PROFESSIONAL AI WORKSHOP • 2–3 HARI

AI-POWERED
COMPLAINT
INTELLIGENCE

Untuk Jabatan Kerajaan. Agensi Penguatkuasaan, Unit Uniform & Organisasi Perkhidmatan Awam.

Bengkel AI Dalam Pengurusan Aduan, Analisa Data dan Siasatan.

Bengkel dinaik taraf dengan SISPAA + AI. Program memperkenalkan AI sebagai "Service Assistant dan Advisor" untuk membantu pegawai menstruktur aduan, memahami dokumen dan dataset simulasi, mengesan pola serta menyediakan ringkasan pengurusan yang lebih tersusun. Pengurusan integriti, tatakelakuan dan siasatan kekal sebagai aplikasi penting apabila konteks kes memerlukannya. SISPAA menyediakan proses. AI menyediakan bantuan analisis.

SISPAA + AI AssistanceJab/Kem/Sektor AwamKASTAMJBPMPDRMIPCCAPAMajlis PerbandaranRELAJPJKPDNPBTKDNMINDEFJIMMARITIMBPA/JPM
Fasilitator dan peserta dalam sesi bengkel AI
Boleh disesuaikan untuk jabatan kerajaan, agensi penguatkuasaan, unit uniform dan organisasi perkhidmatan awam yang menerima serta menguruskan aduan, pertanyaan dan maklum balas daripada orang ramai.Proses • Analisis • Pengesahan manusia

SISPAA KEKAL SEBAGAI PROSES • AI MENJADI LAPISAN BANTUAN

AI Sebagai Pemudah Cara Analisis: Keputusan Akhir Tetap di Tangan Pegawai.

AI tidak menggantikan platform, tatacara atau pertimbangan pegawai. Ia digunakan secara terkawal untuk menyokong kerja seperti ringkasan, semakan kelengkapan, pengelasan, perbandingan dokumen, pengesanan persamaan dan pola, serta penyediaan draf output. Setiap dapatan penting tetap perlu disemak, disahkan dan diputuskan oleh pegawai yang berkenaan.

JIKA ORGANISASI ANDA MENGHADAPI SITUASI SEPERTI...

Maklumat aduan ada, tetapi sukar ditukar menjadi gambaran yang jelas untuk tindakan dan pengurusan.

01

Aduan datang dalam bentuk naratif

Tarikh, lokasi, pihak, isu, saluran, status dan tindakan hadir dalam format yang tidak seragam.

02

Semakan awal mengambil masa

Kelengkapan maklumat, ringkasan dan kemungkinan aduan serupa perlu disemak dengan konsisten.

03

Data ada, pola belum jelas

Trend, kategori dominan, lokasi, kes terbuka, tempoh dan exception sukar dilihat dalam jumlah rekod yang besar.

04

Dokumen kes perlu dibaca bersama

Maklumat tambahan, maklum balas, rekod tindakan dan surat perlu dibanding tanpa kehilangan konteks.

05

Pengurusan perlukan gambaran ringkas

Ringkasan perlu neutral, berasaskan sumber dan membezakan fakta, pola serta perkara yang masih perlu disemak.

06

Penggunaan AI perlu dikawal

Privasi, kerahsiaan, bias, ketidaktepatan dan akauntabiliti memerlukan semakan manusia pada setiap peringkat penting.

SISPAA WORKFLOW → AI-POWERED ASSISTANCE

Bengkel bukan mengambil tugas SISPAA/BPA, tetapi dengan AI, ia membantu pegawai berkerja dengan mudah, tadbir urus, mahir dan praktikal dalam proses tersebut.

SISPAA kekal sebagai platform dalam proses pengurusan aduan. AI membantu pegawai bekerja dengan maklumat, dokumen dan data dengan lebih pantas, tersusun dan berasaskan bukti. Bengkel bukan bersaing dengan latihan SISPAA tetapi ia melengkapi latihan tersebut dengan proses AI.

01RECEIVETerima aduan
02CHECKSemak maklumat
03ASSIGNPenugasan
04INVESTIGATEMaklumat & dokumen
05RESPONDMaklum balas
06CLOSEKeputusan & penutupan
07INSIGHTPelaporan pengurusan
Formula kerja yang dikekalkan

SISPAA menyediakan proses dan pengurusan kes. AI menyediakan bantuan analisis. Manusia membuat pengesahan, pertimbangan dan keputusan. Hasilnya ialah Complaint Intelligence yang lebih berguna untuk tindakan dan pengurusan.

CONTOH LAPISAN BANTUAN AI

Daripada semakan aduan kepada pengurusan insight.

Terima & semak aduanRingkasan, semakan kelengkapan dan pengelasan dibantu AI.
Semak aduan berulangSimilarity dan pattern detection untuk membantu semakan pegawai.
Penugasan & siasatanCase brief, timeline dan senarai maklumat yang masih diperlukan.
Maklum balas agensiPerbandingan respons, isu utama dan perkara yang perlu diverifikasi.
Keputusan & penutupanDraf ringkasan kes, checklist semakan dan rekod pembelajaran kes.
PelaporanTrend, KPI, exception list dan management insight berasaskan data.

PCOTCO → COMPLAINT INTELLIGENCE

Prompt yang tepat untuk hasil kualiti.

Persona menetapkan peranan analisis. Context menerangkan dataset atau dokumen. Objective menjelaskan soalan pengurusan. Task menentukan kerja AI. Constraints mengawal fakta, privasi dan batas inferens. Output menetapkan hasil yang boleh disemak.

Contoh output: Complaint Analysis, KPI, Exception List, Data Quality Notes dan Management Insight—dengan pembezaan jelas antara fakta, pola dan inferens.

DATA + DOCUMENT INTELLIGENCE

Dua aliran maklumat yang digabung secara berhati-hati.

Complaint Data IntelligenceClean → classify → analyse → pattern → KPI → dashboard → insight.
Complaint Document IntelligenceExtract → summarize → compare → timeline → identify gaps → verify → case brief.
Complaint IntelligenceGabungkan dapatan data dan dokumen secara terkawal untuk menyokong semakan dan tindakan pegawai.

2-DAY COURSE OUTLINE

9 modul yang dibina dan disusun mengikut aliran pengurusan aduan bagi memudahkan tindakan penilaian akhir pegawai.

Setiap modul mempunyai fungsi khusus dalam rantaian kerja, bukan sekadar topik AI yang dicadangkan.

01
FOUNDATION

AI-Powered Complaint Management

Peranan AI sebagai bantuan kerja, batas penggunaan, fakta vs dakwaan vs inferens dan Human Verification.

02
WORKFLOW

SISPAA Workflow & AI Assistance

Memetakan titik bantuan AI dari penerimaan, semakan dan penugasan hingga pelaporan.

03
CONTEXT

PCOTCO for Complaint Intelligence

Persona, Context, Objective, Task, Constraints dan Output untuk arahan AI yang terkawal.

04
STRUCTURE

Complaint Structuring & Classification

Menukar naratif aduan kepada maklumat berstruktur, semakan kelengkapan dan klasifikasi yang konsisten.

05
DOCUMENT

AI Document & Case Intelligence

Extraction, perbandingan dokumen, kronologi, isu, jurang dan source-grounded case brief.

06
DATA

The 1,000 Complaint Data Challenge

Analisis dataset simulasi: kualiti data, kategori, trend, lokasi, kes terbuka dan aduan berulang.

07
ANALYSE

Pattern, SLA & Exception Intelligence

Mengukur, membanding, mengenal pasti pola dan menyenaraikan perkara yang memerlukan perhatian pegawai.

08
REPORT

Management Insight & Dashboard

Menukar dapatan kepada KPI, visualisasi, Complaint Intelligence Pack dan one-page management brief.

09
GOVERN

Human Verification & Responsible AI

Privasi, kerahsiaan, bias, ketidaktepatan, audit trail, anonymisation dan semakan manusia.

FINAL GROUP CHALLENGE

The Complaint Intelligence Case Room

Kumpulan menerima complaint/case pack dan Simulated Public Complaint Dataset, kemudian melengkapkan aliran kerja secara end-to-end tanpa menggunakan data dalaman organisasi.

  1. STRUCTURE : ekstrak, semak dan klasifikasikan maklumat.
  2. CONTEXT : bina arahan PCOTCO dengan skop dan kekangan jelas.
  3. ANALYSE : kenal pasti KPI, pola, trend dan exception.
  4. CONNECT : bandingkan dapatan data dengan dokumen dan kronologi kes.
  5. VERIFY : semak sumber, percanggahan dan perkara belum diketahui.
  6. REPORT : hasilkan Complaint Intelligence Pack dan one-page management brief.
Foto berkumpulan peserta dalam aktiviti simulasi Complaint Intelligence Case Room

SASARAN PESERTA

Direka untuk pasukan yang mengurus aduan, maklumat kes dan pelaporan pengurusan.

Bahagian Pengurusan AduanKlasifikasi, status, trend, SLA dan ringkasan pengurusan.
Unit IntegritiPengurusan aduan, pengesanan, pengesahan dan tindakan susulan.
Bahagian SiasatanAnalisis dokumen, kronologi, jurang, percanggahan dan sumber.
Penguatkuasaan & PematuhanPattern, hotspot, outlier dan maklumat sokongan analisis.
Data / Analitik / ICTData preparation, dashboard, verification dan penggunaan AI terkawal.
Pengurusan & LatihanStructured reporting, governance dan pemindahan aplikasi ke tempat kerja.
Skop boleh disesuaikan

Simulasi, istilah dan output pembelajaran boleh diselaraskan dengan konteks operasi organisasi, tanpa mendakwa perubahan pada fungsi rasmi atau menggantikan proses sedia ada.

KAEDAH PEMBELAJARAN

Bukan sekadar penerangan fungsi AI. Peserta membina workflow AI hasil yang boleh disemak, dinilai untuk membuat keputusan.

01

Hands-on

Peserta bekerja dengan complaint/case pack dan dataset simulasi.

02

Case Simulation

Latihan mengikut situasi pengurusan aduan, dokumen dan analisis kes.

03

PCOTCO Engineering

Prompt dibina dengan konteks, skop, kekangan dan output yang jelas.

04

Data + Document Intelligence

Dua sumber maklumat dianalisis dan dibanding secara terkawal.

05

Human Verification

Fakta, sumber dan dapatan penting disemak semula oleh peserta.

06

Responsible AI

Privasi, kerahsiaan, bias, ketidaktepatan dan akauntabiliti.

HUMAN VERIFICATION

AI membantu analisis. Manusia tetap sebagai verifikasi akhir dan pembuat keputusan.

Pengesahan fakta, bukti dan sumber kekal di bawah tanggungjawab manusia.

AI tidak digunakan sebagai penentu dapatan atau keputusan rasmi sesuatu kes.

Latihan menggunakan data simulasi atau dianonimkan mengikut kesesuaian.

Peserta belajar membezakan fakta, pola, inferens dan perkara yang belum dapat disahkan.

PROGRAM IN-HOUSE

Bawa skil, pengetahuan, kemahiran dan pengalaman ini ke organisasi tuan/puan.

Sesuai untuk pembangunan kompetensi pegawai yang mengurus aduan, integriti, siasatan, penguatkuasaan, pematuhan, analisis data dan pelaporan pengurusan.