Skil Keterampilan PowerPoint & Excel Khusus untuk Tenaga Pengajar/Guru,IPTA/S & SK/SM
Bismillah. Selepas mengharungi susah senang, sukar dan cabaran semasa di peringkat sekolah rendah, menengah, IPTA/S kini masa untuk mengorak langkah ke alam pekerjaan. Selain daripada itu, program ini juga dikhususkan untuk tenaga pengajar, guru-guru dan trainer.
Baik, saya percaya semua pernah mendengar dan menggunakan Microsoft Office(MS). Benar?
Sejauh mana skil dan teknik yang telah anda kuasai? Hanya anda sahaja yang tahu dan layak menjawabnya. Dari pemerhatian dan kajiselidik, kemahiran ini sangat penting untuk dipelajari diperingkat sekolah dan di IPTA/S. Ini adalah kerana apabila memasuki gerbang perkerjaan, antara soalan yang ditanya oleh majikan adalah kemahiran Microsoft Office. Anda boleh kategorikan ia salah satu keutamaan.
Saya pasti dalam masa yang terdekat, anda akan mula menggunakan Microsoft Office!
Siapa anda dalam jawatan yang disandang, saya percaya anda tidak akan lari dari menggunakan perisian ini. Maka wajib ada pendedahan dari peringkat sekolah dan IPTA/S. Bayangkan anda masuk kerja, kemudian diminta oleh majikan untuk menyiapkan satu tugasan menggunakan perisian ini.
Majikan: Adam, boleh sediakan saya satu slaid PowerPoint mengenai projek perumahan Tamparuli? Saya nak Adam sediakan slaid yang menarik, tidak sakit mata bila pelabur memandangnya. Teks tidak terlalu banyak, lebihkan visual dengan bahan yang menarik. Gunakan kreativiti, idea, inovatif dan jika boleh Adam rekabentuk yang asli, saya tidak mahu slaid yang dah siap yang boleh dimuatturun dari google atau dalam perisian PowerPoint. Ya, betul, dalam perisian PowerPoint ada banyak bahan sediada (readymade), memang cantik dan mudah tapi saya tak nak yang itu sebab saya dah biasa lihat rekabentuknya. Jadi, siapkan dan sediakan slaid baru yang lebih canggih!, menarik dan ala korporat. Boleh?
Adam: Boleh tuan! In shaa Allah..
Majikan: Bagus!Oh ya, siapkan dalam masa 3 hari.
Jika Adam memiliki skil membangunkan slaid, saya percaya, dia tidak menghadapi masalah. Seandainya Adam tidak ada pendedahan dengan teknik, kaedah dan penggunaan tool menghasilkan slaid dan bahan visual maka ia sesuatu yang membebankan pada dirinya. Sekali pun Adam mempunyai gred terbaik sewaktu di universiti, adakah majikan akan bertanya berapa markah yang diperolehinya? Sudah tentu tidak! Bagaimana pula tentang tugasan yang berkaitan dengan pengiraan dan graf? Adakah Adam diminta untuk menulis setiap langkah dan jawapannya? Tidak ada! Kini semuanya dengan visual, pembentangan, pengiraan data yang banyak tanpa formula.
Saya tidak kata ilmu yang dipelajari sewaktu di sekolah tidak penting sebab semua itu adalah jalan pembuka kejayaan siapa anda pada hari ini. Sama seperti saya, ia adalah asas menuju kejayaan! Saya tidak boleh membaca jika tidak ada guru yang mengajarkan ABC! Saya juga tidak kenal apa yang ada didepan mata jika tidak kerana seorang cikgu! dan saya juga tidak tahu apa itu nombor jika tidak kerana seorang guru yang menjadi ibubapa kedua di sekolah.
Dalam jangkamasa 3 hari yang diberikan, Adam boleh siapkan keperluan majikannya berpandukan pada tempoh yang diberikan. Adam harus bijak menyusun bahan slaid, bahan yang perlu dan wajib, sumber yang diperolehi dan rekabentuk yang sesuai.
Skil design yang tinggi dan sekiranya Adam tahu tip dan trik penyedian slaid maka dia memiliki kelebihan untuk menyiapkan slaid pembentangan dalam tempoh tertentu. Strategi serta tugas yang wajib didahulukan. Idea perlaksanannya sehingga apabila majikan bertanya semuanya siap untuk dibentangkan. Ini adalah ilmu tambahan yang perlu dikuasai oleh bakal pekerja dalam apa juga bidang dan itu adalah asas keterampilan menggunakan Microsoft Office di tempat kerja. Persoalan, mungkinkah perisian ini akan mula diterapkan dalam pendidikan sekolah? sekadar melihat masa depan yang belum pasti.
Sesiapa sahaja akan mula perasan keperluan untuk mendalami skil Microsoft Office terutama PowerPoint, Excel dan Word.
Sejak menjalankan in-House training sejak lebih 10 tahun khusus untuk jabatan kerajaan, banyak pendedahan saya ketengahkan kerana PowerPoint bukan sekadar persembahan, Excel bukan membosankan dan Word tidak akan menyakiti jari jemari anda yang lembut!
Seandainya saya berpeluang bertemu dengan Adam, suka saya berkongsi dengannya. Ada beberapa teknik yang boleh diperolehi dari youtube tetapi dimodifikasi agar nampak lebih stylo dan beberapa teknik yang memang tidak akan dapat dijumpai dari google atau youtube seperti bahan multimedia 3D dibawah.
Rujuk gambar 3D & E-Book hanya dengan PowerPoint.
Ini pula teknik suntingan yang boleh anda buat sebagai theme atau templat profesional.
Material boleh diperolehi dari Powerpoint untuk menghasilkan semua bahan ini. Ia hasil dari teknik kreativti dan modifikasi agar nampak menarik. Tidak ada dalam google ataupun youtube!
Mengapa saya tunjukkan gambar ini? Adakah semua bentuk bahan ini akan dimasukkan dalam slaid anda? Tidak!, langsung tidak berkaitan! tetapi yang pasti teknik, skil dan tool yang saya guna untuk bangunkan bahan ini pasti berguna untuk anda sebagai alatan atau tool bangunkan bahan idea yang lain. Benar?
Sekiranya anda telah mahir menggunakan tool dan teknik yang saya ajar, idea itu akan hadir dengan sendirinya. Walau hanya 2 - 4 tool yang anda guna, ia sebenarnya boleh hasilkan banyak bahan dan saya percaya banyak bahan lain yang boleh dihasilkan. Saya mahu bila latihan nanti, minda terbuka luas dengan kreativiti dan inovasi. Teknik dan tool ini mengajak anda lebih kreatif, In shaa Allah.
Bukan 'Apa yang anda boleh buat dengan PowerPoint' tetapi apa yang PowerPoint boleh berikan kepada anda jika benar-benar mendalaminya secara praktikal. Tidak perlu risau jika tidak kreatif, anda akan didedahkan dengan teknik bagaimana mewujudkan kreativiti dalam minda dan seterusnya menterjemahkan idea tersebut sehingga anda boleh hasilkan bahan slaid.
Ini adalah teknik asas yang perlu anda pelajari, nampak macam susah tetapi ia sangat mudah untuk dipraktikkan. Pemilihan tool yang sesuai adalah pokok utama untuk penyediaan bahan slaid yang menarik dan interaktif. Selain suntingan dan 3D, anda juga belajar animasi kreatif, ia bukan pergerakan yang biasa anda lihat seperti pergerakan dari kiri ke kanan, atas bawah atau pergerakan yang mematikan mood anda. Satu pergerakan yang mempunyai teknik penceritaan kronologi dengan pelbagai teknik elemen tambahan agar slaid kelihatan menarik dengan visual efek sampingan.
Sejak sekian lama, 7 perkara utama yang saya titikberatkan dan semua ini perlu digabungkan dalam setiap latihan:-
- Creativity
- Design Thinking
- Unique
- Idea
- Innovation
- Technical
- Presentation Skills
Saya percaya dengan usaha dan kegigihan peserta untuk memahami dan seterusnya buat praktikal, mereka mampu menghasilkan sesuatu yang menarik, cantik diluar jangkaan sehingga benar-benar puashati.
Ada beberapa perkara saya perlu ingatkan dalam penyediaan slaid. Kadang-kadang penyediaan slaid adhoc membuatkan anda muatturun atau menggunakan bahan atau slaid 'readymade'. Jika kesuntukan masa readymade adalah jalan pemudah dan tidak dinafikan ia bahan yang bagus, sudah siap sepenuhnya, hanya perlu anda sunting(edit) namun itu tidak membuatkan minda berkerja sepenuhnya, tidak menjadikan anda berkarya dengan kreativiti serta idea yang sebenarnya boleh diterjemahkan dalam perlbagai elemen hingga mampu digunapakai oleh orang lain.
Gunakan sepenuhnya penggunaan tool, pemilihan tool yang sesuai dan cara bagaimana ia digunakan! buat sampai jadi, baru puas hati! Anda akan kata, inilah hasil dari tangan, minda dan kesabaran menyiapkan tugasan! dengan izin Allah!, In shaa Allah.
In Shaa Allah, hubungi kami untuk tempahan dan sebutharga. Program akan berjalan selepas PKPB atau selepas kelonggaran sepenuhnya dari pihak kerajaan.