|MAIN |In-House| IPTA/S | Modul Excel|

BISMILLAH. Peserta belajar kaedah menganalisis data agar mudah difahami dengan cara pembersihan, penstrukturan semula data dari sumber asal bagi tujuan laporan dan pembentangan secara visual melalui hamparan data. Peserta juga didedahkan beberapa rumus yang sering digunakan dalam menganalisa data, penyediaan graf, penyelanggaran data dan penggunaan tool bagi menyediakan pengkalan data.

Kursus Microsoft Excel Malaysia direka khas untuk Jabatan kerajaan yang banyak terlibat dengan 'Data Analysis, Big Data, Cleansing, reporting dan Dashboard yang menggunakan pelbagai tool(alatan) seperti yang disebut diatas. Antara yang pernah mengikuti kursus seperti ini ialah dari Jabatan Akauntan Negara, MARA, INSPEN, KKM, ADBP, Pensyarah dan banyak lagi.

Be the best at what you do! Berusahalah diatas trek sendiri untuk membina keterampilan dalam Microsoft Excel di Malaysia. Belajarlah dan cari sumber untuk berlatih dengan sungguh-sungguh. Jangan risau dan gusar tentang formula Excel, bengkel ini menjadikan anda mudah ingat dan suka tentang Excel!

Cara pendekatan penceramah:-

  • Teori pemahaman dan konsep.
  • Latihan Amali santai, individu, kumpulan.
  • Perbincangan terbuka dan bebas bantu membantu.

PRASYARAT:

Peserta wajib mempunyai pengetahuan asas, minat dan bersungguh-sungguh mahu mempelajari skil dan teknik Microsoft Excel. Latihan mewajibkan peserta mempunyai komputer/laptop dan MS Excel versi Microsoft 2019/365/2021 untuk tugasan amali. .



Topik yang dipelajari adalah antara yang popular, sering anda guna dan kemuskilan topik seperti ini selalunya akan ditanya dalam Microsoft Excel.



Bermula dari seorang pelajar hinggalah peringkat profesional, dari seorang yang bermain dengan rumus, graf, CF hingga 'big data', 'update data' & 'data cleansing' & dashboard. Ini adalah antara tajuk tambahan dalam kursus yang bakal anda sertai kelak.

  • Pivot Tables Basics & Advance
  • VLOOKUP, HLOOKUP & XLOOKUP.
  • Data Validation
  • Rumus SUMIF, SUMPRODUCT, INDEX, INDEX MATCH, AGGREGATE, IF, COUNTIFS dan banyak lagi.
  • Filter basic & advance
  • Conditional Formatting
  • Function of Get Data

Lihat reaksi rakan atau bos anda apabila skil yang anda tunjukkan super POWER EXCEL!. Teknik yang mungkin tidak pernah mereka guna sebelum ini. Pantas! Cekap! siapkan laporan tanpa formula yang memeningkan kepala, In shaa Allah anda pasti lebih POWER selepas ini. Bos kata apa? Wow!! Waa....

Semasa kursus, anda akan dilengkapi dengan bahan syarahan(nota), bahan gerakerja(download), semuanya akan dijalankan secara amali untuk melihat sejauh mana pemahaman skil tentang Excel.



Skil Microsoft Excel diatas kertas, tanpa huraian masih belum cukup kuat. Biarlah dalam kertas secara spesifik, penerangan pula secara terperinci dan amalinya jelas serta kaedah penyelesaian memudahkan orang lain untuk faham banyak.

This is how to proof your skills and work in 2024! kerana apa? kerana kita tidak mahu segala kepakaran suatu hari nanti akan dimonopoli oleh mesin yang dilengkapi dengan kecanggihan AI. Seandainya selama itu kita tidak menguasai skil tersebut maka semakin hilanglah kepakaran yang perlu dikuasai. Tahukah anda, Google telah pun mula memberhentikan pekerja dan menyekat 12,000 pekerjaan dan segala kemahiran mereka digantikan dengan teknologi 'Artificial intelligence'(AI). Begitu juga Microsoft yang dalam perancangan ke arah teknologi AI dan telah mula menyekat 10,000 pekerjaan.





Be the best at what you do!.







Anda akan lalui fasa LEARN, TEACH, SHARE & EARN dengan apa yang anda mahir kelak!.



Sekali lagi, kursus ini memfokuskan pada analisi data, table data, pengkalan data, pembersihan data dan beberapa topik berkaitan. Seandainya setiap topik yang dipaparkan dalam ruang ini telah anda kuasai, kursus sebegini tidak sesuai kerana anda adalah antara yang terbaik.

Namun jika mahu menguasai topik baharu dan tetap mahu belajar banyak, itu adalah inisiatif perubahan besar kelak, In shaa Allah.

MISI dan Sasaran kami:-

Membolehkan peserta membina data visual yang mudah difahami dan disampaikan.
 Tahu menyediakan platform pengkalan data menggunakan data table
 Tahu melakukan analisi data menggunakan pelbagai tool seperti Power Pivot, Pivot Table, Data Validation dll.
 Tahu membangunkan laporan dan Dashboard
 Tahu dan dapat mendalami penggunaan rumus(formula) Excel
 Tahu membangunkan chart berinteraktif

Metodologi:-

A. Tutorial dan praktikal- peserta akan dilatih berpandukan langkah-langkah dan teknik yang mudah. Ini dilakukan serentak (amali) supaya tidak lupa apa yang dipelajari semasa latihan dan seterusnya dapat diaplikasi sepenuhnya semasa dalam tugasan sebenar.

B. Gerak kerja individu & berkumpulan- Setiap peserta akan diberi tugasan secara individu dan berkumpulan bagi menilai keterampilan, kefahaman dan kemampuan. Ini bertujuan agar apa yang dipelajari dapat dinilai melalui kualiti kerja dan produktiviti.

C. Latihan Pemikiran Kreatif (Kreativiti dan Inovatif).

KOMITMEN KURSUS

1. Kursus bertujuan untuk pendedahan dimana kaedah, teknik menganalisis data excel berdasarkan pada kajian berulang, secara praktikal sehingga menghasilkan sesuatu diluar jangkaan bagi memudahkan peserta menghasilkan kandungan dengan cara mudah dan menjimatkan masa.

2. Apakah yang dipelajari oleh peserta melalui pendedahan ini? Beberapa teknik akan dibantu secara pratikal, langkah demi langkah sesuai bagi peserta di alam pekerjaan sebenar dan bagi yang ingin mendalami skil menggunakan perisian MS Excel.

3. Kursus tidak sekadar memberi kursus semata-mata atau menjual perkhidmatan tetapi kursus memperdagangkan ilmu, idea, teknik, pengalaman dan pengetahuan serta berkongsi pelbagai tips yang berkaitan untuk hasilan keterampilan individu dan kumpulan.

4. Kursus menitikberatkan mengenai etika skil komunikasi, bahasa melayu yang menyakinkan, bahasa badan dan pertuturan yang jelas untuk mudah difahami oleh peserta.

5. Kursus juga menitikberatkan persoalan peserta, listening before speaking, meminjamkan telinga untuk mendengar luahan dan persoalan peserta yang kurang mahir juga keperluan lain yang diinginkan. Dengan itu, kursus mudah mengenalpasti poin-poin penting yang peserta mahu, sebelum, semasa dan selepas kursus. (Dari pemerhatian sebelum ini, maka nota tutorial langkah demi langkah sangat membantu, insya-Allah)

Hubungi untuk tempahan dan sebutharga menang-menang BUTANG dibawah.

Submit





Copyright © 2024 | MVP Training ResourcesTM.
Email Support: admin@akademipowerpoint.com