 1 – Akademi PowerPoint Malaysia

Jika ada sebarang kemuskilan, pohon ditulis pertanyaan dalam ruangan komen, In shaa Allah akan saya jawab dan bantu sebaiknya. Moga bermanfaat. Lihat paparan video pendek ScreenCast Mobile phone to PC dibawah.