Bismillah. Semasa perjalanan ke Kundasang, boleh berhenti sebentar di Peranggi View Point untuk menikmati keindahan banjaran gunung. Anda akan bermula dari jalan bulatan Nenas Tamparuli, teruskan perjalanan sampai ke Peranggi View Point, kawasan gerai makan tepi jalan menuju ke view point tidak digalakkan untuk orang muslim kerana gerai tersebut adalah ‘Gerai Sinalau Bakas’ dengan nama lain Bab 1.
Rest and action Peranggi Point.
Setelah berehat untuk segarkan minda, teruskan perjalanan ke Kundansang, dalam perjalanan singgah sebentar di Kinabalu Park dimana titik mula para pendaki Gunung Kinabalu Sabah. Sightseeing dulu, relax, lihat pemandangan dan bergambar. Bukan selalu bha kan… 🙂 Parking kereta anda dikawasan letak kereta tepi jalanraya.
Laluan dan perhentian Kinabalu Park Kundasang