TEASER! Buku fizikal bakal terbit! Sejarah Tamparuli North Borneo.

 

SAYA MUHAMMAD SUHAILY GEORGE – Anak kepada mendiang Korporal George Gutok bekas tentera 2nd Royal Ranger Regiment (Sabahan RRD) Osiou Oh Kamanang (Who Dares, Wins) yang terlibat dengan pembersihan penganas Komunis, Darurat dan Konfrontasi Indonesia. 2nd Ranger RRD majoriti adalah dari suku Kadazan Dusun. Pada 24 September 1963 seramai 120 anak jati Sabah menyertai angota Ranger dan mereka kemudiannya telah dihantar ke pusat latihan rekrut askar Gurkha di Sg Petani. Korporal George Gutok adalah anak jati Sabah berbangsa Dusun bersama unit 2nd Ranger yang dihantar untuk diberi latihan ketenteraan di Sg Petani Kedah. Beliau telah meninggal dunia pada umur 72 tahun atas sebab kanser prostate tahap 4. 

Penulis bersama Anthony Catherall dan Muhammad Suhaily (Collaboration between Dusunman and Englishman, title of the book given by Anthony.)
 
 
 
Regimen Askar Jurutera British – 11 Independent Field Squadron RE Malaya & North Borneo

Teaser. FIZIKAL BOOK TEASER

 

60 years ago they were standing here.

Kisah ini diceritakan oleh tentera British RE yang kini berumur 80 tahun dan menetap di UK London. Mengisahkan perjalanan seorang tentera British dari London yang di hantar ke Malaya dari tahun 1959-62. Beliau bersama unit belayar menaiki kapal HMT dan sampai ke Singapura pada tahun 1959. Beliau kemudiannya bersama kumpulannya menaiki keretapi ke Prai dan melaksanakan tugasan di beberapa lokasi seperti Butterworth, Gerik dan Kem Terendak Melaka. Mereka dari unit 11 Independent Squadron Field Royal Engineer RE. Tugas utama adalah membaikpulih infrastruktur seperti jalanraya dan jambatan terutamanya jalan perhubungan yang musnah semasa pedudukan serta serangan tentera Jepun pada tahun 1945. Banyak kemusnahan telah berlaku ketika itu, mereka juga berkerja keras untuk membina jalan perhubungan di kawasan luar bandar sebagai laluan perhubugan jalan darat. Sebahagian unit dihantar untuk membantu tentera kerajaan Malaysia dalam usaha pembersihan penganas Komunis pada ketika itu. Gambar disebelah kiri adalah penempatan sementara beliau bersama unit II Independent Squadron Field Royal Engineer RE selama 6 minggu di Tapong Perak. Menaiktaraf serta membina jalan baru terutama di Gerik (Grik) bagi tujuan perhubungan jalan alternatif untuk menghubungkan beberapa kawasan kampung dan jalan jip tentera.

 

LATAR BELAKANG (Biography)

Anthony Catherall dilahirkan pada 15hb Julai 1940 di West Ewell Surrey UK. Menyertai unit Royal Engineer dalam tahun 1958 dan telah mengikuti latihan dalam ketenteraan 6 regimen RE Cove, Hampshire. Selepas itu beliau ditempatkan di NCO’s Cadre namun beliau gagal lalu ditempatkan ke luar negara untuk beberapa tugasan penting. Beliau meninggalkan Southampton pada tahun 1959 bersama unitnya ke Singapore menaiki

kapal HMT Empire Fowey. Beliau ditempatkan di Malaya Bersama unit 11 Independent Field Squadron RE di Butterworth dari tahun 1959 hingga 1962. Beliau menerima kelayakan sebagai penerjun di Changi Singapura pada Disember 1961. Selepas berkhidmat di Jerman selama dua(2) tahun beliau kemudiannya bersara pada tahun 1964.Selepasa persarahan, beliau menyertai Surrey Fire Brigade pada bulan september 1964. Selama beberapa tahun, beliau dinaikkan dalam perjawatan dan sehinggalah pada tahun1972 beliau telah bersara sebagai ‘Station Officer’ jawatan pegawai pemasaran kordinator di ibupejabat Surrey Fire Brigade bertempat di Wray Park International Training Centre Reigate Surrey dan sehingga bulan oktober 1990 beliau telah bersara sepenuhnya dari bekerja sepenuh masa. Selain dari itu beliau menghabiskan 9 tahun bekerja secara  separuh masa bersama Age Concern Doncaster South Yorkshire dimana tugas beliau lebih kepada menjaga kebajikan orang-orang veteran.

