Bismillah.
Perjalananan dari Pekan Tamparuli ke Kundasang mengambil masa selama 2 – 2 jam 30 minit untuk pemanduan biasa yang akan mengharungi jalan berbukit dan kadangkala terpaksa bergerak perlahan dengan lori besar dihadapan , bas pelancong dan penguna jalanraya yang lain.
perjalanan kurang 2 jam biasanya dari penduduk tempatan atau yang telah biasa dengan laluan tersebut.
Dalam perjalanan tentunya akan mengharungi lereng bukit yang curam, wajib berhati-hati semasa memandu dan ada ketikanya jalan berkabus dan agak sukar dilihat jadi tidak ada masalah untuk berhenti seketika sambil menikmati panorama betapa indahnya ciptaan Allah, apa yang penting berhenti di tempat yang selamat dan tidak menggangu penguna jalanraya yang lain.
Semasa dalam perjalanan pengunjung akan melintasi beberapa buah kampung seperti kg kapa, Minangkob, Kelawat, Simpangan Lama dan akan melepasi simpang ke Kota Belud. Bagi yang muslim, tidak perlu berhenti untuk mencari gerai makan semasa dalam perjalanan ke pekan Nabalu kerana kebanyakannya adalah ‘Gerai Sinalau Bakas’.
Sebelum sampai ke pekan Kundasang, pengunjung boleh berhenti di pekan Nabalu untuk membeli barangan cenderahati atau apa sahaja yang berkenan dihati. Sebenarnya cenderahati di pekan Nabalu jauh lebih murah berbanding dengan barangan serta kraftangan di bandar Kota Kinabalu. Sementara berehat seketika, bolehlah mengambil gambar di view point pekan Nabalu berlatar belakang bukit bukau dan gunung Kinabalu yang indah.
Selepas berehat seketika, kemudian boleh teruskan perjalanan ke Kinabalu Park sebelum sampai ke pekan Kundasang, In shaa Allah.