Rancang perjalanan

Bismillah.

Pemanduan sendiri/tim/sekeluarga/individu dengan menyewa kenderaan. Disarankan tempahan kenderaan lebih awal untuk mengelakkan tempahan penuh. Biasanya pelawat atau pelancong bila tiba hari pertama di Kota Kinabalu tidak menyewa kereta, menaiki Grab sudah memadai untuk melawat beberapa tempat yang menarik melainkan ada beberapa keperluan untuk sewaan kereta. Biasanya pelancong akan menyewa kenderaan pada hari ke dua untuk ke Kundasang.

Lawatan ke pulau berhampiran kadang kala mengambil masa sehingga tengahari dan pagi ke petang untuk keluarga atau kumpulan. Bukan selalu bercuti kan! Esoknya baru bertolak dari KK ke Kundasang. Jika merancang untuk berehat dan bermalam di daerah Tuaran, anda boleh melawat beberapa tempat menarik di Tuaran seperti Rumah Semut, Cowboy Town dan Taman Buaya. Rumah terbalik laluan ke Tamparuli, lawatan tanpa sedar akan mengambil masa sehari, biasalah bukan selalu kan, beriadah bersama keluarga tentu menyeronokkan. Maka, ambillah peluang bersama..

Peta dibawah adalah tempat yang boleh anda lawati sebelum ke Kundasang. Tempat ini terletak di kawasan Tuaran.

Jika perancangan dari KK terus ke Kundasang. KK – Tamparuli – Kundasang. Maka boleh teruskan perjalanan dan semasa dalam perjalanan boleh singgah Rumah Terbalik sebelum sampai ke Tamparuli. Sampai Tamparuli berehat sebentar sebelum ke Kundasang, sarapan ke, bergambar dekat Jambatan Gantung, Tugu peringatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *