Review Tip Kewangan Viral Bab 1

30 May by Muhammad Suhaily

Review Tip Kewangan Viral Bab 1

Bismillah. In shaa Allah, masih bedah buku yang ada ditangan dan misi mengintai beberapa buah buku lagi selepas ini. Buku kewangan sebenarnya untuk semua dan sekiranya ada yang berkata, saya tidak minat tentangan kewangan, pengiraan, malas membaca, gagal matematik itu hanyalah suara hati. Ilmu kewangan mendidik manusia belajar secara praktikal kaedah dan strategi pengurusan perbelanjaan harian, bulanan dan tahunan.

Setiap buku ada kelebihannya sendiri. Ini kerana ilmu di dalamnya adalah pengalaman dan skil yang tidak semua orang memilikinya dan saya percaya mereka menulis kerana tahu apa yang ditulis.

Benar, setiap orang ada kelebihan dari segi mengurus kewangan namum apa yang ingin saya katakan adalah ia bukan pengalaman dan pengetahuan yang dibuat-buat atau sekadar membaca tanpa praktikal, bukan copy paste dan bukan juga hanya membaca kemudian memberi penerangan kepada orang lain secara teori.

Baik, empat buku ini jika diikutkan belum cukup, bagi saya ilmu itu sangat luas. Luas lautan luas lagi ilmu di langit tanpa sempadan. Semakin banyak yang dibaca semakin terasa ceteknya ilmu dan terasa diri ini budak baharu belajar ABC. Habis bedah buku ini, seakan ada lagi yang dicari, ada yang kurang dan ada something yang kadangkala belum terungkai.

Baik sedikit review mengenai buku ini.

1. TIP KEWANGAN VIRAL.

Ini adalah cetakan pertama tahun 2019, ditulis oleh Cikpuan Syafieqah. Katanya, Siapa kata orang muda tidak perlu menyimpan? kerana sihat tidak kenal usia, sakit tidak tunggu masa!

Ada 7 bab kesemuanya. Bab 1, secara ringkasnya ia mengajar tentang asas kewangan yang wajib dikuasai dan saya percaya ia lebih kepada mindset manusia tentang ketidakpercayaan pada diri, boleh atau tidak menyimpan dengan gaji kecil, masa merancang kewangan, tempoh pinjaman dan pelaburan seperti zakat, pelan perlindungan dan sebagainya.

Setiap individu perlu ada pelan A dan B. Ini lebih kepada kewangan sihat dan semasa tenat. Wajib merancang kewangan sebagai aset bermula dengan simpanan, perlindungan, pelaburan, penyucian rezeki dan pembahagian harta pusaka.

Dalam buku ini ada disebut bila mana seseorang itu dalam keadaan buntu(STUCK), apakah jalan keluar yang terbaik dan ada juga disertakan tip praktikal dari penulis itu sendiri. Andai gaji hanya RM2000, apa pula strategi untuk simpanan, tidak perlu meniru gaya orang lain. Berbelanjalah ikut kemampuan bukan ikut kemahuan akibatnya manusia akan jatuh ke lembah neraka wang.

Gaji kecil bukan masalah tetapi mengurus wang jika tidak tahu atau tidak ambil peduli itu yang akan jadi masalah kelak sebabnya kewangan diri hanya dilakukan bila sangat diperlukan. Sentiasa sediakan catatan kewangan harian, bulanan dan tahunan bermula dengan pendapatan, simpanan kecemasan, perbelanjaan, perlindungan, pelaburan, pencen dan akhirnya keberkatan rezeki (penyucian) seperti yang diterangkan sebelum ini.

Secara peribadi, mengapa buku atau ebook masih wujud sedangkan dihujung jari maklumat boleh diperolehi dalam banyak bentuk? Ia menjadi bukti adanya manusia yang menterjemahkan pengalaman, skil dalam bentuk yang mudah disampaikan dan difahami oleh manusia lain. Maka, buku ini membuktikan manusia dengan manusia mampu memandaikan manusia lain bagaimana menguruskan kewangan dengan izin Allah.

Masa akan tinggalkan manusia tetapi ilmu akan kekal dan dituai pula oleh manusia lain. Selain buku ini, saya boleh cadangkan tuan dan puan dapatkan tip kewangan yang padat dengan informasi dalam bentuk e-book dan video dibahagian komen yang boleh terus muatturun secara online, In shaa Allah.

Jangan kata payung dah hilang…

ByMuhammad Suhaily

Microsoft Office Business Instructor http://akademipowerpoint.com http://akademipowerpoint.com/wp

One Comments “Review Tip Kewangan Viral Bab 1

Leave a Reply to Muhammad Suhaily Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jana Idea & Kreativiti & Inovatif.
%d bloggers like this: