Human + AI
Peserta memahami apa yang patut diserahkan kepada AI dan apa yang mesti kekal di bawah pertimbangan manusia.
AI for Executive Writing, Project Management & Data Analysis
Sekiranya tugasan harian peserta melibatkan penyediaan e-mel dan surat rasmi, merangka memo atau laporan, membaca dokumen yang panjang, mencari maklumat penting, menyediakan ringkasan untuk pengurusan projek, membandingkan maklumat daripada beberapa sumber, atau menganalisis data untuk mendapatkan KPI dan dapatan serta menukarkan data dan maklumat kepada dashboard dan pembentangan, program ini dibangunkan untuk membantu anda menggunakan AI secara lebih tersusun dan menulis PROMPT yang tepat dengan kaedah strategik PCOTCO.
Bukan sekadar belajar AI. Peserta kembali ke pejabat dengan cara bekerja yang lebih tersusun, yakin dan produktif.
Peserta belajar menggunakan ChatGPT, Gemini dan NotebookLM dalam aliran kerja sebenar. Matlamatnya utama menggunakan AI adalah membantu peserta membina cara kerja yang lebih tersusun, produktif dan boleh digunakan semula apabila kembali ke tempat kerja.
Trainer asal Sabah yang kini aktif mengendalikan latihan di Semenanjung Malaysia serta seluruh Malaysia amnya.

Muhammad Suhaily George bin Abdullah berpengalaman dalam bidang latihan Microsoft Office, analisa data, dashboard, visualisasi maklumat dan aplikasi AI untuk produktiviti pejabat. Fokus latihan ialah membantu peserta menggunakan teknologi secara praktikal untuk menghasilkan dokumen, memahami maklumat, menganalisis data dan menyokong keputusan organisasi.
Sebagai trainer asal Sabah yang kini menetap di Semenanjung Malaysia, beliau membawa pengalaman latihan merentasi pelbagai organisasi dan kembali ke Sabah dengan misi yang lebih dekat di hati: berkongsi ilmu, pengalaman dan teknologi semasa dengan organisasi di negeri tempat beliau berasal.
Saya berasal dari Sabah, berpengalaman sebagai tenaga pengajar sejak 2001. Walaupun kini menetap dan aktif mengendalikan latihan di Semenanjung Malaysia, Sabah tetap mempunyai tempat yang istimewa dalam perjalanan saya sebagai trainer.
Apabila berpeluang kembali ke Kota Kinabalu untuk mengendalikan program AI bersama peserta daripada agensi kerajaan, ia bukan sekadar tugasan latihan biasa.
Ia adalah peluang untuk membawa pulang pengalaman, ilmu dan perkembangan teknologi yang saya pelajari sepanjang perjalanan kerjaya, lalu berkongsi semula dengan organisasi dan warga kerja di negeri tempat saya berasal.
“Teknologi mungkin berubah dengan pantas. Tetapi bagi saya, kembali berkongsi ilmu di Sabah mempunyai makna yang berbeza.”

Peserta tidak hanya belajar fungsi aplikasi. Setiap topik dibawa kepada tugasan yang mempunyai konteks, output, semakan dan tindakan. Misi adalah, manipulasi, transformasi sesuai dengan keperluan tugasan. Tidak ada gunanya jika belajar banyak model AI namun bila kembali bertugas hanya sekadar tahu nama sahaja.
Peserta memahami apa yang patut diserahkan kepada AI dan apa yang mesti kekal di bawah pertimbangan manusia.
Teknik PCOTCO membantu peserta memberikan konteks, objektif, tugasan, batasan dan output yang jelas.
Latihan mengikut aliran sebenar, daripada surat dan memo kepada executive summary, briefing note dan dokumen pengurusan.
AI dan NotebookLM digunakan untuk memahami sumber, objektif, KPI, risiko, stakeholder dan tindakan.
Empat (4)formulaData melalui Describe, Measure, Compare dan Discover dengan bukti angka serta "human verification".
Ketepatan, privasi, maklumat sensitif dan semakan manusia diterapkan sepanjang latihan.
Kandungan boleh disesuaikan mengikut tahap peserta, peranan jabatan, jenis dokumen, keperluan projek dan dataset organisasi.
Asas AI, cara model menghasilkan output, batasan AI dan peranan manusia dalam keputusan.
Persona, Context, Objective, Task, Constraints dan Output untuk arahan yang lebih tepat.
Penulisan profesional, struktur mesej, tone, audience dan transformasi kandungan untuk pengurusan.
Surat rasmi, memo, minit, action item, executive summary, briefing note dan talking points.
Objektif, deliverable, skop, KPI, risiko, stakeholder, tindakan dan perkara yang perlu keputusan.
Source-grounded analysis, mind map, audio overview, data table, flashcards dan pemahaman dokumen panjang.
Describe, Measure, Compare dan Discover untuk KPI, trend, perbandingan, outlier dan insight.
Menterjemah KPI dan penemuan kepada visual, dashboard, executive narrative dan paparan pengurusan.
Privasi, ketepatan, halusinasi, semakan manusia, data sensitif dan penggunaan AI secara bertanggungjawab.
Hasil latihan difokuskan kepada keupayaan yang boleh diterapkan selepas program selesai.
Pengalaman sebenar memberi keyakinan kepada person in charge bahawa program ini bukan sekadar konsep di atas kertas.
Program AI secara bersemuka telah dilaksanakan di Kota Kinabalu, Sabah pada Ogos 2026. Pendekatan latihan menggabungkan penerangan konsep, demonstrasi, latihan prompt, transformasi dokumen, NotebookLM, analisa maklumat, analisa data dan Responsible AI.
Program boleh dilaksanakan secara In-House (Jemputan) di Kota Kinabalu dan lokasi lain di Sabah, tertakluk kepada keperluan organisasi, bilangan peserta, kemudahan latihan dan skop modul.
Bagi person in charge latihan, modul dan tentatif boleh disediakan untuk tujuan penilaian, perbincangan dalaman, permohonan kelulusan atau proses mendapatkan sebut harga.
Jika organisasi Tuan/Puan sedang mencari penceramah yang bukan sahaja memahami teknologi AI, tetapi juga memahami konteks kerja pejabat dan budaya kerja organisasi, peluang kini terbuka!.
Jemputan mengendalikan kursus in-house dari DUNIA KNOWLEDGE untuk kursus AI Produktiviti Pejabat. Penulisan, Dokumen dan Analisa Data.






Kursus AI Produktiviti Pejabat dari pelbagai agensi kerajaan yang dikendalikan oleh DUNIA KNOWLEDGE






Sambutan yang sangat memberangsangkan dari penyertaan lima agensi kerajaan dan korporat untuk menyertai kursus "AI for Executive Writing, Project Management & Data Analysis (For Managers)". Apabila tahu kepentingan dan keperluan AI, Seorang Pengarah turut serta dalam bengkel ini.





Aktiviti berkumpulan pembentangan peserta serta penyediaan bahan slaid kreatif dan video montaj. Samada AI dokumen atau pembentangan, AI slaid kreatif tetap ada untuk keperluan peserta.





Program sesuai untuk pegawai yang terlibat dalam pengurusan, pentadbiran, projek, sumber manusia, kewangan, laporan, maklumat, data, ICT dan transformasi digital.
Surat, memo, minit, laporan, executive summary dan maklumat untuk tindakan.
Objektif, skop, KPI, risiko, stakeholder, action item dan briefing pengurusan.
Analisa dokumen, perbandingan, rumusan, dataset dan maklumat untuk keputusan.
AI workflow, analisa data, dashboard, governance dan Responsible AI.
Jemputan daripada training provider untuk program kementerian, jabatan kerajaan, agensi, GLC dan korporat dialu-alukan. Modul, tempoh dan tahap kandungan boleh diselaraskan berdasarkan keperluan pelanggan.
AI digunakan sebagai pembantu kerja. Ketepatan, privasi, klasifikasi maklumat dan keputusan akhir masih memerlukan pertimbangan manusia.
Output AI perlu disahkan sebelum digunakan dalam dokumen atau keputusan rasmi.
Elakkan memasukkan maklumat sensitif atau terperingkat tanpa kelulusan dan kawalan yang sesuai.
Manusia kekal bertanggungjawab terhadap konteks, ketepatan, implikasi dan keputusan akhir.
Pilih kaedah dan platform AI berdasarkan tahap sensitiviti, tujuan dan polisi organisasi.
Ya. Program direka untuk agensi kerajaan, badan berkanun, GLC dan korporat di Kota Kinabalu dan lokasi lain di Sabah tertakluk kepada perbincangan pelaksanaan.
Ya. Muhammad Suhaily George bin Abdullah ialah trainer asal Sabah yang kini menetap dan aktif mengendalikan latihan di Semenanjung Malaysia serta seluruh Malaysia.
Ya. Kandungan boleh diselaraskan mengikut tahap peserta, fungsi jabatan, jenis dokumen, projek, dataset dan objektif program.
Tidak semestinya. Program bermula dengan asas yang diperlukan sebelum bergerak kepada prompt, dokumen, maklumat dan analisa data secara hands-on.
Peserta digalakkan membawa komputer riba dan mempunyai akses kepada platform AI yang digunakan dalam latihan. Keperluan terperinci boleh disahkan dalam tentatif program.
Ya. Jemputan sebagai penceramah atau associate trainer bagi program anjuran training provider dialu-alukan.
Person in charge boleh menghubungi melalui WhatsApp atau telefon 017-659 9572, atau menghantar pertanyaan melalui AkademiPowerPoint.com.
Jika organisasi sedang mencari program AI yang bukan sekadar menerangkan teknologi, tetapi menunjukkan bagaimana AI boleh digunakan dalam kerja sebenar, mari kita berbincang.