Bismillah.
Musafir dan perjalanan percutian pastinya persediaan yang sangat rapi termasuklah perancangan perjalanan, peralatan dan barangan yang dibawa, bajet, pembelian cenderahati, penginapan dan penerbangan dua hala (pergi balik) dan yang penting sihat walafiat, In shaa Allah.
Tentukan lokasi yang dituju, buat anggaran masa perjalanan untuk sampai ke lapangan terbang dan kenderaan yang akan dinaiki serta tambang ke penginapan samada menggunakan kereta sewa, grab, bas atau teksi khususnya bagi yang bercuti tanpa melalui agensi percutian. Pilih penginapan yang sesuai bersama keluarga atau kumpulan lain bagi keselesaan bersama.
Powerbank kuasa tinggi tidak sama sekali dibenarkan masuk dalam beg bagasi kecuali dimasukkan dalam beg sandang atau hand luggage sahaja. Peralatan tajam seperti gunting, pisau cukur, mandian dan pewangi bersaiz besar serta buah-buahan juga tidak dibenarkan. Pemeriksaan dibahagian masuk pastikan segala apa yang dibawa dikeluarkan dan dimasukkan dalam bakul seperti tali pinggang, jam, telefon bimbit, beg kecil dan kasut ditanggalkan khusus untuk safety boot sahaja. Laptop juga perlu dikeluarkan dari beg serta barang elektronik yang lain.
Sekiranya percutian melalui agensi pelancongan, tuan/puan boleh memilih pakej yang ditawarkan berpandukan pada jumlah peserta/hari percutian. Semak setiap itenari dan syarat yang disediakan. Pakej termasuk/tidak termasuk tiket penerbangan namun tuan/puan boleh membuat pilihan mengikut keperluan masing-masing.
Selain pakej percutian ke Semporna Sabah dan luar negara, tuan/puan boleh memilih percutian ke Kota Kinabalu – Kundasang Ranau – Pulau sekitar Kota Kinabalu (Sapi, Gaya, Manukan & Mamutik). Sebelum ke Kundasang, anda boleh melawat ke pulau sekitar Kota Kinabalu. Stesen jeti Jesselton Point untuk ke pulau tersebut.
Jadual perjalanan boleh berhubung dengan agensi perlancongan untuk melihat perjalanan dan lawatan tempat-tempat menarik. Untuk makluman, sekiranya sampai ke Lapangan Terbang Antarabansa Kota Kinabalu (KKIA), ia akan mengambil masa sedikit untuk proses pengambilan bagasi mungkin jangkaan 15 – 20 minit atau lebih awal berpandukan cepat atau lambat ketika menunggu ketibaan barangan.
Setelah selesai, terus ke kaunter imigresen untuk checking keluar masuk (ikut signboard) dan sediakan kad pengenalan untuk pemeriksaan. Pihak agensi akan menunggu di bahagian ketibaan penumpang untuk menaiki kenderaan dan bermulalah perjalanan ke destinasi lawatan.
Untuk makluman samada anda memandu sendiri atau melalui agensi pelancongan, masa perjalanan dari ‘airport KK’ ke bandar Kota Kinabalu dalam jangkaan 10 – 15 minit atau kurang berpandukan pada kesesakan trafik dan perjalanan dari KK ke Tamparuli mengambil masa 45 minit mengikut perkiraan cepat atau lambat perjalanan laluan trafik.
Buat tempahan awal kenderaan dan penginapan(Hotel) jika anda memandu sendiri ke destinasi. Saya sendiri biasanya membuat tempahan penginapan menggunakan pautan booking.com sebelum balik ke kampung, biasalah rehat minda dan melawat ke pulau berhampiran.
Dari Tamparuli ke Kundasang akan mengambil masa 2 jam 30 minit atau lebih berpandukan pada masa dan aktiviti masa perjalanan. Tempoh perjalanan mungkin lebih cepat bagi penduduk tempatan yang telah biasa dengan kawasan dan jalan tersebut. Perjalanan ke Tamparuli, tuan/puan boleh melawat beberapa tempat menarik seperti Rumah Terbalik, Jambatan Gantung Tamparuli dan sebagainya sebelum ke Kundasang, pastikan kamera atau telefon tersedia untuk mengambil gambar kenangan. Berhenti rehat sebentar di pekan Tamparuli untuk sarapan sebelum meneruskan perjalanan ke Kundasang. Gerai makan ada berdekatan dengan Jambatan Gantung Tamparuli (Tamparuli Suspension Bridge).
Jika dalam Google Map, dan anda bermula dari bandar KK, mulakan dengan titik poin dari KK ke Tamparuli Suspension Bridge.
Dari Tamparuli ke Kundasang akan mengambil masa 2 jam 30 minit atau lebih berpandukan pada masa dan aktiviti masa perjalanan. Tempoh perjalanan mungkin lebih cepat bagi penduduk tempatan yang telah biasa dengan kawasan dan jalan tersebut.