Ini kisah dan strategi jika mahu diundang sebagai penceramah jemputan dengan skil anda!
Bismillah.
Keputusan muktamad untuk berkerja dari rumah tanpa persediaan rapi, sedar risiko tinggi dengan kemelut kewangan tidak menentu.
Hanya berbekalkan keyakinan dan mahu mencuba. Ketika itu terasa apa yang ada ditangan kosong belaka. Selain usaha tawakal, audio dekat bawah main peranan.
Jiwa, idea semuanya kosong, dalam hati bolehkah aku buat? Boleh ke aku berjaya? Apa yang perlu aku jual? Produk pun tidak ada, pengalaman jauh sekali. Boleh ke buat bisnes sedangkan minat takut-takut berani. Satu yang saya ingat, mulakan apa yang ada di otak, buat apa yang ada ditangan. Macam-macam dalam fikiran ketika itu dan yang penting kebergantungan kepada-Nya 100%.
Tahun 2009 baharu berhenti kerja atas sebab-sebab sesuatu yang tidak dapat diluahkan secara zahir, hanya batin terseksa.
Hanya satu saja dalam otak yang tengah buntu! Mungkin boleh buat kelas tuisyen? Boleh ajar 2 - 3 subjek. Ajar baikpulih PC ke, Networking, MS Office ke...
Nak kata pengalaman mengajar banyak, tidak juga. Adalah sedikit ketika mengajar di institusi swasta dari tahun 2000 hingga 2008. Bolehlah guna skil yang ada, nak bangunkan modul, soalan dan proposal bolehlah sikit-sikit.
Dalam hati, tengolah apa subjek yang mahir dan boleh deliver dengan baik. Selain jadi Mr Mama fulltime, peluh kena keluar sekali sekala.
Dalam keadaan kepala serabut, nasib baik ada beberapa pelajar oversea yang sudi datang ke rumah belajar PC Repair. Semua dari UIA Gombak, tak silap saya ada dari Afrika sebab kulit hitam manis dan seorang lagi dari group lain, tak ingat dari mana. Saya hanya ingat dia cakap Arab, dari Arab lah kot..
Masa berlalu pergi, dalam situasi mencari idea, macam ada bunyi belon pecah. Pop! Secara tiba-tiba PowerPoint keluar dari otak yang tengah serabut. Humm.. why not saya cuba, lagi pun saya memang kerap menggunakan PowerPoint masa mengajar dulu a.k.a buat marketing ke sekolah-sekolah, seminar lepasan SPM, orientasi pelajar baru dan pengalaman manis madu masuk ke ladang sawit buat tawaran lepasan SPM untuk budak felda. Semua guna PowerPoint untuk menarik minat pelajar.
Merentasi lautan dengan bot ferry seolah-olah sedang menikmati honeymoon winter sonata musim salju dengan tujuan promosi lepasan SPM dan PMR dan pendedahan pelajar sekolah kebangsaan luar bandar tentang ICT.
Baik, dipendekkan cerita kisah laki tanam anggur. Saya mula buat iklan kursus Microsoft Office disekitar Ampang, Setiawangsa, Taman Cempaka, Nirwana dan kawasan berhampiran. Sebenarnya kita tak perlu cari produk, segalanya sudah tersedia hanya perlukan kreativiti, idea, inovasi untuk menterjemahkan dalam bentuk yang orang mahu guna dan beli. Lagi banyak buat modifikasi anda bagi orang boleh nampak, lagi banyak permintaan.
Salam dan hello, dapat panggilan telefon. Pelajar pertama yang terpaut dengan iklan separuh A4 hitam putih ialah anak YB Dato' Zulhasnan Setiawangsa.
Saya datang 3 kali seminggu ajar Excel dan PowerPoint. Anak Dato' kira okay.. sporting, sambil belajar sambil main game online, entah faham ke tidak apa yang dipelajari, saya yang stress!. Adeh!
