Sejarah Jambatan Tamparuli 1930

Bismillah. Lagenda dan sejarah permikiran manusia berilmu.

Berapa lama lagi jambatan ini boleh bertahan? Tidak ada siapa yang tahu namun besar harapan penduduk sekitar dan daerah serta bandar yang menyambungkan jalan perhubungan ke Tamparuli supaya ia terus kukuh untuk kemudahan perhubungan. Jambatan yang berusia hampir 100 tahun, jika berlaku banjir, air banjir hampir simpang jalan kiulu (berdekatan dengan pintu gate), sebab kenapa? Itu adalah saiz lebar sebenar sungai pada lokasi jambatan ini dibina.

Timbunan tanah dan tebing yang kita nampak hari ini (sebelum sampai jambatan dari simpang kiulu) itu semua adalah tanah tambun(timbunan tanah + batu kelikir dan dalamnya ada batu gobian. Kawasan ini yang akan selalu runtuh akibat kesan hakisan dan tekanan kelajuan air. Ini mengakibatkan jalan seringkali rosak. Sehingga hari ini jambatan ini tetap kukuh walaupun dilanda banjir besar dan bebanan yang dihanyutkan oleh air dari hulu. Ada yang percaya seorang gadis menjadi korban atas permintaan hantu air(Tombuakar) menyebabkan jambatan ini tetap kukuh dan tidak lagi runtuh dan rosak sehinggalah kehari ini.

PERSOALAN:-

Adakah korban nyawa ini menyebabkan jambatan 100% kukuh hingga hari ini? Kawasan yang selalu runtuh dan rosak disebabkan banjir adalah timbunan tanah dan jalan kearah jambatan tersebut dan bukannya jambatan konkret yang rosak atau dihanyutkan ketika banjir besar. Itu adalah POINT penting ketika jambatan ini dibina oleh jurutera british suatu ketika dahulu. Namun kepercayaan orang tua dahulu kala lebih kepada semangat alam ghaib, benar! kita tidak boleh menafikan istilah dan pemahaman orang dulu sangat kuat dengan kuasa mistik kerana kehidupan mereka tidak boleh dipisahkan dengan kepercayaan seperti ini. Namun kaedah sains dan dari segi pemikiran manusia yang mahir, kreatif, inovatif tidak boleh diketepikan sehingga wujudnya jambatan yang dibina hampir 100 tahun yang lalu.

Sebelum jambatan ini dibina, kajian dan ujian terlebih dahulu telah banyak kali dilakukan untuk mengetahui beberapa perkara seperti dibawah.

1. Isi padu air
2. Kederasan(kelajuan) air.
3. Bahan sampingan yang dibawa arus.
4. Ketahanan bebanan jambatan.
5. Jenis bahan yang digunakan untuk membina jambatan.
6. Kedalaman tiang konkret dan cerukuk besi.

..dan apabila perkara diatas telah diteliti dan diperhalusi serta dipersetujui oleh jurutera yang membinanya maka pemilihan bahan pasti juga yang terbaik pada ketika itu.

Semua telah pun diambil kira dari nombor perkara 1 – 6, ini kerana jika siap dibina nanti adakah ia mampu bertahan atau tidak dan seperti yang kita lihat hari ini hasilnya ia memang tetap kukuh. Realitinya, tidak semestinya kita perlu bersandarkan pada lagenda atau mitos semata-mata tetapi sains, kemahiran dan teknologi dari manusia juga perlu dititikberatkan.