Jemputan Penceramah Jabatan kerajaan Seluruh Malaysia

Guna AI untuk pertahanan, Analisa & Tindakan.

Penceramah Kursus Keselamatan & Ancaman Siber

Jangan sekadar tahu banyak model AI tetapi kuasai cara penggunaan, jadikan proses berbantu AI sebagai perlindungan, pertahanan dan cegah kerosakan sistem dan kecurian akibat pencerobohan. Taktik jahat Hacker dan Scammer mengaburi kegiatan disebalik sisi gelap akan cuba mengodam komputer dan pemikiran sehingga anda melayan dan mungkin tersilap langkah. Itulah modus operandi mereka melawan Integriti, Ilmu dan Tanggungjawab.

2 hari latihan intensif70% amali & simulasiDataset sintetik dalam ExcelPelaksanaan secara in-house
Latihan amali AI Cybersecurity Defence & Incident Response bersama peserta kursus

JANGAN SESEKALI BUKA FAIL YANG DIHANTAR MELALUI TELEFON. DUA FAIL YANG DIGUNAKAN OLEH SCAMMER IALAH GAMBAR DAN APK. MATIKAN AUTO DOWNLOAD WHATSAPP DAN TELEGRAM.

Kenal pasti masalah dahulu

ANCAMAN SIBER MENINGKAT, ADAKAH ANDA BERSEDIA?

AI adalah antara platform yang scammer akan guna untuk membuat kerosakan, bukan salah AI tetapi ia telah disalah guna. Kesiapsiagaan, kita akan guna AI untuk membenteras aktiviti ini. Organisasi memerlukan keupayaan untuk menilai maklumat, membezakan petunjuk daripada bukti kemudian menyelaras tindakan untuk mencegah dan pembenterasan.

VIDEO scammer AI yang menyamar, identitinya boleh dibongkar dengan AI. AI vs AI

MASALAH UNTUK DITANGANI

  • Log keselamatan daripada pelbagai sumber sukar diteliti.
  • Dapatan vulnerability scanner yang banyak, tetapi proses pembaikan perlukan fakta.
  • Konfigurasi sistem dan baseline keselamatan perlu dibandingkan secara sistematik.
  • Petunjuk aktiviti luar biasa boleh disalah tafsir, ia perlukan bukti sahih.
  • Dokumentasi bukti, kronologi dan rantaian memerlukan rekod visual.
  • Respons insiden memerlukan penilaian, tindakan, kelulusan dan bukti susulan yang tepat.
  • Pengurusan memerlukan laporan risiko yang ringkas, tepat dan boleh digunakan untuk membuat keputusan dan penilaian akhir.

SOLUSI MELALUI LATIHAN

  • Gunakan AI untuk mempercepat analisis dan penyusunan maklumat, pegawai menilai dengan bukti.
  • Latih peserta menilai dapatan mengikut konteks aset, bukti, impak dan keutamaan.
  • Gunakan dataset simulasi supaya peserta boleh berlatih dalam persekitaran sebenar.
  • Ikuti aliran kerja langkah demi langkah: kenal pasti → analisis → sahkan → tentukan tindakan → laporan.
  • Gunakan QA Gate untuk mengesan jawapan AI yang tidak tepat, tidak lengkap atau tidak disokong.
  • Hasilkan log keputusan, pelan tindakan dan ringkasan eksekutif yang boleh disemak.
MASALAH → ANALISIS BERBANTU AI → PENGESAHAN MANUSIA → TINDAKAN PERTAHANAN
Struktur program

8 MODUL KOMPREHENSIF BERKAITAN DENGAN SERANGAN, AKTIVITI MENCURIGAKAN, SEMAKAN, SIASATAN, TINDAKAN DAN LAPORAN

Setiap modul berhubungkait dan ada kesinambungan dengan latihan berikutnya. Latihan amali yang perlu disiapkan oleh peserta berdasarkan pada kandungan yang disusun dari segi teknikal dan aplikasi.

MODUL 01

AI-Powered Cyber Threat Intelligence

Membina konteks ancaman, mengenal pasti risiko kepada aset dan merangka soalan risikan yang boleh disahkan.

Fokus pelaksana & sokongan: Mengenali phishing, penyamaran identiti, pautan dan lampiran mencurigakan serta mesej penipuan melalui e-mel dan aplikasi komunikasi.

Hasil: Peta konteks ancaman, senarai petunjuk mencurigakan dan soalan pengesahan.
MODUL 02

AI-Assisted Vulnerability & CVE Analysis

Menilai output scanner, memahami severity dan confidence, serta mengutamakan dapatan mengikut konteks aset.

Fokus pelaksana & sokongan: Memahami maksud risiko kerentanan dalam bahasa operasi; mengenali tanda aplikasi atau peranti yang perlu dirujuk kepada Unit ICT tanpa membuat imbasan teknikal sendiri.

Hasil: Senarai dapatan keutamaan dan nota rujukan risiko untuk tindakan ICT.
MODUL 03

AI-Assisted System Security Configuration Assessment

Membandingkan konfigurasi diperhatikan dengan baseline dan mengenal pasti jurang pematuhan.

Fokus pelaksana & sokongan: Menilai amalan penggunaan peranti dan akaun, kunci skrin, kemas kini, akses bersama, penyimpanan fail dan pematuhan prosedur kerja selamat.

Hasil: Matriks baseline, observed value, jurang bukti dan senarai semak amalan pengguna.
MODUL 04

AI Cyber Defence & Security Hardening

Menterjemahkan dapatan kepada pelan hardening dengan pemilik, kelulusan, risiko perubahan dan rollback.

Fokus pelaksana & sokongan: Mengamalkan perlindungan akaun, kata laluan dan MFA mengikut polisi; mengendalikan dokumen dengan selamat; mengelakkan muat turun automatik dan perkongsian fail berisiko; membuat eskalasi apabila perlu.

Hasil: Pelan mitigasi teknikal serta senarai tindakan keselamatan pengguna dan pejabat.
MODUL 05

AI-Powered Security Log Analysis & Threat Detection

Menganalisis peristiwa keselamatan, membina kronologi, menghubungkan corak dan menyemak false positive.

Fokus pelaksana & sokongan: Mengenali petunjuk insiden daripada notifikasi, e-mel, aduan pengguna dan gangguan operasi; menyusun masa kejadian serta maklumat asas untuk diserahkan kepada ICT.

Hasil: Ringkasan corak log, rujukan event ID dan borang maklumat awal insiden.
MODUL 06

AI-Assisted Digital Forensics & Evidence Analysis

Menyemak daftar bukti, dokumentasi chain of custody, garis masa dan batasan integriti bukti.

Fokus pelaksana & sokongan: Memelihara e-mel, mesej, tangkap layar dan dokumen berkaitan insiden; merekod tarikh, masa, sumber dan pihak yang menerima maklumat; tidak memadam, mengubah atau menyebarkan bahan asal.

Hasil: Matriks dokumentasi bukti, rekod serahan dan senarai pengesahan.
MODUL 07

AI-Assisted Cyber Incident Detection & Response Simulation

Menjalankan tabletop simulation, triage, menilai pilihan containment dan merekod keputusan bersyarat.

Fokus pelaksana & sokongan: Simulasi menerima aduan akaun atau komputer disyaki terjejas; mengenal pasti saluran pelaporan, tindakan awal yang selamat, perkara yang perlu dielakkan dan proses eskalasi kepada Unit ICT atau pegawai diberi kuasa.

Hasil: Incident decision log, laporan awal insiden, pemilik tindakan dan pelan susulan.
MODUL 08

AI Cyber Defence Strategy & Executive Reporting

Menterjemahkan analisis teknikal kepada risiko, keputusan yang diperlukan dan tindakan organisasi.

Fokus pelaksana & sokongan: Menyediakan laporan ringkas berbahasa mudah tentang apa yang berlaku, kesan kepada perkhidmatan, tindakan yang telah dibuat, perkara belum disahkan dan bantuan yang diperlukan.

Hasil: Executive brief, laporan operasi ringkas dan pembentangan tindakan susulan.
Kaedah pelaksanaan amali

BUKAN SEKADAR DEMONSTRASI AI, ANDA MELALUI PROSES KERJA DAN HASILKAN OUTPUT

Setiap aktiviti menggunakan senario dan dataset yang ditetapkan. Peserta bekerja dalam kumpulan, menguji prompt, menyemak data asal dan merekod keputusan dalam Practical Workbook.

1

Terima senario & data latihan

Kenal pasti konteks, skop, objektif dan medan data yang berkaitan.

INPUT: Dataset + arahan modul
2

Analisis dengan bantuan AI

Gunakan prompt PCOTCO untuk menyusun, mengelaskan dan menganalisis rekod.

PROSES: AI-assisted analysis
3

Sahkan dan uji dapatan

Semak output AI terhadap rekod asal, rujukan ID dan konteks.

