BISMILLAH
Assalammualaikum Tuan dan Cikpuan yang dirahmati Allah. Didoakan sentiasa dibawah lindungan-Nya dalam kehidupan memperbaiki diri, mencari ilmu dan memberi manfaat kepada orang lain.
In Shaa Allah jika Tuan dan Cikpuan sering terlibat dalam sesi pembentangan, adakalanya beberapa situasi yang sering dihadapi khususnya dalam menangani dan kaedah merawat kebimbangan, kerisauan dan seterusnya kegugupan dalam pembentangan samada sesi yang kecil mahupun yang besar.
Satu perkara yang perlu manusia ketahui ialah, situasi ini adalah ‘Semua sedia maklum’, maknanya sesiapa sahaja akan mengalaminya dalam beberapa minit yang pertama atau lebih dari itu. Jika kita lihat sesiapa sahaja yang sering melakukan pembentangan ataupun biasa berucap dengan yakin tidak lain tidak bukan hanya kekuatan dan keyakinan hasil dari pengalaman selama mana seseorang itu terlibat dalam sesi bersemuka dengan audien melalui pembentangan atau apa juga keadaan.
Sebenarnya pengalaman itu tidak menjadikan manusia sempurna (Perfect) tetapi lebih kepada yang lebih baik dan manusia yang inginkan yang terbaik dalam diri maka itu manusia akan berusaha memperbaiki mana yang kurang sebagai ilmu dunia dan akhirat, In Shaa Allah.
MERAWAT KEGUGUPAN BILA BERUCAP DIKHALAYAK RAMAI.
Manusia akan berkata ‘Saya terlalu risau, bimbang dan gemuruh bila memulakan sesi pembentangan, sesi berucap, sesi memperkenalkan diri dalam tempoh yang panjang atau dalam beberapa minit’. Segan dan merasa tidak yakin mula menguasai diri, kawalan emosi kurang sempurna mengakibatkan minda tidak jelas menerima isyarat akibat dari tekanan kecil dari luaran(audien, sangkaan/tindakbalas terhadap manusia yang melihat). Hasilnya tekanan degupan jantung meningkat, aliran darah mengepam ke jantung bertambah dan akhirnya kawalan emosi menjadi tidak terkawal.
Majoriti yang mengatakan ia adalah darah G namun ia sebenarnya kawalan yang tidak sempurna melalui penghantaran isyarat melalui urat saraf yang seakan-akan tidak ada perhentian, samada bebanan berat, ringan dengan kenderaan yang kecil dipenuhi bebanan atau kenderaan berat kurang bebanan akan tidak dapat mengimbangi aliran penghantaran isyarat ke minda.
Bagi menangani situasi ini, manusia tidak perlu memaksa, memaksa ertinya memberi tekanan pada minda dan diri dari tindakbalas luaran, tidak perlu memikirkan 100% mengenai situasi yang sedang dialaminya. Biarkan situasi itu berlalu, kawalan sambil menarik nafas kiraan 5 mampu mengimbangi aliran isyarat semasa dalam pembentangan, In Shaa Allah. Lakukan apabila keadaan emosi tidak terkawal dalam beberapa kerap yang termampu.
ADAKAH KESILAPAN AKIBAT DARI TEKANAN AKAN MENGGANGU AUDIEN?
70% sebenarnya audien tidak memikirkannya, selebihnya kadangkala sahaja audien akan ‘perasan’ berkenaan situasi yang dialami oleh pembentang namun hakikatnya mereka tidak memikirkan sangat perkara tersebut kerana keadaan itu adalah satu kebiasaan pada pembentang, yakin dengan diri dan kebergantungan dengan Allah SWT, In Shaa Allah semuanya dipermudahkan. Audien juga manusia yang akan ada sifat memahami pada manusia lain. Mungkin POWER itu manusia ingin lihat tetapi yang lebih utama adalah bagaimana dan apa POINT yang mereka perolehi semasa sesi pembentangan dijalankan, maka tidak salah untuk saya katakan mempelajari kaedah dan teknik perisian POWERPOINT banyak membantu pembentang untuk lebih yakin dalam perkongsian manfaat secara visual.
Jika melalui situasi seperti ini, lakukan sahaja, teruskan berucap dengan kawalan suara dengan melakukan tarikan nafas dalam kiraan 5 kemudian hembus melalui hidung secara perlahan, In Shaa Allah atas izin-Nya manusia dapat mengawal setiap situasi yang sedang dialaminya. Selain itu,persediaan sebelum dan semasa juga memainkan peranan dalam membantu pembentang lebih yakin dan bertenaga. Persediaan maknanya, mengetahui beserta ilmu mengenai topik yang diperbincangkan disamping melakukan self talk pada perkara positif dalam diri sebelum pembentangan.
SETEGUK AIR
Meminum seteguk air juga dibolehkan bagi mengawal emosi, tidak salah melakukannya semasa sesi berucap. Dalam masa yang sama, lakukan tarikan nafas dalam kiraan 5 tanpa pengetahuan audien. Dengan lafaz Bismillah seteguk air dan niat kebergantungan kerana Allah SWT, In Shaa Allah dipermudahkan.
SEGALA YANG KURANG DATANG DARI KITA MANUSIA.
Tidak salah memulakan ‘Saya kurang berkemahiran dalam sesi pembentangan,mohon maaf atas segala kekurangan dalam pembentangan yang singkat ini, audien juga manusia yang mempunyai sifat rendah hati dan memahami. In Shaa Allah. Tiada sesekali memikirkan audien atau topik adalah bebanan tugas mahupun halangan perbincangan tetapi lebih memikirkan sesuatu topik itu satu perkongsian untuk semua yang In Shaa Allah memberi manfaat kepada semua.
Sedikit perkongsian dari saya, mohon maaf atas kekurangan, kongsikan jika bermanfaat, tambahkan jika ada yang saya terlepas, In Shaa Allah saya suka perkongsian tuan dan cikpuan diruangan komen.
MUHAMMAD SUHAILY GEORGE BIN ABDULLAH
http://penceramahpowerpoint.blogspot.com/
http://kursusmontaj.blogspot.com/