Masa berlalu tidak kembali, meneruskan aktiviti seperti biasa. Iklan Iklan dan terus beriklan hingga ada feedback, PowerPoint tidak perlu belajar! Boleh belajar sendirilah katanya, humm I'm okay, no heart feeling biarpun sedih dalam bilik air, cuma tak menangis dalam hujan. Huhu..
Salam dan hello, rezeki tak disangka, sahabat saya menawarkan untuk kendalikan kursus In-House PowerPoint bersama jabatan kerajaan tahun yang sama 2009. Dia yakin saya boleh dengan pengalaman mengajar, saya yakin saya memang tidak boleh seolah-olah macam baharu kenal dunia. Pujuk dan rayu dan pujuk lagi..
Okay, tidak mengapa, saya sahut cabaran dan sedia hadapi risiko. Jika tidak cuba mana mungkin tahu pengakhirannya. Saya sedar seperti langit dan bumi bila berhadapan dengan staf bertahun pengalaman dalam kerjaya. Kursus 4 hari seram sejuk dan benar seperti jangkaan. Penyampaian perlu dipertingkatkan lagi, teknik perlu lain dari yang lain jika mahu pergi lebih jauh dengan PowerPoint.
- Sesuatu yang tak disangka
- Seringkali mendatangi kita.
- Itukah suratan dalam kehidupan.
- atau hanya satu kebetulan.
Sesuatu yang indah itu kadang dalam terang ia sembungi.
Bermula Seni Suntingan Inovasi akademipowerpoint.com
Adakah anda seorang:-
- Trainer
- Penceramah/Motivator
- Konsultan latihan/pendidikan
- 'Specialist' produk
Masih mencari strategi dan mahu dijemput sebagai penceramah dalam sesi kursus dalaman, bengkel dan seminar atau majlis ilmu?
Ini strategi POWER dan tip mendapat undangan sebagai penceramah jemputan! Ada POINT yang perlu anda catat kerana strategi ini saya guna sejak 2009!. 98% jemputan adalah in-House dan ia benar-benar praktikal dengan taktik 80% pelanggan cari anda, 20% cari pelanggan! dengan 'Kata Kunci'
Saya percaya anda memiliki skil yang mempermudahkan urusan orang lain sehingga mereka dapat mencari jalan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Dalam laman ini pun banyak kata kunci dan hint yang boleh pilih dan salin, sediakan pen dan kertas atau gunakan notepad dalam komputer.
Tip mudah, jadikan produk atau perkhidmatan sediada diinovasikan, terjemahkan dalam bentuk idea yang bagus, mudahkan untuk pelanggan dengan trik dan tip agar boleh digunapakai sebagai pemudah cara menyelesaikan masalah yang mereka hadapi. Dengan cara ini produk atau perkhidmatan anda mendapat sambutan kemudian In shaa Allah diundang sebagai penceramah untuk menjalankan kursus atau latihan. Lagi dan lagi dan lagi..In shaa Allah.!
Satu persatu taktik dan strategi didedah bagaimana mahu diundang sebagai penceramah/trainer dari seluruh Malaysia.
Hai Assalammualaikum, Saya Muhammad Suhaily George bin Abdullah sebagai Mr Mama PPT Freelancer. Ada yang tanya, mengapa Mr Mama? Hahaha.. Saya berkerja dari rumah dengan 4 tool:-
- Talian internet(google dan keyword)
- Email dan WhatappS(komunikasi)
- Proposal untuk closed sales!
- JV untuk more sales!
- Quality - Creativity, Idea & Inovasi untuk loyal dan return customer!
Bagaimana dengan produk atau perkhidmatan lain? Sesuai ke?
Manusia setiap hari sentiasa menjual, menjual dan terus menjual. Biarpun hanya bercakap-cakap atau memberi pandangan, berkongsi tip atau mempermudahkan urusan orang lain anda sudahpun masuk bab menjual. Ini penting ya! jual cara berhemah, jangan manipulasi pemikiran pelanggan dan jangan pula jual menakut-nakutkan atau jual dengan paksaan kemudian tidak melayani pelanggan atas sebab sekadar bertanya atau karena pelanggan. Jual atas sebab memberi manfaat dan dapat membantu menyelesaikan masalah pelanggan dengan perkongsian story selling, personal story dan practical story.
Imbas kembali semasa belajar di Universiti. Tamat belajar, temuduga dan ditawarkan jawatan sehingga beberapa tahun pengalaman dan memiliki skil 'specialist' yang tinggi nilai dan diakui oleh majikan, rakan sekerja dan orang lain. Masanya telah tiba untuk anda berhenti kerja, mungkin beralih dengan tawaran lain. Kehilangan akan dirasai oleh majikan dan sukar untuk melepaskan anda disebabkan nilai dan kemahiran.
Bagi saya, skil dan kemahiran seseorang itu amat tinggi jika dibandingkan dengan wang semata-mata. Saya percaya ini salah satu sebab majikan di tempat lain tidak ada masalah menerima anda selain dari tawaran menang-menang soal gaji. Anda nilai sendiri pengorbanan dan susah payah serta cabaran yang anda lalui bermula dari 0. Berapa nilai wang yang boleh anda letak dengan skil anda? Nilai kepandaian yang dapat membantu orang lain. Tentu saja tinggi bukan? Namun ilmu tidak dapat dinilai dengan wang.
4 Strategi ini anda akan dihubungi oleh penganjur!
✔ 1 teknik ini anda boleh Close Sales!
✔ 1 teknik ini anda boleh Close Sales!
Anda boleh buat carian google untuk strategi seperti ini, mungkin ada tetapi tidak banyak kerana ia jarang dikongsi atau didedahkan. Biarpun google mempunyai bilion data, tetapi jika strategi ini jarang dikongsi maka ini peluang terbaik untuk bermula, sama seperti saya suatu ketika dahulu. Ada peluang, rebut, buat dan jalan terus! Perkongsian saya, beritahu strategi yang memang dah guna. Saya bagi contoh seperti perisian 'converter'. Anda nak dengar lagu dan tonton movie tetapi komputer tidak dapat memenuhi keperluan dan keinginan anda. Maka anda akan mencari satu perisian yang boleh memainkan lagu atau filem yang boleh ditonton. Anda mahu diundang berkali-kali dan mendapat undangan pula dari pihak lain. Begitu juga pelanggan, mereka cari sesuatu yang bermanfaat dan mudahkan urusan.
Konsep dibawah bukan sahaja mendapat undangan tetapi cara praktikal bila pelanggan datang ke tempat anda samada hanya untuk melihat atau mahu membeli.
- Bercakaplah tentang bisnes kontek tempatan. Pelanggan mahu features bukan benefit! Maksudnya apa? Katalah, pelanggan mahu buat pinjaman dengan bank. Jika anda seorang auditor, mungkin mendengar dan membaca panjang lebar tidak ada masalah. Bagi yang mahu jawapan ringkas dan padat. Pelanggan hanya mahu dengar pinjaman anda diluluskan!
- Terangkan secara praktikal informasi perkhidmatan/bisnes yang menyebabkan pelanggan mahu beli dan berguna untuk orang lain.
- Tiga fakta ini penting. Story selling, Personal story dan Practical story. Ini tidak ada dalam buku, carian google mungkin ada persamaan tetapi seperti yang saya katakan tadi, beritahu strategi yang dah guna dan berkesan. Tell the real story!
- Beritahu tip-tip praktikal, boleh guna dan boleh pelanggan buat. Penghargaan pasti untuk anda!
Elakkan bercakap siapa anda dan kejayaan berganda-ganda. Sekadar cerita sedikit pengalaman sebagai pengenalan sudah cukup. Kalau mahu berkawan, berkawan sungguh-sungguh. Bina silaturrahin tanpa kepentingan kerana anda mencari rangkaian berkualiti.