QA: FACT / INFERENCE / HYPOTHESIS / UNKNOWN
4

Tentukan tindakan defensif

Susun mitigasi, pemilik, kelulusan, risiko perubahan dan kaedah pengesahan.

KEPUTUSAN: Human approval
5

Hasilkan laporan

Rekod keputusan dan sediakan laporan teknikal atau ringkasan untuk pengurusan.

OUTPUT: Workbook + executive brief

Dataset latihan yang digunakan

Empat dataset sintetik disediakan untuk membolehkan latihan analisis dan simulasi dibuat secara terkawal tanpa menggunakan rekod operasi sebenar.

DATASET AScanner findings : rekod dapatan vulnerability untuk penilaian, penapisan dan keutamaan.
DATASET BConfiguration evidence : rekod perbandingan baseline dengan konfigurasi diperhatikan.
DATASET CSecurity events : log sintetik pelbagai sumber untuk analisis corak dan pengesanan.
DATASET DDigital evidence : evidence register, chain of custody dan incident timeline.
Nota integriti latihan: Dataset ini ialah data sintetik, bukan di eksport SIEM/EDR atau bukti forensik sebenar. Label SIM-CVE-TRAINING-ONLY dan bukan CVE sebenar; nilai digest dalam Dataset D ialah placeholder latihan. Corak log yang mencurigakan akan dianalisis terlebih dahulu.
Pelaksanaan dua hari

DATASET DAN LATIHAN AMALI WORKBOOK

Jadual berikut menunjukkan waktu setiap modul, dataset yang digunakan dan hasil kerja utama. Masa rehat pagi, makan tengah hari dan petang tidak termasuk dalam slot pembelajaran.

Hari / MasaModulDataset / BahanOutput amali
Hari 1 · 8:30–9:00Pengenalan & keselamatan makmalNota peserta + WorkbookFahami skop dan tetapkan peranan kumpulan.
Hari 1 · 9:00–10:30M01 · Threat IntelligenceNota + Workbook M01Peta ancaman dan soalan pengesahan.
Hari 1 · 10:45–12:30M02 · Vulnerability & CVEDataset A + Workbook M02Senarai dapatan dan keutamaan.
Hari 1 · 1:30–3:00M03 · Configuration AssessmentDataset B + Workbook M03Matriks jurang konfigurasi.
Hari 1 · 3:15–5:00M04 · Defence & HardeningDataset A + B + Workbook M04Pelan mitigasi dan hardening.
Hari 2 · 8:30–9:00Ulang kajiNota + Peta ProgramSemakan hasil Hari 1.
Hari 2 · 9:00–10:30M05 · Security Log AnalysisDataset C + Workbook M05Kronologi dan corak log.
Hari 2 · 10:45–12:30M06 · Digital ForensicsDataset D + Workbook M06Matriks bukti dan custody.
Hari 2 · 1:30–3:15M07 · Incident Response SimulationDataset C + D + Incident Action RegisterIncident decision log dan tindakan susulan.
Hari 2 · 3:30–5:00M08 · Executive ReportingRumusan Dataset A–D + Workbook M08Executive brief dan pembentangan.

Practical Workbook digunakan pada setiap modul untuk mencatat analisis, QA Gate, keputusan dan hasil kumpulan. Dataset dibuka hanya apabila diperlukan.

Pendekatan latihan mengikut peranan

ROLE-BASED PRACTICAL LEARNING

Peserta daripada pelbagai seksyen/unit/gred tidak perlu melakukan tugasan teknikal yang sama. Mereka menggunakan senario dan bahan latihan yang sama, tetapi menganalisis, mengesahkan dan menghasilkan output berdasarkan peranan masing-masing.

“Anda mungkin bukan pegawai keselamatan siber, tetapi anda menggunakan sistem, mengendalikan dokumen, menerima e-mel, memproses maklumat dan berinteraksi dengan pelbagai platform digital setiap hari.”

Oleh itu, keselamatan siber ialah tanggungjawab bersama. Setiap warga organisasi mempunyai peranan dalam mengurangkan risiko, mengenali petunjuk ancaman dan melaporkan insiden melalui saluran yang betul.

01 · Pengurusan dan Pegawai Penyelia

Ketua Bahagian, Ketua Unit, pegawai penyelia, pengurusan risiko dan pematuhan. Fokus: memahami impak, menetapkan keutamaan, membuat keputusan dan menyelaras tanggungjawab.

02 · Pelaksana dan Sokongan Operasi

Pembantu Tadbir, Pembantu Operasi, kewangan, perolehan, sumber manusia, pengurusan rekod, dokumentasi dan khidmat pelanggan. Fokus: perlindungan maklumat, amalan pengguna selamat, pengesanan petunjuk dan pelaporan awal.

03 · Pegawai Teknikal dan ICT

Pegawai Teknologi Maklumat, pentadbir sistem/rangkaian, keselamatan ICT, SOC/CSIRT dan sokongan teknikal. Fokus: analisis kerentanan, konfigurasi, log, bukti digital dan tindak balas teknikal.

Empat aktiviti amali khas untuk pelaksana dan sokongan operasi

Aktiviti ini disepadukan ke dalam modul berkaitan. Ia tidak memerlukan peserta sokongan menjalankan analisis teknikal seperti pentadbir sistem atau penganalisis SOC.

Aktiviti 1 : Analisis E-mel dan Mesej Mencurigakan

Menganalisis contoh e-mel, mesej dan lampiran simulasi untuk mengenal pasti tanda phishing, pautan mencurigakan, penyamaran identiti dan permintaan luar biasa. AI membantu menyusun petunjuk; peserta menyemak kandungan asal.

Modul berkaitan: M01 · M07

Aktiviti 2 : Perlindungan Dokumen dan Maklumat Jabatan

Mengenal pasti risiko perkongsian fail, dokumen terperingkat atau sulit, maklumat peribadi, akses bersama dan penggunaan AI yang tidak selamat. Peserta mencadangkan amalan pengendalian maklumat mengikut polisi organisasi.

Modul berkaitan: M03 · M04

Aktiviti 3 : Simulasi Pelaporan Insiden Siber

Menggunakan AI untuk menyusun maklumat awal, kronologi, kategori insiden dan laporan kepada Unit ICT. Peserta membezakan fakta yang diperhatikan daripada andaian dan perkara yang belum diketahui.

Modul berkaitan: M05 · M06 · M07

Aktiviti 4 : Tindakan Awal Ketika Insiden

Menentukan tindakan awal yang selamat apabila akaun, komputer atau sistem disyaki terjejas; mengenal pasti perkara yang tidak boleh dilakukan, saluran eskalasi dan pihak yang mempunyai kuasa membuat keputusan.

Modul berkaitan: M04 · M07 · M08
Prinsip pelaksanaan: AI membantu analisis dan penyediaan pilihan. Peserta mengesahkan maklumat mengikut peranan; tindakan teknikal, containment, perubahan sistem dan keputusan rasmi hanya dilakukan oleh pegawai yang diberi kuasa mengikut prosedur organisasi.
Siapa yang patut menyertai?

TIGA KATEGORI UTAMA DALAM JABATAN DAN AGENSI KERAJAAN

Program ini direka untuk membina kefahaman dan kerjasama setiap unit. Tahap tugasan amali disesuaikan mengikut pengetahuan, bidang tugas dan tanggungjawab peserta.

Pengurusan dan Pegawai Penyelia

Ketua Bahagian dan Ketua Unit, pegawai penyelia, pegawai risiko, pematuhan dan audit serta pegawai yang menyelaras tadbir urus digital.

Pelaksana dan Sokongan Operasi

Pembantu Tadbir dan Pembantu Operasi; kakitangan kewangan, perolehan dan sumber manusia; pengurusan rekod, dokumentasi, khidmat pelanggan serta pengguna sistem jabatan.

Pegawai Teknikal dan ICT

Pegawai Teknologi Maklumat, pentadbir sistem dan rangkaian, pegawai keselamatan ICT, SOC/CSIRT, pasukan aplikasi dan sokongan teknikal.

Tahap peserta: Pelbagai tahap daripada pengguna operasi hingga pegawai teknikal. Tugasan bukan teknikal disediakan untuk pelaksana dan sokongan; analisis CVE, konfigurasi dan log yang mendalam diberikan mengikut kesesuaian kepada peserta ICT. Program ini bukan kursus asas komputer atau latihan hacking.
Hasil pembelajaran

APAKAH YANG ANDA BAWA SETELAH KURSUS SELESAI?