NORTH BORNE – Camp Paradise Kota Belud.

Pada tahun 1960 unit mereka kemudiannya dihantar ke North Borneo yang berpengkalan di Kem Paradise Kota Belud. Tugas utama adalah membaikpulih perhubungan darat serta membina jalanraya yang menghubungkan Kota Belud dan Pekan Tamparuli serta beberapa kawasan lain. Bukan sesuatu yang mudah dengan keadaan mukabumi yang berbukit bukau ditambah dengan keadaan berbatu, jalan berliku-liku menyebabkan beberapa kemalangan telah berlaku sehingga jentera jentolak pada ketika itu rosak dan sukar dibaiki.

Satu peristiwa yang sukar dilupai ialah tragedi lemas dua pegawai tentera British dan seorang penduduk tempatan wanita yang cedera teruk akibat tetakan parang amuk suaminya di kampung sayap. Dalam perjalanan ke Jesselton (Kota Kinabalu) mereka perlu melalui Jambatan Tamparuli yang pada ketika itu air pasang dan membanjiri laluan tersebut.

Apakan daya, hanya ini laluan utama untuk ke Jesselton dan demi tanggungjawab untuk membantu serta mendapatkan rawatan wanita tersebut dua tentera British iaitu Cooper dan Hall terpaksa melalui Jambatan tersebut. ‘Cooper, if we die! We die with Honor and Glory’! Tidak ada pilihan, mereka melaluinya dengan kereta LandRover tentera bersama wanita tersebut. 

Dalam keadaan berhati-hati dan cemas, secara tiba-tiba kepala air besar menghanyutkan kereta tersebut, Cooper cuba untuk menyelamatkan rakannya serta wanita yang tersepit dibahagian belakang namun tidak kesampaian sehingga ketiga-tiga mereka hilang dari pandangan dengan amukan air yang deras. Kisah menyayat hati yang mengorbankan dua tentera British dan seorang wanita tempatan.

Hanya selepas tiga hari mayat tentera tersebut ditemui namun mayat wanita yang cedera parah tidak dijumpai. Sesuatu yang sukar dilupai dan tidak akan hilang diingatan buat selama-lamanya. Tragedi yang berlaku lebih 60 tahun lepas masih segar dalam ingatan kata salah seorang rakannya dalam unit yang sama yang kini berusia 80 tahun. Demi memperingati dan mengenang jasa mereka serta pengalaman tugasan di Malaya-North Borneo, maka sebuah buku fizikal penulisan bersama Muhammad Suhaily dan Anthony Catherall bekas veteran tentera British (Ex 11 Independent Squadron Field RE yang bertajuk(title) ‘tunggu sebagai kejutan(suprise!)’. In shaa Allah sebuah buku yang menarik sebagai tatapan dan renungan bahan sejarah untuk generasi akan datang. Mengapa buku ini dihasilkan dan manisnya isi dalaman semuanya diceritakan dalam perjalanannya sesuai dengan air mata yang membanjiri Jambatan Tamparuli. Nantikan kemunculannya. In shaa Allah.

Majukan pertanyaan tuan/puan diruang komen untuk tidak ketinggalan mendapatkan buku fizikal ini. Bha, siapa ja local Tamparuli, orang kampung atau yang ada kisah tentang tragedi di Jambatan Tamparuli, bolehlah berkongsi bersama. Bukti dan fakta penting kami akan muatkan dalam buku fizikal ini nanti, kredit atas nama tuan/puan nanti. Bha, poinsikou togumu kio..

1 thought on “TEASER! Buku fizikal bakal terbit! Sejarah Tamparuli North Borneo.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *