Antara Jenis Kamera Post Card yang digunakan di North Borneo

Bismillah. Salah satu contoh POSTCARD yang anda lihat digunakan di Borneo sekitar tahun 1918 – 36 keluaran KODAK. Setiap post card/poskad beserta gambar yang diambil dari kamera Kodak yang digunakan oleh jurugambar. Ada beberapa jenis kamera Kodak yang digunakan mengikut tahun dan jangka hayat peralatan tersebut. Jika dilihat pada postcard dan Logo yang digunakan adalah ‘K.ltd’ jelas ia adalah keluaran Kodak, sekitar tahun 1936 – 40an logo keluaran PostCard Kodak digantikan dengan huruf ‘K’.

Photo credit. Postcard diatas dimiliki oleh sahabat kenalan dari UK iaitu Richard Rose dan postcard ini adalah dari pakciknya yang pernah berhijrah ke North Borneo (Sabah) pada tahun 1914 dan kembali ke London sebelum perang dunia ke 2 (WW2). Sejarah perjalanan pakciknya juga akan diceritakan dengan lebih terperinci kelak, In Shaa Allah.

Antara jenis kamera yang digunakan adalah  No. 3A Folding Pocket Kodak (Model E2, F, G, C), No.1 & A pocket Kodak, Autographic Kodak Junior, Special, Vest pocket Kodak dengan pelbagai model mengikut tahun. Anda boleh gunakan laman ini sebagai sumber carian mengenai produk kamera Kodak earlyphotography.co.uk atau layari laman Kodak.

Kredit gambar dari ‘PhotoJottings’.