Bismillah.
Secara ringkasnya ada beberapa pulau yang popular di sekitar Kota Kinabalu Sabah selain pulau tiga yang tidak didiami namun pulau tersebut mula dikenali apabila filem TV realiti Survivor pernah ditayangkan sebelum ini.
Antara pulau sekitar Kota Kinabalu yang juga dikenali Taman Tunku Abdul Rahman adalah:
1. Pulau Mamutik
2. Pulau Manukan
3. Pulau Gaya
4. Pulau Sapi
5. Pulau Sulug
Diantara pulau yang boleh anda lawati ialah pulau Sapi dan Manukan namun pelancong boleh memaklumkan pada pihak pengurusan lawatan untuk lawatan ke pulau lain. Tempahan sebuah bot laju untuk sekeluarga juga dalam pakej lawatan setiap pulau.
Perjalanan dari jeti ke pulau tersebut mengambil masa lebih kurang 15 – 20 minit bergantung pada kelajuan dan pemanduan speedboat.
Jika anda tidak melalui agen pelancongan, tambang perlu dibayar di kaunter pilihan masing-masing namun jika melalui pihak agensi, setiap pakej sudah termasuk bayaran ke setiap lokasi lawatan.
Boleh lihat keindahan alam semulajadi, terumbu karang jika melakukan aktiviti menyelam, melihat pelbagai jenis burung, air laut yang jernih menampakkan pelbagai jenis ikan serta aktiviti bergambar dan sebagainya.
Berehat sambil menikmati keindahan sekeliling, makanan yang enak, bergambar kenangan sebelum bertolak ke pulau. Gambar ini adalah kawasan sekitar Jesselton Jeti tempat menunggu. Sarapan dulu sebelum bertolak ya.
Setiap pelawat/pelancong diwajibkan memakai jaket keselamatan.
Maklumat dibawah adalah caj tambang ke setiap pulau, maklumat terkini dperolehi dari laman web Jesselton Point. Island Transfer – Jesselton Point Ferry Terminal [Official Site]