|In-House Jab| In-House Kuantan| In-House Sabah| IPTA/S|

Alhamdulillah, Mahir Photoshop atau Ai, kursus seperti ini tidak sesuai melainkan anda ingin mendalami teknik PowerPoint. Ini adalah alternatif mengikut kesesuaian dan keperluan menggunakan PowerPoint. Tujuan utama adalah membangunkan bahan slaid digital untuk persembahan PowerPoint, imej digital pemasaran online dan bahan percetakan offline.

Kursus rekabentuk(design) kreatif poster, banner, eCover, 3D Box, Artwork & Slaid Korporat dengan teknik suntingan PowerPoint.

Jika anda baru bermula atau telah lama menggunakan PowerPoint dan ingin mempelajari kaedah serta teknik baharu tentang rekabentuk grafik PowerPoint seperti poster, banner, slaid korporat, eCover, kotak 3D dan lakaran artwork, saya percaya inilah peluang untuk membongkar idea baru mengikut trend semasa iaitu 'Skil dan Pasaran'.

Baik, Setiap fungsi alatan, teknik dan elemen dalam PowerPoint mampu menghasilkan bahan digital diluar jangkaan. PowerPoint tidaklah setanding dengan Photoshop atau Ai tetapi idea serta kreativti sangat penting dalam penghasilan bahan visual yang POWER! Anda hanya perlu mencari titik POINT agar idea yang tersimpan dapat dilihat melalui seni visual persembahan.

Antara skil, alatan dan bahan belajar yang anda perolehi adalah:-

  • Alatan dan elemen shape untuk suntingan(Crop).
  • Alatan shape untuk 'touch-up'.
  • Kesan khas efek bayang dan warna.
  • Shape khusus untuk templat dan suntingan.
  • Teknik rekabentuk grafik kreatif.
  • Teknik warna sepadan dan gabungan warna.
  • Slaid, Nota syarahan, bahan amali dan tip.
Profil Penceramah (Klik untuk paparan besar)
kursus rekabentuk poster powerpoint

Muhammad Suhaily George bin Abdullah

Beliau adalah founder Akademi PowerPoint di Malaysia sejak 2009. Menjalankan kursus dan jemputan In-House sektor kerajaan khusus untuk staf yang terlibat dalam persembahan PowerSlide, analisis data, dokumentasi dan visual carta & diagram. Lebih 10 tahun mengendalikan kursus In-House di seluruh Malaysia.

Hubungi beliau untuk tempahan, jadual kekosongan dan sebutharga menang-menang, In Shaa Allah.

Submit


Topik Sasaran dan Skil Keterampilan

Anda akan didedahkan dengan teknik dan kaedah terperinci, buat sampai siap dengan bantuan langkah demi langkah dari tenaga pengajar.

In shaa Allah, secara keseluruhan empat skil wajib yang boleh anda kuasai setelah selesai kursus.


Belajar teknik bangunkan slaid backdrop dan slaid korporat. Skil dan teknik terperinci, buat sampai jadi dengan alatan shape dan elemen tambahan.

Belajar teknik rekabentuk banner dan bunting dengan pengubahsuaian saiz dan teknik suntingan.

Teknik kesan khas poster, suntingan serta tambahan beberapa elemen shape.

Belajar cara kreatif hasilkan eCover pelbagai bentuk.

Professor dari College di Toronto Canada telah mendapatkan khidmat untuk saya hasilkan eCover sempena pelancaran bukunya. Beliau antara pakar yang mendapat pengiktirafan MPV dari Microsoft atas sumbangan kepada komuniti di seluruh dunia.

Saya percaya jika anda hasilkan sesuatu yang berkualiti dengan hanya PowerPoint, In shaa Allah orang diluar sana akan dapat menilai dan melihat hasil kerja anda yang sungguh-sungguh. ("La Hawla Wa La Quwwata Illa Billah")

In shaa Allah pendedahan teknik ini membantu anda menghasilkan bahan grafik bukan sahaja eCover dan 3 dimensi tetapi idea dan kreativiti akan hadir apabila anda tahu menggunakan alatan dalam kursus ini nanti.

Akhir sekali anda akan belajar teknik lakaran/rekabentuk grafik artwork. Ya, PowerPoint tidak setanding dengan perisian artwork yang mahal namun setiap perisian itu ada cara dan teknik untuk hasilan yang mungkin jarang atau tidak pernah anda guna sebelum ini.

Kami percaya anda hadir kursus untuk ilmu, ilmu baharu untuk menambahbaik skil sebelum ini, bermula dengan biasa untuk mahir luar biasa, In shaa Allah.

Microsoft was founded by him and Paul Allen on April 4, 1975. An artist somewhere in Malaysia (Akademi PowerPoint Malaysia) made this for him with PowerPoint.

Dibawah,Dato' Noor Hisham dilukis dengan PowerPoint, teknik secara terperinci iaitu bagaimana menggunakan alatan, kesan khas dan tambahan elemen shape.

Tip dan trik lakaran GOKU hasilan imiginasi dari Dragon Ball.

Belajar teknik grafik lukisan alam semulajadi, ini adalah gambar Pulau Manukan Sabah sewaktu saya balik kampung. Gambar sebelah atas kanan adalah gambar asli kemudian dilukis dengan PowerPoint.

Baik, ini adalah beberapa topik dalam modul yang dimuatkan dalam tempoh dua hari kursus. Mohon hubungi jika bercadang menganjurkan kursus dalaman(In-House). Tempahan sebutharga dan jadual kekosongan penceramah tahun 2023.

Submit

Peserta sedang mengasah minda untuk lebih kreatif semasa mengikuti kursus ini.

Siapa yang perlu hadir?-

  • Pereka Grafik profesional - yang sering tertanya-tanya dalam hati, betul ke PowerPoint boleh buat semua ini.
  • Jika anda sering terlibat dalam pembentangan Slaid.
  • Jika anda pelajar yang mahu menjadikan resume benar-benar berkualiti bila majikan bertanyakan tentang skil Microsoft Office.
  • Jika anda sering melihat bahan grafik yang cantik dan mahu mencubanya sendiri.
  • Jika anda pensyarah, guru atau trainer yang mahu menyediakan slaid untuk anak-anak murid.
  • Jika anda minat dan ada kemahuan untuk belajar topik baharu.
  • Jika anda mempunyai banyak projek yang berkaitan dengan PowerPoint.
  • Jika anda berjiwa seni visual, pelukis dan yang berkaitan.

Submit



Copyright © 2022 | AKADEMI POWERPOINTTM.
Email Support: admin@akademipowerpoint.com