|
BISMILLAH. Kelas Microsoft Office untuk warga Tamparuli, Tuaran, Kota Belud, Marudu, Ranau, Kiulu & Kota Kinabalu serta kawasan sekitar.
SELAMAT DATANG KE BENGKEL MASTERING MICROSOFT OFFICE THE SPACE TAMPARULI - Tamparuli 45 minit dari bandar Kota Kinabalu dalam daerah Tuaran yang memiliki keunikan tersendiri termasuklah sejarah yang masih banyak belum diterokai. Namun kali ini kita tidak berdiskusi mengenai sejarahnya tetapi salah satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh masyarakat setempat iaitu skil Microsoft Office.
"Be the best at what you do". Teknologi semakin berkembang, manusia pula berlumba-lumba untuk lebih mahir dan sebilangan ingin tahu tetapi peluang mungkin belum sampai.
Baik, bercakap tentang peluang, anda tentu pernah mencari tempat latihan untuk mahir Microsoft Office bukan? Kadangkala lokasi kursus agak jauh, pencarian sampai ke serata tempat, belajar di kafe komputer. Namun ia belum cukup membantu, anda perlukan seorang pembimbing atau pengajar yang boleh mengajar cara-cara atau teknik yang betul untuk cepat mahir.
Jambatan Tamparuli bawah mula dibina sekitar tahun 1930-an dan gambar diatas pada tahun 1938, sekadar pengetahuan am kepada masyarakat Tamparuli dan sekitarnya. Baik, Akademi PowerPoint Malaysia (MVP Training Resources) memberi pendedahan kursus Microsoft Office khusus untuk jabatan kerajaan dan syarikat korporat serta melatih individu untuk mahir sejak tahun 2009 dan seterusnya untuk tahun berikutnya 2023, In shaa Allah.

Bisikan yang selalu berlegar dalam minda, sejauh mana pencapaian anda tentang Microsoft Office? Be the best at what you do! This is how to proof your skills and work in 2023! Jika belum mahir dan mahu belajar, anda perlu bermula untuk lebih terampil kerana kadangkala hati berbisik 'NANTILAH' menyebabkan anda sukar membuat keputusan.
Inilah fasa yang anda akan lalui - STUDY, LEARN, TEACH, SHARE & EARN dan dengan skil ini anda boleh pergi jauh kedepan dari segi kemahiran dan pasaran kerana selain MAHIR, anda perlu kreatif, ada idea kemudian menterjemahkan skil yang mempunyai nilai pasaran yang diperlukan oleh organisasi. Maka, wajiblah kuasai topik penting dan belajar banyak untuk meletakkan diri antara yang mampu mengubah kehidupan dan keluarga, ini adalah inisiatif dan perubahan paling besar kelak, In shaa Allah.
Siapa penceramah yang akan mengajar anda? Secara ringkasnya, Muhammad Suhaily George anak jati Tamparuli telah melatih dan menjalankan kursus In-House bersama sektor kerajaan dan korporat dari seluruh Malaysia sejak 2009. Beliau memulakan kerjaya sebagai tenaga pengajar sejak tahun 2001-2008 di Institusi swasta kemudian beralih kepada latihan korporat bermula tahun 2009 sehingga kini.