Jika mahu pergi jauh, adab didahulukan sebelum ilmu. Berapa ramai yang senyum dan bertanya khabar "Sudah makan ke belum, Dah sarapan? Sihat hari ini?" kepada tulang belakang anda? Tidak kira tukang sapu, tukang kebung atau tukang angkat barang. Komunikasi yang tidak mencederakan emosi dan panggilan gelaran sebagai orang bisnes sangat penting. Jika ujian dengan tukang sapu gagal, bagaimana mungkin mahu survive bertahun. Bisnes tumbuh samada jadi atau tidak dalam tempoh 1 - 3 tahun!
Dalam pencarian siapa penceramah atau trainer yang bagus bukan menjadi soal utama. Ramai yang bagus, otai dan mahir. Kepercayaan pelanggan itu penting. 'When people agree with you, they buy'. Pelanggan ada kata kunci dan itu yang kita mahu tahu. Jemputan bukan berpandukan berapa kali masuk TV, berapa ramai pengikut atau berapa besar syarikat. Benar, ia satu kelebihan tetapi paling POWER ialah apabila anda berkomunikasi sebagai orang bisnes, memenuhi keperluan dengan pengalaman dan skil serta idea inovasi dari perkhidmatan yang anda tawarkan.
Produk mungkin sediaada dan dimiliki oleh syarikat gergasi dunia, rasanya masih boleh jual ke? atau tidak memiliki produk dan sukar untuk mula bisnes dari 0. Asas yang perlu kita tahu adalah 'mindset'. Kadang-kadang mindset akan kata tidak boleh, payah nak buat dan kadang-kadang mindset kata oh bestnya buat bisnes, banyak duit. Keduanya tidak salah, boleh jadi senang dan boleh jadi sukar.
Produk ada sambutan atau tidak, anda hanya perlu lebih kreatif, ada idea bagus buat sahaja, jika tidak mencuba mana mungkin tahu pengakhirannya. Kejayaan sebenarnya tidak ada resepi, bukan rahsia tetapi usaha yang kena buat sungguh-sungguh. Belajar dari orang yang sudah melaluinya dan tahu gerak kerja praktikal.
Ini kisah tentang living in 'difficulties' kemudian dibangkitkan dari tidurnya untuk menerima cabaran dan ujian. Muhammad Suhaily adalah pengasas Akademi PowerPoint MalaysiaTM selama lebih 10 tahun. Satu hari bila keputusan dibuat untuk berhenti kerja segala risiko dihadapinya hingga ada ketika terumbang-ambing.
Jika anda adalah Suhaily, apa yang anda akan lakukan? Stress? salahkan takdir? salahkan orang kerana berkata negatif pada dirinya? atau cerita negatif pada orang dan pindahkan getaran negatif? Tetapi Suhaily tidak begitu.
Dia tidak akan sampai tahap ini jika sikapnya seperti diatas. Yang dia lakukan cukup tenang walau banyak perkara berlaku. Dia memilih satu produk dengan inovasi buah tembikai bukan hanya satu harga.
Dia memilih Penceramah PowerPoint di Malaysia/Microsoft Business Instructor dengan strategi 'See what people will do when 'You Edit PowerSlides with PowerPoint' no Photoshop, no Flash.!
Strategi diatas yang membuatkan orang terfikir, boleh ke..
Kemudian dia buat pelancaran dengan 2 teknik PowerPoint! Apa yang terjadi seterusnya?
1. Teknik 3D Shape untuk bahan Multimedia.
2. Teknik Suntingan Shape untuk Theme dan Templat.
Permintaan PowerPoint mendadak naik! Tutorial yang tidak ada dalam google atau youtube.
Alhamdulillah...
Dengan produk sediada yang diinovasikan, dengan izin Allah, rezeki melimpah hasil dari seni Suntingan, 3D, Animasi Video Montaj PowerPoint sebagai Freelancer Penceramah PowerPoint.
Melihat dalam perlbagai sudut pandang akan mengubah kemahuan dan keinginan manusia.
Yang penting, tindakan dan berani buat serta percaya usaha dibalas kejayaan, In shaa Allah.
Tindakan setiap peluang. Tanam satu benih, buah jadi banyak. Kongsi ramai-ramai..