✓Keupayaan menggunakan AI untuk menyusun dan menganalisis maklumat keselamatan secara lebih sistematik.
✓Kaedah menilai dapatan vulnerability dan jurang konfigurasi berdasarkan bukti serta konteks.
✓Latihan mengenal pasti corak log, menyemak false positive dan membina kronologi.
✓Pemahaman tentang dokumentasi bukti, chain of custody dan batasan analisis digital.
✓Pengalaman membuat keputusan melalui simulasi tindak balas insiden yang terkawal.
✓Hasil kerja seperti dapatan matriks, QA checklist, incident decision log dan executive brief.
Maklumat program in-house

MODUL DISESUAIKAN MENGIKUT TUGASAN JABATAN DAN AGENSI

Format pelaksanaan

  • Tempoh: 2 hari.
  • Kaedah: In-house di lokasi yang ditentukan penganjur.
  • Pendekatan: 30% penerangan dan demonstrasi, 70% latihan amali dan simulasi.
  • Bahan: Nota peserta, Practical Workbook Excel dan dataset simulasi.
  • Bahasa: Bahasa Melayu dengan istilah teknikal Bahasa Inggeris.

Keperluan asas latihan

  • Komputer riba peserta atau kemudahan komputer yang ditetapkan penganjur.
  • Akses kepada aplikasi AI yang diluluskan oleh organisasi.
  • Microsoft Excel yang serasi untuk dataset.
  • Sambungan internet yang stabil dan kemudahan lain organisasi.
  • Dataset latihan sintetik(simulasi) disediakan untuk aktiviti makmal.
Keselamatan dan skop: Semua aktiviti amali menggunakan dataset sintetik dalam aktiviti latihan. Tidak ada imbasan, eksploitasi atau perubahan terhadap sistem produksi/pihak ketiga. Jangan muat naik kata laluan, token, data peribadi, log produksi atau konfigurasi sulit ke AI awam yang tidak diluluskan.
Soalan lazim

POHON SEMAK UNTUK MERANCANG KURSUS IN-HOUSE

Adakah kursus ini sesuai untuk pelaksana dan kakitangan sokongan yang bukan pegawai ICT?

Ya. Pendekatan Role-Based Practical Learning menyediakan tugasan khusus seperti analisis e-mel mencurigakan, perlindungan dokumen, pelaporan insiden dan tindakan awal yang selamat. Mereka tidak diwajibkan menjalankan analisis teknikal CVE, konfigurasi pelayan atau log keselamatan yang mendalam.

Adakah kursus ini sesuai untuk jabatan kerajaan yang tiada pasukan SOC khusus?

Ya. Program menggabungkan pengurusan, pelaksana operasi, sokongan dan pegawai ICT. Kandungan dan senario disesuaikan mengikut fungsi peserta serta prosedur organisasi.

Adakah peserta akan belajar hacking atau menguji sistem sebenar?

Tidak. Fokus program ialah analisis dan pertahanan siber berbantu AI. Aktiviti dibuat menggunakan dataset sintetik dan simulasi terkawal, bukan eksploitasi sistem sebenar.

Adakah peserta perlu membawa data keselamatan organisasi?

Tidak. Dataset simulasi disediakan. Peserta tidak perlu membawa log produksi, data peribadi, konfigurasi sulit atau bukti insiden sebenar.

Adakah AI akan membuat keputusan respons insiden secara automatik?

Tidak. AI membantu analisis dan penyediaan pilihan. Pengesahan, kelulusan, keputusan dan tindakan kekal di bawah tanggungjawab pegawai serta organisasi yang diberi kuasa.

Bagaimanakah kos latihan in-house ditentukan?

Kos bergantung pada tempoh, bilangan peserta, lokasi dan skop program. Sebut harga disediakan selepas keperluan organisasi dikenal pasti. Perkara yang termasuk dalam pakej akan dinyatakan dalam cadangan harga.

Bolehkah kandungan disesuaikan dengan jabatan atau agensi?

Ya. Skop, penekanan modul, tahap teknikal dan contoh senario boleh dibincangkan berdasarkan fungsi jabatan, tahap peserta serta objektif latihan. Sebarang penggunaan data atau sistem organisasi memerlukan kelulusan dan kawalan yang sesuai.

Untuk PIC latihan / sumber manusia / ICT

ADAKAH ANDA MERANCANG KURSUS ANCAMAN DAN KESELAMATAN SIBER?

Maklumkan keperluan jabatan, kumpulan sasaran, anggaran peserta, lokasi dan objektif latihan. Cadangan pelaksanaan serta sebut harga akan disediakan berdasarkan skop yang dikenal pasti dan perbincangan antara kedua pihak.

ISI BORANG ONLINE ↗